Pages

Tuesday, April 3, 2012

Keberkesanan atau Effectiveness

Selasa, 3 April 2012, Satu "Sesi Town Hall" telah diadakan diantara Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan dengan warga Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) yang berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, JKR. Sesi bermula dari jam 2.30 petang- 3.30 petang di hadiri lebih daripada 300 kakitangan.

Sesi soal jawap yang mengambil masa sejam itu cukup panas dengan pelbagai isu dibangkitkan.

Isu kenaikan pangkat, gaji serta elaun jika memiliki kelulusan-kelulusan tertinggi

Isu kekurangan jurutera-jurutera

Isu Jalan Persekutuan, KPKT, Jalan Negeri, jalan kampung.

Selit-selit sikit SPBA..Hapus.

Apapun Tan Sri lebih lebih tenang dengan hujah-hujah beliau. Jawapan ringkas dan padat. Output diutamakan (keberkesanan), omputih cakap effectiveness. Jawapan beliau

1. Pangkat dan Gaji tinggi tidak menjamin output yang berkesan. Kalau gaji dah naik tiba-tiba tidak berfungsi boleh turun gaji ker?

2. Masuk keja awal pastu balik lambat, belum tentu keja bermutu.

3. Isu-isu semasa tanggungjawab bersama. contoh nampak parit atau longkang tersumbat, mengambil insiatif melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawap.

4. Tidak kisah bekerja dari mana, yang penting output. contoh bekerja dari rumah, pelukis plan jkr.

Tepat 3.30 petang sesi ditangguhkan.



Hasil dari catitan saya. kalau ada yang silap tu saya yang silap olah..



No comments:

Post a Comment