Pages

Monday, May 16, 2011

USS Universal Studio Singapore day 2



:: bangun agak lambat, yelah semalam agak kepenatan... arggh.. bangun jugak la. Hari ni kita explore UNIVERSAL STUDIO..
Let raws...

woodywoodpecker yg betina.. yg jantan rest plak time ni. sebelah tu kungfu panda..

Ship tersadai.. madagascar dan geng geng...

Shrek 4D with the lost world (dinosour park)

Wednesday, May 11, 2011

USS Universal Studio Singapore

rasa malas nak kuar dari bilik hotel, berat je nak buka mata.. tp kalau duduk dalam hotel je rugi la. berat kaki ku terpaksa gak ku melangkah ke luar menikmati dan meninjau apa yang ada kat luar sana.. moh kiter:-

1. Universal Studio Singapore (USS)
Pintu Utama ke USS. Hari ni tak masuk lagi just view je dari dekat. Harga tiket masuk. Peak Day S$72.00 (dewasa) Off-Peak S$66.00 lebih kurang RM175.00 seorang. Wow mahal giler tapi kalau masuk dalam baru tau berbaloi ke tak berbaloi.. -- tunggu--

2. Lake of Dream
Aku pun tak pasti lake of dream ni untuk aper. tapi macam tempat mohon permintaan/ hajat la lebih kurang..

3. Merlion Tower

Tiket masuk S$8.00 seorang dewasa. Kanak-kanak lupa lak check (sowi).
Jom explore apa ada kat dalam.. okey ada video animasi asal usul merlion.. rupa-rupanya merlion ni gabungan mermaid dan lion so jadi la MERLION.. hihi.

Ini pemandangan dari atas kepala Merlion.. ada lif jangan risau. tp lif cuma sampai kat mulut tu jer. boleh ambik pic dari mulut singa tu. then nak ke rooftop naik beberapa anak tangga.





last view ni sunset plak. tak sempat nak tggu betul2 sunset. tadi masuk lambat sebenarnya. tower ni tutup kul 7.30pm. mana lah nak tau. huhu.. alang-alang datang tempat orang belasah je la. layan cable seat(pic below) sambil menikmati sunset.. hmm


continue... dah malam dah.. next morning.....

Throwback Penginapan di Festive Hotel - Resort World Sentosa Singapore 2011

Alhamdulillah, 7hb mei 2011, kami tiba di Resort World Sentosa, Singapore. Antara tempat-tempat menarik dan tumpuan pelancong seluruh dunia. Di Resort World Sentosa ni ada pelbagai tempat menarik, antaranya tempat percutian, hiburan dan rekreasi. Kat sini saja ada 3 hotel mewah dan terkenal | Festive Hotel, Micheal Hotel dan Hard Rock Hotel. Selain itu ada theme park, Universal Studio Sentosa (USS), dan Casino. Kami check in at Festive Hotel.


Festive Hotel - Duluxe King Family. Masuk2 je heran, apsal mcm class je tempat ni. Mau tak kelas, korang tengok la sendiri.

Katil king yg empuk, skali duduk terasa nak taknak bangun..

Layan plak Panasonic LCD tv 42" FullHD. Yang lebih menarik byk rancangan sport plak tu.. berbaloi baloi.. tgk game Manchester United vs Chelsea.. Manchester United menang 2-1.



Ada decker plak. boleh naik ke atas tu ada tilam lagi. sesuai untuk budak2.. naik atas tu tak goyang.. da try dah...



Bathroom or restroom.. merah elegant. cuma takde bath tub je. kalau ada mau mandi buih dalam tu..



ini cafeteria kecik. ada la bekas ais. kira lain dari yg lain la. Haa, ini card-door access, folder (resort map, poskad, ada event2, feedback form dll).

Bilik ini berharga S$495.00 per night atau lebih kurang RM1200.00 semalam. glurpp.. berdasarkan research aku. aku tak sure harga tu sbb bilik ni mak aku sponser. korang try search skali..

continue.......

Wednesday, May 4, 2011

Manchester United . . . . since 2000 . . . BELIEVE . . . .

Manchester United
Sejak bila: Meminati kelab ini sejak tahun 2000..
Bagaimana mengetahui dan menarik minat kelab ini: tahu lama dah cuma kat kampung dulu2 tidak didedahkan dengan EPL. Gah2 dengan bolasepak liga premier Malaysia. Astro pun takde masa tu.. Start menonton dengan kelab ini pun di kedai mamak je. layan..

Pemain-pemain yang diminati:


Cristiano Ronaldo

Wayne Rooney
persamaan 3 player ni, foward.. dan perbezaan masing2, mempunyai ciri-ciri yang saya describe kan sendiri..
R.V.Nistelrooy- goal machine right time at the right place.
C.Ronaldo- freekick dan laju
W.Rooney-Shooting power, main tak kira posisi.. anytime any place...

sbb tu saya kalau main pun reti main striker je.. dah dok atas tak nak turun bawah.. :p

Glory Glory Manchester United..
visit Malaysia Manchester United Official Fanclub http://mymanutd.com/


Tuesday, May 3, 2011

Tergempar Kehilangan Me'ah

Semalam, aku terkejut kucingku yg comel bernama Me'ah tiada dalam rumah. puas aku panggil tak jumpa2. perasaan sedih membuak2 apabila seluruh pelusuk sudut aku cari mmg tiada. Aku cari kat luar, cari kat tangga pun tak jmpa.. aku REDHA.. kenapa aku kesah sangat.. Memang aku kesah, pasal aku tak penah bela binatang smpi besar.. mmg slalu pendek umur,hamster aku mati, anak kucing yang aku jmpa baru ni pun mati.. Kali Me'ah plak hilang..

Pagi

Pergi keje pagi2 tanpa bunyi Me'ah yg minta makanan.. pilu je.. slalu aku bagi kucing makan pagi2 sblm g keje.. Sabo je la.. (dgn harapan balik kang Me'ah tunggu kat luar)

Petang..
Balik ku intai dari jauh kot2 ada Me'ah.. hamper.. takde pun.. apa leh buat takde jodoh yg panjang...
Tetiba.. nampak kat lantai depan almari baju ada tompok air.. buka2 je almari tu "Me'ah, ko dalam ni ke Me'ah" sian dia terperangkap dalam almari selama 19 jam. tanpa makanan dan minuman.. dgn aku kesah... aku pecut moto g beli makanan dia.. nah makan puas2..