Bismillahir-Rahmanir-Rahim
بسم الله الرحمن الرحيم
Wording Friday aku wujudkan untuk memperingati diriku dan tuan-tuan serba sedikit info atau maklumat tentang keagamaan. Aku bukan la baik sangat pun. Hari ni insaf esok buat lagi.. Sharing is caring bak cakap omputih. Jumaat pertama wordless aku ni, aku cerita dulu tentang Hari Jumaat itu sendiri. Seperti mana tuan-tuan ketahui Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan juga hari yang paling mulia sekali. Dikemuliaan hari jumaat ini ia mempunyai beberapa fadilatnya untuk dikongsi dan untuk direnungi bersama.
Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa
agung yang berlaku pada Hari Jumaat.
Antara peristiwa
itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa
dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan
Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara
binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari
ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam
diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
“Pada Jumaat juga
kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta
sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat
Muslim).
Dalam hadis lain,
Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat,
hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari
Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih
mulia dan afdal daripada hari Jumaat.“Pada hari itu
terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa)
kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia
meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah
melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua
rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia
hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap
amal ibadat yang dilaksanakan.
Ada banyak hadis
dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat yang bertujuan menceritakan
ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
- Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
- Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
- Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
- Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
- Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
MasyaAllah, tuan-tuan, dalam satu hari mcm-mcm ganjaran yang kita dapat. Belum lagi dikira berjalan kaki pergi ke masjid, bersedekah lagi..
Jom sama-sama ke Masjid.
Salam Jumaat dan selamat menunaikan solat jumaat.
wordless ape nyer ni... punyer byk word... kalau wordless kena la byk gmbr dan less kan word...
ReplyDeleteOh yeker.. takpe2 bior baca dlu baru "wordless"..
ReplyDelete