Pages

Friday, November 25, 2011

Malaysia vs Syria

Selamanya selamanya selamanya Harimau Malaya,
Selamanya selamanya selamanya Sokong Malaysia...

23 November 2011
AFC Asian Qualifiers for the 2012 London Games
Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur










 







Ulasan separuh masa pertama:
priiiiiiitttt... sepak mula jam 8.45 mlm. debaran seawal minit pertama. seperti yg kita jangka keselebelasan utama tidak banyak berbeza namun rata-rata pemain tampak keletihan setelah kembali dari tugas temasya sukan SEA Indonesia. tidak sampai dua hari kemudian pasukan Harimau Muda menerima kunjungan Syria dalam perlawanan kelayakan Olimpik London 2012.

HM dapat mengekang asakan Syria dan kawalan bola berpihak kepada pasukan negera untuk 45 minit yang pertama. Namun begitu corak permain pantas HM tersekat dikala memasuki kasawan Syria. Serangan yang dilakukan tidak begitu berhasil. begitu terserlah ketumpulan barisan serangan..

Ulasan separuh masa kedua:
Syria tampak bagai mendapat suntikan, apabila mengawal bola dengan baik dan lebih tersusun sehingga membuahkan hasil, meledakkan gol pertama menerusi tadukan kencang Solaiman Solaiman. Ketika permainan berbaki 10 minit Syria menambah lagi gol menerusi Nassouh Nakkdahli setelah kesilapan pemain pertahanan gagal menghantar bola kemas disambar oleh pemain Syria, dengan pantas melakukan gerakan dan berjaya merobek gawang negara. Kedudukan 0-2 kekal hingga ke wisel penamat.

Ini bermakna skuad negara belum lagi mengutip sebarang mata dari 2 perlawanan.

Reaksi Penyokong-Penyokong di Stadium
Memang meriah serta bersemangat namun tidak dinafikan masih ada riaksi dan gelagat penyokong-penyokong yang kurang enak di dengar, tetap ada yang memaki hamun. walauapapun kalah tapi saya tetap berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan.
Rehat yang tidak cukup, semangat berjuang hingga minit-minit akhir, terhincut2 kat padang masih lari lagi. tidak lupa kepada penjaga gawang negara, Khairul Fahmi yang menangkis beberapa cubaan dan serangan bahaya Syria. tabik spriiinngggg!!!!
apa pun....
MALAYSIA BOLEH..

No comments:

Post a Comment