Thursday, December 1, 2011

::C.A.T bukan kucing..

Dah sebulan lebih pindah ke rumah baru (ikut tarikh blog), masih banyak lagi belum selesai pengemasan, pemunggahan serta dekorasi rumah. penat yang amat-amat, belum lagi merasa rehat yang puas, lebih-lebih lagi hujung minggu. kenapa? sebab time tu lah nak pulun buat semua tu..

Drill dah beli, peralatan pertukangan dah beli (wajib ada). Contoh gergaji, tukul, pemutar skru, playar, pisau, pita ukur, timbang air dan lain-lain.

Ni nak citer pasal Cat umah sebanarnya...
Peralatan seperti berus cat, roller, bekas cat, selotape kertas, surat khabar. Pemilihan cat. Dulux ker, Nippon ker, Jotun, Colourland ker.. Setiap jenama-jenama ini ada keistimewaan masing-masing. namun kalau nak di compare compare memang takkan abis. kod setiap cat adalah berlainan dan warna takkan sama dengan jenama-jenama lain. pilihan saya Nippon dengan dulux. Di bawah ni

Nippon


Dulux


setakat ni perbezaan antara dua ni, nippon wangi skit, yang dulux ni busuk sikit..

Tips:
1. Baca arahan dulu pada setiap Tin..
2. sbb ada kena cat 2 layer. so bila cat pertama tak akan jadi. then tunggu kering, cat lagi semula utk layer kedua.
3. sebelum cat pastikan slotep bahagian yang tidak mahu terkena cat. terutama segi-segi atau bucu, mahupun bin.
4. suratkhabar untuk lapik pada lantai.
5. roller kecik mmg agak lambat tapi menjimatkan cat anda. roller besar tapi cat cepat abis.
6. berus cat kecil, utk cat bahagian bucu-bucu.
7. tgk hasilnya..

Selamat mencuba.. renung-renungkanlah..

2 comments:

  1. Kombinasi colur hijau, pink dan merah dah mcm wonderland pulak tp hasilnya pasti ceria. Jgn lupa tunjukkan hasil ruang yg telah di cat.

    ReplyDelete
  2. haha... bkn combine skali... hijau tu picture wall ruang tamu. pink bilik sebelah, n merah bilik lain...

    ReplyDelete