Pages

Wednesday, June 29, 2011

Tanggungjawab Suami

Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:

  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.

Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Nabi yang lain:

Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)

Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

7. Memenuhi keperluan nafkah batin

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.

Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.

Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Adakah isteri itu DERHAKA?

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:

Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? " Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)

Ibnu Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat, HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah berikan kepada isteri itu dgn hanya Menjaga Solat, Puasa, Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami. Sebagaimana Sabda Rasullullah S.A.W "Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki"

Sabda baginda lagi... "Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab. "

Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipacung .

Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yg bermaksud : " Dan Allah mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang2 yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : "Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd kaum yang zalim."

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah S.W.T, lalu Allah perintahkan kpd malaikat : "Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkanankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga."

Tuesday, June 28, 2011

Sukaneka 2011

Pada 26 Jun 2011, Tabika/Taska Kemas mengadakan Hari Keluarga. Sempena dengan majlis ini Sukaneka diadakan untuk memeriahkan majlis..
my daughter join 3 acara.. & luck dia hari tu ketiga2 dapat hadiah... talent from her daddy.. :p

inividual (minum vitagen) + cari guli dalam tepung + make up daddy...
SMILE... with her prize... 1,2 and 3...

Wednesday, June 22, 2011

Perayaan Gawai Dayak

Hari Gawai disambut di Sarawak tiap-tiap  JUN... 1 & 2 dapat public holiday..
best la cam cuti Hari raya dapat 2 hari.. (sarawak & sabah only)
So nak share sikit pic time saya balik kmpg baru2 ni. btw saya orang sarawak, keturunan Bidayuh.. ni kira festival orang2 lama.. kami datang tgk je, tak salah pun.. pesta ini menjadi salah satu adat tradisi yang masih ada di bumi kenyalang ini..

Rumah Gawai
pondok kecil tpt upacara + pelbagai jenis lemang & beras sebagai bahan upacara..
adat berbuai dan upacara mengelilingi pondok kecik..
sebahagian penonton yang datang melihat upacara ini.
dah lama tak tgk upacara ini.. slalu balik time hujung tahun. tapi serius la, kalau tengok tak pernah sampai habis.. mana taknya kena tunggu kul 3 ke 4 pagi untuk upacara kemuncak.. dah ngantuk..
huhu..

Tuesday, June 21, 2011

Unknown... but Nice..

Aku test angle je sementara tunggu turn nak shoot... tp tak sangka plak aweks baju pink tu focus kat lensa aku.. kalau ikutkan lensa dorang arah pandangan aweks baju biru tu..
apa lagi aku Shoot dan shoot je la... :p



Manchester United Home Kit 2010-2011 :: iTALK punya pasal !!!

Sempena Himpunan Sejuta Belia, Grand Match View Final Uefa Champion League telah diadakan di dataran Perbadanan Putrajaya pada 29 Mei 2011.. menyaksikan perlawanan di antara FC Barcalona Vs Manchester United... Perlawanan ini juga disaksikan juga oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak.. yang berkesudahan MU tewas kepada Barca yang sememangnya tidak dinafikan kehebatan pasukan the catalans dengan jaringan 3-1.

Walauapapun, terima kasih juga kepada Telekom Malaysia, kerana menyemarak dan memeriahkan event pada malam itu. Salah satunya event yang dinanti-nanti oleh pengunjung serta penonton ialah Lucky Draw.. Hadiah lumayan menanti pemenang-pemenang yang bertuah pada malam itu iaitu, Hadiah Utama- 2 tiket ke Old Trafford, 7 helai Jersi yang di tandatangani oleh player-player MU yang bernilai RM2500.00 sehelai.

Syarat-syaratnya, anda cuma perlu membeli italk RM30 sekaligus layak untuk menyertai lucky draw ini.
tiba kepada cabutan yang pertama... jc bernilai RM2500..jatuh kepada...
Muhammad Firdaus W.. (aku ker?) ha'a lah nama aku. sama mcm dalam IC aku..
tidak ku sangka-sangka...itu lah kali pertama aku rasa bertuah sangat semenjak menyertai cabutan bertuah.
inilah bungkusan yang aku terima.. signed jersey..

Signed by:
1. Chris Smalling
2. Tomasz Kusczak
3. Rio Ferdinand
4. Darren Fletcher
5. Javier Hernández, Chicharito
6. Nemanja Vidic
7. Michael Owen
8. Nani
9. Wes Brown
10. Park Ji-Sung
11. Jonny Evans

Ini ada certificate, bukti kepada signed jersey tadi.. ooo patut la mahal. dapat gambar player + siap ngan signatures lagi.. sekaligus menjadikan collection yang ke -6

Macam mana aku nak sedih.. Aku HAPPY giler sebenarnya.. walaupun hakikatnya MU kalah..

Monday, June 20, 2011

Father's Day special..

Pagi Ahad yang mendung, terjaga ku dari tido yang agak tak lena.. yela tido lambat pastu
anak plak kejutkan pagi2..
tp tgk muka anak pagi2 rasa segar. tiba2:

"babah, nah.. Happy father's day" sambil Aliah memberi satu wishes card..
terharunyer.. she was just 5 years old..
Babah cakap "thank you.."

little cute card....

inside...

To BABAH
"Aliah dan Danish sayang Babah..."
Aliah..

Thank you Aliah & Danish.. babah pun sayang kamu berdua...

Friday, June 3, 2011

Manchester United 2010-2011 Away Kit :: Mexican Wave's Chicharito

Adding my 5th Jersey.. It was bought one day before the UEFA Champion League Final 2011. Barcelona VS Manchester United.



















Manchester United 2010-2011 Away Kit

Nameset CHICHARITO #14 was adding separately.


Javier Hernández Balcázar
( born 1 June 1988) is a Mexican footballer who plays as a forward for English Premier League club Manchester United and the Mexican national team. Hernández plays with his nickname, Chicharito (Spanish: little pea), on his shirt. He previously played for the Mexican club Guadalajara, before becoming the first Mexican player to join Manchester United.