Pages

Tuesday, August 7, 2012

Resepi Ketam masak cili

Jom memasak bersama Chef Mr.F
Ni resepi aku sendiri.

Bahan-bahannya:
4 ekor ketam
2 biji bawang merah (untuk dikisar)
2 biji bawang putih (untuk dikisar)
1 genggam cili kering (untuk dikisar)
1/2 belacan besar ibu jari (untuk dikisar)
1 biji halia besar ibu jari (dipotong kecil)
1 biji bawang merah (dipotong kecil)
2 biji bawang putih (dipotong kecil)
5,6 helai daun kari
Serbuk kunyit
600-700ml air
2biji telur
2 sudu margerin
1 genggam udang kering (rendam air panas dulu)
daun sup dan daun bawang
1 sudu cili sos (life)
1 sudu sos tiram (Kimball)
Garam ikut suka

Okey langkah langkah awal sebelum memasak.

Bersihkan ketam, buangkan cengkerangnya.

Rebus cili kering, potong-potong kecik, lepas tu dikisarkan bersama bawang merah  + bawang putih dan belacan.

Ketam yang siap dibersihkan disalutkan dengan serbuk kunyit. 

Ketam digoreng terlebih dahulu. Jangan terlalu lama pulak. Kejap je bagi nampak merah kuning.

Okey tiba masa memasak,

Panaskan kuali, masukkan margerin (pengganti minyak lebih wangi).
Tumiskan udang kering sehingga nampak garing,
kemudian masukan bawang merah, putih, halia.. kacau-kacaukan kemudian masukkan daun kari.
Agak2 dah naik bau masukkan bahan kisaran tadi. Kacau-kacaukan dan masukkan air sikit2..
Masukkan sos tiram dengan cili sos, masukkan garam secukup rasa.. bulan puasa main agak2 je.

Agak2 lagi. aku tak sure brapa minit, terpulang pada korang masing-masing tunggu sampai kering atau kekuning merahan ker terpulang.
Then masukkan ketam tadi, kalau kering sangat masukkan air lagi. masukkan sikit daun bawang dan daun sup selebihnya untuk hiasan.
Pastu pecahkan 2 biji telur, gaul perlahan-perlahan. Settle sudah...

Ok inilah hasilnya.
1st time aku masak ketam, bulan puasa pulak tak leh try2 time masak. Tp memang kena ngan selera aku, cukup bahan cukup garam, pedas hmm marvellos.. terliur la pulak. tapi akan diupgrade dari semasa ke semasa. Selamat mencuba, bahan-bahan semua senang cari tak leceh pun.

4 comments:

  1. Ada ketam kat rumah, nak masak ini lah.. tapi rahmat tak makan ketam.. makan sorang2 lah jawabnya... hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Ala rahmat ni gedik ar tak makan ketam.. Rugi2x... Try la masak.

    ReplyDelete
  3. sedappp..pandai masak. lps ni mama x yah masak dah lerr

    ReplyDelete
  4. baru tau ke abg ni ada bakat Chef..

    ReplyDelete