Pages

Wednesday, November 30, 2011

duo Bumblebees


Terbeli jugak akhirnya setelah sekian lama mengidam. Lebih minat pada Optimus Prime tapi harga prime sgt mahal. Bumblebee pun jadi lah janji Transfomers lagipun my son also suka Bumblebee, so gi la cari. Jalan-jalan kat Times Square cari kedai toys. Akhirnya jumpa kedai toys tu, terbeliak mata kena racun-racun kebetulan pulak ada sale. Apalagi blur sekejap nak pilih yang mana. Bumblebee murah sikit so bumblebee je lah. satu kecik satu besar.yang kecik my son punya yang besar i punya..


bumblebee the autobot

transform time.. 

 

Tuesday, November 29, 2011

Malaysia vs Bahrain

Sekali lagi bertandang ke Stadium bukit Jalil. Kali ini skuad negara bertemu pasukan dari Bahrain.

Perlawanan ini adalah penentu kepada kedua-dua pasukan dalam menghidupkan kembali peluang masing-masing untuk layak ke Temasya Sukan Olimpik London 2012. Skuad negara masih gagal mengutip sebarang mata dari 2 perlawanan sebelum ini, begitu juga pasukan Bahrain. Misi kali ini adalah KEMENANGAN... saya ulangi KEMENANGAN, bkn seri atau kalah.
Penyokong-penyokong yang datang pula tidak kurang hebatnya.. Suasana yang sangat meriah dengan sorakan penonton, pukulan drum, chantting serta tiupan-tiupan trompet mainan.

Pada suatu ketika dikala skuad negara mendahului 2-0. Di satu ketika nikmat-nikmat kemenangan makin terasa. Di satu ketika skuad Bahrain makin layu, tiba-tiba....

Ternyata Tuah bukan milik kita.. Ternyata waktunya belum sampai lagi. skuad negara rebah 2-3 kepada Bahrain yang hanya bermain dengan 10 orang dalam beberapa minit terakhir.

Kegembiraan bertukar sepi, pilu.. sedih.. mmg dapat dirasai kekalahan ini. masih terbayang-bayang lagi saat mendahului 2-0 kemudian terpaksa akur dengan fightback yang dilakukan oleh bahrain.
Apapun Tahniah skuad harimau muda negara.. kerana memberi dan menunjukkan prestasi yang memukau. Kita mampu bersaing, kalau tahun ini kita tewas tidak semestinya kita tewas selama-lamanya.. Ambil iktibar, perbaiki kelemahan..

Malaysia Boleh... Aummmm..........

Friday, November 25, 2011

Malaysia vs Syria

Selamanya selamanya selamanya Harimau Malaya,
Selamanya selamanya selamanya Sokong Malaysia...

23 November 2011
AFC Asian Qualifiers for the 2012 London Games
Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur










 







Ulasan separuh masa pertama:
priiiiiiitttt... sepak mula jam 8.45 mlm. debaran seawal minit pertama. seperti yg kita jangka keselebelasan utama tidak banyak berbeza namun rata-rata pemain tampak keletihan setelah kembali dari tugas temasya sukan SEA Indonesia. tidak sampai dua hari kemudian pasukan Harimau Muda menerima kunjungan Syria dalam perlawanan kelayakan Olimpik London 2012.

HM dapat mengekang asakan Syria dan kawalan bola berpihak kepada pasukan negera untuk 45 minit yang pertama. Namun begitu corak permain pantas HM tersekat dikala memasuki kasawan Syria. Serangan yang dilakukan tidak begitu berhasil. begitu terserlah ketumpulan barisan serangan..

Ulasan separuh masa kedua:
Syria tampak bagai mendapat suntikan, apabila mengawal bola dengan baik dan lebih tersusun sehingga membuahkan hasil, meledakkan gol pertama menerusi tadukan kencang Solaiman Solaiman. Ketika permainan berbaki 10 minit Syria menambah lagi gol menerusi Nassouh Nakkdahli setelah kesilapan pemain pertahanan gagal menghantar bola kemas disambar oleh pemain Syria, dengan pantas melakukan gerakan dan berjaya merobek gawang negara. Kedudukan 0-2 kekal hingga ke wisel penamat.

Ini bermakna skuad negara belum lagi mengutip sebarang mata dari 2 perlawanan.

Reaksi Penyokong-Penyokong di Stadium
Memang meriah serta bersemangat namun tidak dinafikan masih ada riaksi dan gelagat penyokong-penyokong yang kurang enak di dengar, tetap ada yang memaki hamun. walauapapun kalah tapi saya tetap berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan.
Rehat yang tidak cukup, semangat berjuang hingga minit-minit akhir, terhincut2 kat padang masih lari lagi. tidak lupa kepada penjaga gawang negara, Khairul Fahmi yang menangkis beberapa cubaan dan serangan bahaya Syria. tabik spriiinngggg!!!!
apa pun....
MALAYSIA BOLEH..

Tuesday, November 1, 2011

Jersey Malaysia Home 2010-2012 Kit

Adding National Jersey to my collections. My 1st National jersey. Bought before game Malaysia vs Syria, Olimpic 2012 Qualification. Showing my support to the National Squad. Harimau Malaya or even Harimau Muda.


















Malaysia National Home Season 2010-2012 Kit