Pages

Tuesday, July 10, 2012

Vending Mesin Pertamaku

Akhirnya aku dah ada mesin. Vending Machine Dr. Sukida. Setelah sekian lama aku menyimpan hasrat untuk memiliki mesin ini. Dah lama dah member (bro azlan) ajak join tapi modal aku tidak brapa nak mengizinkan. So ini lah mesin aku.

Vending Machine Dr.Sukida
Kenapa aku pilih vending mesin Dr.Sukida?

      Semua vending mesin mendapatkan punca air dari air paip... cuma yang membezakan adalah sistem tapisan dan rawatan air dalam mesin tu... ada yang guna sistem rawatan "reverse osmosis (RO)" dan ade yang guna tapisan teknologi nano dan macam-macam lagi... untuk air Dr.Sukida sendiri, kami menggunakan teknologi nano di mana terdapat 10 penapis air dalam vending mesin tersebut dan 1 lagi penapis khas yang membekalkan mineral semula jadi kepada air tersebut... 3 penapis air khas hanya untuk menapis kotoran fizikal seperti karat dan keladak manakala 6 penapis lagi mempunyai fungsi yang berbeza... antaranya memecahkan molekul air iaitu hidrogen dan oksigen menjadi lebih halus... fungsinya adalah memudahkan kandungan oksigen dalam air lebih mudah diserap oleh tubuh badan kite... antara fungsi lain adalah menjadikan rasa air tersebut lebih semula jadi... 

Lihat perbezaan-perbezaan air Dr.Sukida dengan air lain.
So kita namakan "Air Sihat".

Ini gambar aku bersama mesin pertamaku.. 

Mesin ini aku letak berdekatan dengan Apartment Segar Ria, Jalan Manis 1A, Cheras..

4 comments: