Pages

Wednesday, May 30, 2012

Makanan yang patut dielakan atau dikurangkan

       Memandangkan aku dah mula mengambil berat tentang kesihatan diri aku. Aku start diet dan bersenam. Tinggi aku cuma 165cm tapi berat aku cecah 90kg. Dah dikira obesiti terlampau dah ni. Perut mmg sihat, panggilan manja kat ofis "bulat" dan "panda".. haha ada aku kesah. yang pasti dorang gurau-gurau je. bila berat aku dah meningkat ke 90kg aku rasa mcm asyik lemah badan rasa mcm tak sihat je. So aku try diet merapu. memang ada penurunan tapi makanan tidak sihat. Then aku refer banyak artikel tiba-tiba terjumpa artikel ni.. So nak share sikit tentang makanan yang kita patut elak or kurangkan. Ini semua contoh-contoh yang buat anda kata "biar betul?"

1. Roti putih.
Terkejut tak? kenapa aku kata roti putih? Sedangkan ramai ingat roti lebih baik daripada nasi? Betul ke lagi baik? Kalau kita bandingkan, kebanyakan roti putih dan roti serat, kandungan nutrisinya berbeza. Roti putih sekarang lebih pada gula segera. Makan sikit tak mengenyangkan. Kebanyakan yang ambil roti putih cenderung untuk makan lebih. So baik ambik nasi je. Roti serat lebih baik daripada roti putih.

2. Marjerin.
Kalau boleh, elaklah sebarang makanan yang menggunakan marjerin. Marjerin tinggi kalori, yang dihasilkan daripada lemak tepu. Penyakit jantung, dan sebagainya selalu dikaitkan dengan marjerin dan adik beradiknya, minyak sapi.

3. French Fries.  
French fries bukan seperti kentang sebenar. Ia tinggi lemak tepu dan juga karsinogen. Ntah kalau la try perah McD punya fries tu, try tgk apa jadi... tapi jangan samakan makan french fries dengan makan kentang, lain k.. :)

4. Biskut.
Biskut juga bukan pilihan yang baik kecuali sebahagian fiber serat. Kandungan utama dalam kebanyakan biskut adalah gula segera. Makan sikit tak kenyang, sedar-sedar dah habis satu bungkus chipsmore.

5. Sosej.
Mesti sedapkan makan sosej? Sampai ada yang ingat, itu protein. Tidak, yang sedap itu lemak. Lembut je rasa. Sosej dan burger sangat tinggi lemak. Ia diproses daripada campuran sisa-sisa ayam, bahagian lemak dan sebagainya dan akhirnya jadi bentuk yang comel untuk dimakan. Eh, yeker??

6. Cereal.
Kebanyakan cereal sangat tinggi gula. Jika anda berniat untuk makan cereal, cari cereal khas untuk diet. Terdapat pelbagai kini dalam pasaran.

7. Donut.
Donut antara makanan yang boleh naikkan berat badan dengan cepat. Ia dipenuhi kalori daripada lemak tepu, gula, gula dan gula. Sebab itu sedap. Lagi-lagi sekarang ada kedai jual sekali 12. Bulat macam donatlah anda.

8. Makanan berlabel ‘sugar-free’.
Walaupun ia berlabel ‘sugar-free’ tetapi ianya mengandungi pemanis tiruan. Pemanis tiruan tidak menaikkan berat badan tetapi merbahaya jika diamalkan selalu daripada aspek kesihatan. Gula tiruan yang biasa digunakan adalah aspartame. Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor, kemurungan, sawan, migrain, sakit sendi, insomnia, PMS, dan senarainya berterusan.

9. Bihun.
Ramai juga yang fikir, bihun itu pilihan yang baik. Bihun boleh menyimpan lebih banyak minyak berikutan ruang diantaranya yang halus, lebih-lebih lagi bihun goreng. Kalau diperah, minyaknya boleh digoreng semula kut.

10. Air Buah.
Air buah yang dimaksudkan di sini adalah air buah dengan gula segera. Boleh dikatakan majoriti produk air buah dalam kotak dan botol dipasaran adalah gula segera. Sebab itu murah. Biasanya jus 100% berganda lebih mahal.


11. Sushi.
Adakah sushi pilihan yang baik untuk diet? Tahukah anda shrimp tempura roll itu mencecah 540 kalori. Purata kalori dalam 1 menu sushi sekitar 250 kalori. Tapi cukup ke sikit itu? Belum campur dengan sosnya yang tinggi sodium. Elakkan sushi segera. Shashimi lebih baik.

12. Makanan dalam tin.
Jika boleh, elakkan makanan proses dalam tin dan sebagainya. Dapatkan makanan segar yang baru dimasak.

13. Mee.
Mee, mee segera? Apa kebaikannya? Gantikan dengan spagetti atau pasta. Lebih baik dan sedap jika sesuai dengan masakannya.

14. Makanan Tambahan.
Jangan terkejut, jika saya masukkan makanan tambahan. Bukan nak kata makanan tambahan tak elok, tetapi ramai yang bergantung pada makanan tambahan semata-mata. Makan sekali sehari tapi, 10 kali minum protein. Perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan, dan bukannya pengganti menu yang lain. Jika perlu nutrisi tambahan, baru ambil.

Nota: Senarai diatas tidak termasuk lagi makanan berminyak, makanan segera, fastfood, air manis dan sebagainya yang memang terang-terang patut dielakkan.

Tuesday, May 29, 2012

Resepi Ikan Salmon Lemon

Semalam teringin pulak nak makan ikan salmon. Katanya salmon ni mmg baik untuk kesihatan. Banyak Omega 3.. So menu dinner aku malam tadi aku masak Ikan Salmon lemon. (resepi aku tiru kat internet jugak, bezanya ni aku yang masak :p) Ok tak nak sembang banyak..

Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak pun. (2 orang makan)
1. ikan salmon sepotong
2. tepung gandum
3. 1/2 sudu lemon
4. 2+1 sudu olive oil
5. 1 sudu mentega
6. 4 sudu besar air
7. garam secukup rasa

Jom ke dapur bersama chef Mr.F 
... mula-mula.. 
 Cara-cara menyediakan ikan
buangkan kulit ikan, tak nak buang pun takpe,
ini rupanya yang dah dibuang kulit dan dipotong 2. saja je aku nak buang tulang tengah tu..
 
 pastu letak tepung gandum dalam mangkuk, then masukkan ikan, gaul rata-rata..
selepas digaul dengan tepung
panaskan kuali, masukkan 2 sudu olive oil tunggu panas dan masukkan ikan.
ok, bila smpi kekuning-kuningan tu terbalikkan ikan tu, letak lagi 1 sudu olive oil. Masukkan lada hitam, garam secukup rasa, then keep on terbalik patah balik eh eh sampai nampak garing, up to you.. nak mcm sushi pun boleh.. dah siap keluarkan dari kuali.
olive oil dan lada hitam
mentega
lemon (setengah sudu je, aku g potong banyak pulak, ingatkan 4 biji.)

Kuah Lemon
Nak masakkan kuahnya pulak senang sekali. Mula-mula masukkan 4 sudu air ke dalam kuali, masukkan mentega, kacau sehingga mendidih, masukkan jus lemon tadi tu setengah sudu.. kalau tak cukup satu, 2 sudu pun takpe.. selera masing-masingkan. Gaul-gaul 1 minit, dah siap.. pastu tuangkan atas ikan salmon yang dah dimasak tadi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





 Inilah Hasilnya.. setelah ditopping dengan kuah lemon yang masam manis.. dimakan pula bersama asparagus.. Yummy.. Kalau tak cukup masam tambah je lebihan lemon tu.. :) Selamat mencuba..

**tak brapa nak mahir menghias..

Friday, May 25, 2012

WORDING FRIDAY : Fadhilat Hari Dan Solat Jumaat

Bismillahir-Rahmanir-Rahim 
بسم الله الرحمن الرحيم

Wording Friday aku wujudkan untuk memperingati diriku dan tuan-tuan serba sedikit info atau maklumat tentang keagamaan. Aku bukan la baik sangat pun. Hari ni insaf esok buat lagi.. Sharing is caring  bak cakap omputih. Jumaat pertama wordless aku ni, aku cerita dulu tentang Hari Jumaat itu sendiri. Seperti mana tuan-tuan ketahui Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan juga hari yang paling mulia sekali.  Dikemuliaan hari jumaat ini ia mempunyai beberapa fadilatnya untuk dikongsi dan untuk direnungi bersama.  

Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Hari Jumaat.

Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad. 

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari 

ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
 
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
MasyaAllah, tuan-tuan, dalam satu hari  mcm-mcm ganjaran yang kita dapat. Belum lagi dikira berjalan kaki pergi ke masjid, bersedekah lagi..

Jom sama-sama ke Masjid. 
Salam Jumaat dan selamat menunaikan solat jumaat.

Tuesday, May 15, 2012

Pisang Oh Pisang


Apa yang anda tau tentang pisang, slalu dikaitkan kalau tak leh buang air besar, makan pisang kan kan... Hhehehehe.. Memandangkan aku nak pergi workouts(bersenam) terjumpa pulak artikel tentang khasiat pisang. Nak share skit. Anda akan teruja dengan kehebatan buah ini..

Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu. Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.
Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.
Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.
“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat

“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.

Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. 

Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.

Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.

 “Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.

Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.

“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.

“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.
“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.

P/s Tidak digalakkan mengambil makanan berat 2,3 jam sebelum bersukan. Oleh itu, bagi menggantikan makanan berat, disarankan memakan pisang atau epal untuk menambah tenaga..

Monday, May 7, 2012

Menentukan Arah Kiblat

Qiblat berasal dari bahasa arab (القبلة) yang ertinya arah. Yang dimaksud dengan qiblat adalah arah mata angin yang menuju ke Ka'bah di Makkah Al-Mukarraomah

Bukan senang nak menentukan arah kiblat. bukan main tanda suka-suka je. Ia memerlukan pakar dan peralatan yang betul. So saya nak share sikit info. Ini adalah sebahagian cara yang dilakukan di Surau Taman Cheras Intan.
Ini adalah alat yang digunakan untuk menetukan arah kiblat. Kompas magnetik bertripod. Kompas magnetik yang memiliki ketelitian cukup tinggi.
   
Saudara Syam dari pegawai dari pejabat Mufti Negeri Selangor sedang menetapkan bacaan ke arah kiblat. Sambil diperhatikan oleh AJK Surau dan JNB Cheras Intan.

Saudara Awang - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Surau Cheras Intan memeriksa ketepatan arah kiblat

 En Rohaizat Timbalan Bendahari JMB memeriksa ketepatan arah sambil En Syam menandakan arah tersebut di dinding.

 Pembaris dan kayu itu menandakan garis lurus bangunan manakala garisan hitam itu menunjukkan arah kiblat.

Ketahuilah kalau kiblat terpesong 1 darjah, 125km tersasar dari Kaabah. Jauh tu...

"Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar. Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.
Dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.
“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan. Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.”
“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.
Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati."

Friday, May 4, 2012

Masalah Add dan Edit Contact - Blackberry

Kepada Blackberry User yang mengalami masalah nak add contact dan edit contact.



Aku baru terkena masalah ni. Aku dapat nombor nak add tak boleh. Aku cuba buat ALT LGLG clear log, still tak berkesan, Restart (Kuar battery and masuk balik) still tak jadi. Then aku delete some memory or file-file yang besar kot2 memory dah penuh. Still tak leh add jugak. Memang dah give up gak, tinggal nak antar kedai je suruh check. Tp aku tangguh la niat tu, maklum la modal tak cukup. tapi aku tetap tak puas hati gak..

So..
Aku Google.. the best first way to figure solution.


Google suruh remove or uninstall Window Messenger App, Yahoo Messenger etc. So Aku try la remove Yahoo Messenger.. loading....... restart... and.....

Yahooo.... Alhamdulillah boleh add dan edit balik contacts...lega rasanya.. korang kalau remove pun still tak boleh tu try lagi cari cara lain.

Tips:

Sebelum hantar kedai try dulu cari solution. Kalau hantar kedai kompom kena torehnyer. Macam-macam masalah pulak timbul. Cheers...