Pages

Tuesday, April 24, 2012

Koleksi Manchester United Part 2

Koleksi majalah-majalah bola yang aku beli dulu-dulu. Aku masih simpan. Masa tu pantang ada poster-poster Manchester United je aku beli. Kalau lah aku ada bilik khas, nak je aku tampal poster ni wat wallpaper. Ni antara koleksi-koleksi aku
Final Moscow 2008
AC Milan vs Manchester United
Wayne roonye still budak2 lagi..
Manchester United musim 2004/2005

Cristiano Ronaldo CR7. Satu fenomena baru dalam sejarah bola sepak.

RVN10- Scoring Machine

 
Legends Ryan Giggs                            Alan Smith

Pas tu aku dah jarang beli majalah dah. Entahlah aku beli kadang2 tu tak baca pun semata-mata nak poster je. Membazir pun ada rasanya.. Apapun minat kan, nak buat cam mana..

Friday, April 20, 2012

Koleksi Manchester United Part 1

Inilah koleksi-koleksi barangan Manchester United yang aku kumpul. Start dari Membership pack sampai ke gift. Yearbook 2010 dan Yearbook 2011 (pic atas)
Koleksi VCD dan DVD

Malaysia vs Manchester United Ticket (Asia Tour 2009) 
Training Pass
Keychains

Membership Packs 2010/2011 &
Membership Packs 2012/2012

Official Merchandise 
Biscuits box
Deodorant
Energy Drink

Beli dari Megastore Manchester United
Single Duvet cover
Ready Made Curtain

Sarung kotak tisu

Scarf
Pride of the North
Malaysia vs Manchester United 2009

Part 2 menyusul kemudian...

Thursday, April 19, 2012

Only in Malaysia

Entry kali ni tergerak hati nak cerita pasal benda yang aku rasa habit orang-orang Malaysia ni suka lakukan yang mungkin kita tak sedar. Sebab dah makin banyak cerita or clip2 yang berkenaan dengan habit ni.
Ok kita start dengan habit yang:

 1. Pakai jaket cover depan.
Orang-orang Malaysia ni suka sgt pakai jaket kat depan.Kalau tak percaya try tgk kat jalan raya nanti kira penunggang moto yang pakai jaket depan.

2. Handfree
Kita sedar tak, takde lagi handfree untuk penunggang motosikal. Kadang-kadang bila dah terpaksa jawap telefon tu, gini lah yang korang lakukan.. :p


3. the power of "Hand...

Orang Malaysia ni memang cukup common dah dengan isyarat tangan ni. Nak melintas jalan kat mana-mana pun takpe. Lintas je walaupun disediakan lalulintas. Memang percaya 100% pada kuasa tangan tu.
 
Bukan takat nak melintas je, nak bagi isyarat suruh senyap pun boleh.Nak lagi power kena penampor...



4. slalu minta "free gift" kalau beli barang.

Hah, yang ni aku pun slalu. Pantang nak beli barang mahal sikit dah tanya ada free gift tak?. Eh, barang tak mahal sgt pun aku tanya free gift. Biasalah nk benda lebih aje. kalender, pen, notebook, sarung hp ker janji ada. Hahaha.. :p korang sedar tak? Kadang-kadang benda merepek pun ko minta.

5. Rival
Orang-orang Malaysia ni ramai yang minat bola. Masing-masing minat kelab-kelab yang berlainan. Manchester United la, Chelsea la, Liverpool la.. Kutuk mengutuk sesama sendiri bila lepas game.. yang kalah akan jadi bahan.. Kompom.. Liverpool dengan panggilan baru "Team Cap Ayam" dan "Standard Kampung." Kesian, elok-elok Stardard Chartered dah jadi gitu pulak.. keh3..
 
 tapi bila Harimau Malaya turun padang, tak kira apa kelab pun, kita pasti sehati sejiwa menyokong pasukan Harimau Malaya.. AAUuuuummmmmmm...




6. Exsiden jalan raya.

Orang-orang Malaysia ni memang cukup prihatin bila nampak exsiden ni. Perlahankan kereta tengok kemalangan, bkn nak tolong. Pastu jem memanjang 2,3 km. Padahal exsiden kat seberang sana.

