Wednesday, June 27, 2012

Permohonan Persekolahan Anak ke Sekolah Rendah

Post ni aku nak cerita sikit basic checklist atau semakan asas dokumen yang perlu semasa / ketika memohon persekolahan anak ke sekolah rendah. Memandangkan anak aku nak masuk darjah 1 tahun depan aku pergi la mohon. Mohon dengan daftar adalah perkara yang berbeza. Sekarang ni baru proses memohon, kena tunggu pengesahan 1-2 bulan. Daftar tu bila dah masuk sekolah nanti.. hehe..
Ok ini senarainyer....

Keperluan Asas:
1. Surat Beranak Asal dan 1 Salinan
2. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa Penjaga - 1 salinan setiap satu.
3. Sampul Surat 2 Keping (Saiz Kecik)- agak-agak A4 paper lipat boleh masuk pun ok.
4. Setem 60sen x 2 - kegunaan untuk setiap sampul surat.
5. Salinan bil Elektrik atau bil Air - mungkin digunakan untuk pengesahan alamat.

Ini untuk permohonan Sekolah Rendah kawasan Selangor, tak pasti la tempat lain. Jikalau belum pernah daftar secara online, korang boleh terus ke pejabat sekolah. Kalau dorang suruh isikan online terpaksa lah. Kalau mood dorang baik atau ada kelapangan dorang tolong isikan.
*sesetengah sekolah saja yang ada isi online. 

Mungkin bila dengar aku buat hari ni, ada yang fikir aku lambat dah tp sebenarnya anak aku dah mohon tempat lain sebelum ni tetapi dah berpindah tempat tinggal so kena tukar sekolah jugaklah walaupun tak sekolah lagi. Proses pembatalan hendaklah dibuat disekolah terdahulu sebelum buat permohonan baru di sekolah lain.

*mohon sekolah rendah sepatutnya pada umur anak 5 tahun, bukan apa skolah ni pun ada limitation jugak.Risau nanti sekolah yang nak tu dah penuh. Eh yeker.. hehe.. Sila ambik berat hal sebegini, nampak mudah tetapi satu keperluan tertinggal boleh buat anda mengulang ke pejabat sekolah berkali-kali. Sapa yang susah?

Okey, aku pun nak mengulang gak ni.. glrrr....

Monday, June 25, 2012

Jong's Crocodile Farm | Kuching Sarawak

Pada 18 Jun lepas, aku dan family aku sempat lagi mengunjungi Jong's Crocodile Farm. Terletak kira-kira 22km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Perjalanan mengmbil masa 30 minit. Memandangkan farm ni 3km dari rumah aku so aku gi jugak lah.
Harga tiket.. Hehe orang sarawak dapat murah sikit..
 Ada galeri-galeri or muzium kecik tentang buaya-buaya.. mcm-macam ada, berita buaya, produk buaya, spesis buaya..
 
ushar anak-anak buaya dalam sangkar..
anak-anak buaya yang telah diasingkan mengikut umur.
kolam ikan apa ntah tapi datuk nenek ikan dalam tu..

Aumm.. eh, bunyi harimau pulak.. 
on the way ke feeding show..
Glllrrrrr...
 

 
Pak Indon ni buaya paling besar sekali di Jong's Crocodile farm ni.. Usia telah 52 tahun. Gerun aku tengok. Besar giler..

Feeding show pukul 11 pagi dan 3 petang sahaja. Jangan terlepas.
 tiba ke acara kemuncak feeding show.. sabar menanti.. ramai jugak orang.
Pondok tempat pekerja memberi makanan kepada buaya-buaya ini. Lihat betapa banyaknya buaya kat bawah pondok tu. Belum semua naik tu.

 Aksi-aksi feeding yang buaya ni lakukan.. Menyambar daging yang digantung. Bayangkan buaya ini boleh melompat setinggi hampir satu meter lebih..
 
Lepas show tu ada lagi satu perjalanan yang harus ditempuhi iaitu masuk dalam kawasan hidupan liar. Memandangkan dah penat tgk lagak ngeri buaya so kami tak masuk.. huhu.. Jalan kat jambatan blkg tu agak open, tgk buaya-buaya kat bawah tu mcm ngeri je nak lalu, so kami patah balik. Next time lagi la masuk..

