Pages

Tuesday, November 29, 2011

Malaysia vs Bahrain

Sekali lagi bertandang ke Stadium bukit Jalil. Kali ini skuad negara bertemu pasukan dari Bahrain.

Perlawanan ini adalah penentu kepada kedua-dua pasukan dalam menghidupkan kembali peluang masing-masing untuk layak ke Temasya Sukan Olimpik London 2012. Skuad negara masih gagal mengutip sebarang mata dari 2 perlawanan sebelum ini, begitu juga pasukan Bahrain. Misi kali ini adalah KEMENANGAN... saya ulangi KEMENANGAN, bkn seri atau kalah.
Penyokong-penyokong yang datang pula tidak kurang hebatnya.. Suasana yang sangat meriah dengan sorakan penonton, pukulan drum, chantting serta tiupan-tiupan trompet mainan.

Pada suatu ketika dikala skuad negara mendahului 2-0. Di satu ketika nikmat-nikmat kemenangan makin terasa. Di satu ketika skuad Bahrain makin layu, tiba-tiba....

Ternyata Tuah bukan milik kita.. Ternyata waktunya belum sampai lagi. skuad negara rebah 2-3 kepada Bahrain yang hanya bermain dengan 10 orang dalam beberapa minit terakhir.

Kegembiraan bertukar sepi, pilu.. sedih.. mmg dapat dirasai kekalahan ini. masih terbayang-bayang lagi saat mendahului 2-0 kemudian terpaksa akur dengan fightback yang dilakukan oleh bahrain.
Apapun Tahniah skuad harimau muda negara.. kerana memberi dan menunjukkan prestasi yang memukau. Kita mampu bersaing, kalau tahun ini kita tewas tidak semestinya kita tewas selama-lamanya.. Ambil iktibar, perbaiki kelemahan..

Malaysia Boleh... Aummmm..........

No comments:

Post a Comment