Ada yang berenti dan turun tengok. Ayat-ayat common bila tgk exsiden.. "Dah mati ker", "Melayu ke Cina", "Bawa laju ni", datang lagi orang lain, ayat tu gak yg keluar.




7. Panggilan
Boss
Orang-orang Malaysia ni ramai saling hormat-menghormati. Ramai dah yang jadi boss. Even waiter kat kedai mamak tu pun panggil boss. "Bos, teh tarik satu".. Boss sana boss sini.. aBangla pun korang panggil boss.

Untie/Uncle
Aiyoo.. nampak je cina tua, apek tua ... untie, uncle...kadang-kadang yang orang yang masih muda pun dipanggilnya untie..

Ada lagi? apaa lagi... nanti lah aku pikir.. penat nak ngumpul gambar.. takde gambar tak best lak nak citer...  tggu..

Wednesday, April 18, 2012

Koleksi Keychain

Hari ni nak share sikit koleksi-koleksi keychain. kalau translate BM jadi rantai kunci.. keh3.. betul ker? Keychain ni terdapat pelbagai-bagai rupa dan jenis. Mcm fridge magnet juga, keychain ni sebagai souvenir atau cendrahati sebagai tanda-tanda peringatan atau kenangan. Semua ni ada dalam simpanan saya.Hadiah dari kawan-kawan dan beli sendiri.

keychain-keychain tempatan.. 

 
luar negara punya keychain...paris, singapore, spain, australiam thailand, indonesia, korea, san francisco

sea horse, helang, anak penyu dan burung enggang. lambang negeri masing2..

Jenis untuk penyokong MU keychain, jenis couple keychain love + arrow, jenis pengetip kuku dan keychain huruf..

inilah rupanya jika dicombine skali... pasni nak tambah lagi.. korang tak simpan ker?

Monday, April 16, 2012

Go Go Bazaar @ KL SOGO

Go Go Bazaar @ KL SOGO
14-15 April 21-22 April2012
11.00 pagi - 6.00 petang
Air terjun Atrium, Tingkat 7


Mystitchycraft telah menyertai booth Go Go Bazaar yang telah dianjurkan oleh KL SOGO pada 14-15 April 2012. Pelbagai Homemade craft yang diperagakan di booth beliau. Sanga menarik, comel dan jatihan tangan yang kemas :) Harga berpatutan, ada diskaun hehe..eh yeker.. mandai je aku ni..

Ni antara gambar-gambar minggu pertama...
 
 
 Selain dari handycraft, beliau juga ada menjual button-button yang colourful
 Cekak rambut baby, coin purse, book mark, hair clips keychains, pendrive case, handphone straps, car hanging, door hanging dll
 
 si kecik teman mama dia jaga booth..
Bergambar bersama Maskot GO GO BAZAAR.. comel tak? 

 21-22 April 2012 akan ada lagi booth di lokasi yang sama. Diharapkan ramai yang datang ke booth. Sekian.... :)

nak ketahui lanjut tentang Mystitchycraft klik disini

Saturday, April 14, 2012

Koleksi Fridge Magnet


Blog apa apa saja kali ni menceritakan tentang fridge magnet atau lebih dikenali sebagai magnet peti ais. Ia merupakan satu souvenir atau cenderahati  yang sekarang ini menjadi trademark bila kita melawat atau melancong ke dalam mahupun luar negara. Ia juga merupakan satu peringatan (kenangan) tempat-tempat yang pernah kita lawati. Antara koleksi-koleksi saya simpan. Beli sendiri dan hadiah dari kengkawan atau saudara.

 Dari Sarawak

 Terengganu

 Pangkor, Langkawi, Melaka dan Penang

Sabah dan Cameron Highlands

Tangkuban Parahu, Indonesia, Singapore, Venezuela




Takde la banyak, orang lain lagi banyak. Banyak yang dah pecah jatuh. tag-tag nama lokasi dah tanggal. Ini sekadar menyedarkan korang. Simpan buat kenangan.. RARE..
Bakal menyusul lagi koleksi-koleksi lain..