Friday, June 15, 2012

WORDING FRIDAY:: Suami Hebat, Suami Penyabar

Suami penyabar bukan sahaja menaikkan nilai wibawanya di hati isteri bahkan di pandangan Allah SWT jua.
 
Rasulullah SAW Mencontohkan Sifat Sabar Terhadap Isteri


Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata,
“Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami. Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini. Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, ‘Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda. Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.’ Saya (Umar) lalu berkata, ‘Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?’” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda sendiri.”

Umar Mencontohi Kesabaran Rasulullah SAW Terhadap Leteran Isteri
Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata, “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”
Umarpun berkata kepadanya, “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”
Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar berkata, “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”

WORDLESS FRIDAY:: Balik Kampung

 
Setahun sekali kerajaan memberikan tambang mengunjungi wilayah asal. Alhamdulillah.


::khas untuk pekerja Sabah,Sarawak dan Labuan yang bekerja di Semenanjung Malaysia dan pekerja Semenanjung yang bekerja di Sabah, Sarawak mahupun Labuan.

Monday, June 11, 2012

Gotong Royong Surau Al Ukhuwah Taman Cheras Intan

Pada 10 jun 2012, penduduk Taman Cheras Intan blok KLMN telah mengadakan gotong royong pembersihan surau. Lebih dari 20 orang penduduk yang datang sambil membawa perkakasan masing-masing, mop, penyapu, hos, baldi, menyeduk sampah dll.. 

 
 
Menjamu selera setelah kepenatan. pelbagai juadah dihidangkan sumbangan dari penduduk setempat.

Wiring time, giliran pakar-pakar wiring memasang wayar elektrik tambahan, untuk kipas, lampu serta untuk audio system.
Selepas selesai pembersihan, Tuan pengerusi memberi sedikit taklimat berkenaan dengan cadangan untuk memberi nama surau. Lebih 30 cadangan nama disenaraikan, Akhirnya semua bersepakat memilih nama Surau Al Ukhuwah.

Alhamdulillah, Solat Jemaah Maghrib dan Isyak pada malam tu jugak berjaya dijalankan.

Friday, June 8, 2012

WORDLESS FRIDAY:: Sekitar Masjid Negara

Sekitar Masjid Negara sebelum solat Jumaat. 

 
 
 
 
 
 
 
Minggu ini tajuk Khutbah Jumaat :: Cemerlang bersama Quran.

Koleksi Wang Kertas RM10 Radar

Akhirnya dapat gak siri R.A.D.A.R untuk wang kertas RM10. Kenapa dengan Radar? Apa yang aku kaitkan dengan Radar ni, baca prefix nombor tu dari turutan depan pun sama, dari turutan belakang pun sama. Kondisi wang kertas ni je yang tidak brapa elok.
Apapun dapat tambah koleksi. Bukan senang nak jumpa..

 PD4644464

Wednesday, June 6, 2012

Cara nak sediakan Nanas | Tips

Aku rasa ramai yang tak makan nanas sebab malas nak kupas atau tak reti nak kupas, leceh lah, susah lah. Ni aku nak ajar. Kalau nak senang, sediakan pisau yang tajam dan tempat pemotong.
 Mula-mula potong dulu mahkota nanas tu, kalau ada batang kat bawah tu pun potong jugak, kemudian kupas dari atas ke bawah, pelan-pelan, kulit nanas ni keras sikit. jangan potong tebal sangat nanti abis kena isi. okeh settle buang kulit, nampak tak yang bulat-bulat tu, orang kata mata nanas. nak buang senang je, potong ikut garisan, lihat pic bawah ni.
 Inilah hasil selepas mata dibuang. Aku nyer nanas ni over masak tu yang jadi tak brapa nak cantik.
 Ok lepas tu, belah tengah2, dah belah tengah tu araskan pisau arah 30 darjah dan potong dan dapatlah hasil seperti di atas.
Ok ni kalau nak potong kecik-kecik, pastu cicah ngan rojak mak bee perghhh berderau...  mohon maaf kalau buat anda terliur.. banyak lagi cara nak potong, ikut kreativiti masing-masing. tapi ini yang paling senang.

**pic kurang menarik, nanas terlalu masak, over melt sikit.. :) boleh la mencuba..

Oppss.. makan nanas ni pun ada sebab tau... nak gi tau manfaat nanas ni,

1. Membantu menurunkan berat badan. hehe sbb i on diet..

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida. haha dah tadi buang mata nanas, mata kita jadi sihat..

3. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

4. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.