Post ni aku nak cerita sikit basic checklist atau semakan asas dokumen yang perlu semasa / ketika memohon persekolahan anak ke sekolah rendah. Memandangkan anak aku nak masuk darjah 1 tahun depan aku pergi la mohon. Mohon dengan daftar adalah perkara yang berbeza. Sekarang ni baru proses memohon, kena tunggu pengesahan 1-2 bulan. Daftar tu bila dah masuk sekolah nanti.. hehe..
Ok ini senarainyer....
Keperluan Asas:
1. Surat Beranak Asal dan 1 Salinan
2. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa Penjaga - 1 salinan setiap satu.
3. Sampul Surat 2 Keping (Saiz Kecik)- agak-agak A4 paper lipat boleh masuk pun ok.
4. Setem 60sen x 2 - kegunaan untuk setiap sampul surat.
5. Salinan bil Elektrik atau bil Air - mungkin digunakan untuk pengesahan alamat.
Ini untuk permohonan Sekolah Rendah kawasan Selangor, tak pasti la tempat lain. Jikalau belum pernah daftar secara online, korang boleh terus ke pejabat sekolah. Kalau dorang suruh isikan online terpaksa lah. Kalau mood dorang baik atau ada kelapangan dorang tolong isikan.
*sesetengah sekolah saja yang ada isi online.
Mungkin bila dengar aku buat hari ni, ada yang fikir aku lambat dah tp sebenarnya anak aku
dah mohon tempat lain sebelum ni tetapi dah berpindah tempat tinggal
so kena tukar sekolah jugaklah walaupun tak sekolah lagi. Proses pembatalan hendaklah dibuat disekolah terdahulu sebelum buat
permohonan baru di sekolah lain.
*mohon sekolah rendah sepatutnya pada umur anak 5 tahun, bukan apa skolah ni pun ada limitation jugak.Risau nanti sekolah yang nak tu dah penuh. Eh yeker.. hehe.. Sila ambik berat hal sebegini, nampak mudah tetapi satu keperluan tertinggal boleh buat anda mengulang ke pejabat sekolah berkali-kali. Sapa yang susah?
Okey, aku pun nak mengulang gak ni.. glrrr....
No comments:
Post a Comment