Thursday, September 27, 2012

Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff

 
::Contest ini ditaja oleh Sephora Dubai Perfumes::

Datang support GA dari blog marqiscareno
Terlambat sikit, tak sempat nak update. Okey guys sapa rasa-rasa nak menang perfume jom join GA ni. Korang klik kat banner atas dan ikut syarat-syarat tuan blogger. Mudah dan simple. Jangan tunggu lama-lama, tarikh tutup 5 oktober 2012, Jumaat, 12.00 tghri).. Good luck to me.. :p

400  
Aku nak ni je. Pls.. Sori tuan tanah... Excited nk join smpi suruh tutup awal. Koh3

Berat Aku Naik 2kg

Berat aku naik pulak dah. Dah 82kg dah. Hampeh betul la, ni betul-betul menesting mental aku ni. Jemu plak aku fikir bila nak start balik. Gym ni pun bila nak complete ntah. Sempat aku gi usha progress gym 2 hari lepas. Suram je tanpa kardio set. Basikal takde, treadmill takde, macam mana nak kuar peluh banyak-banyak. Aku bukan suka jogging kat luar ni. Tahun 2012 nak abis dah wishlist aku 75Kg belum tercapai lagi.
Beginilah keadaannya. Bersih dah sudah, equipment baru tak masuk lagi. Huh.. kalau nak workout boleh dah. Kalau nak seribu daya. Mental lemah aku ni. Nak gak tunggu treadmill.
Dumbell set pun dah kurang. Dengar kata banyak hilang. Adeh manusia ni betul-betul la. Dah la gym free use, ko gi curi pulak barang. Sedih, kalau time ramai-ramai datang kena tunggu turn plak nak pakai. Hmm takpe lah esok aku gi teambuilding, harap-harap boleh bakar kalori lebih. Tungguuu....

Ada je kena tag pasal alpha lipid + sdII. tapi aku nak try without supplement.

Paul Sholes 700th Games Wallpaper


Paul Scholes celebrates his 700th games with scoring. Rare. Kuda tua yang permaiannya semakin tua semakin menjadi. Antara midfielder terbaik dunia. Wallpaper untuk koleksi.

Liverpool Vs Manchester United Wallpaper

Manchester United Wallpaper Part 1

 



Wednesday, September 26, 2012

Terapi Minda

Dalam kesibukan jem balik rumah semalam sempat aku mencari idea macam mana nak simpan koleksi-koleksi mainan Mcd anak-anak aku. Mainan berselerak dan merata-rata, sampai ada yang hilang tak tau kat mana simpan. Nak elak benda-benda mcm ni aku kena buat sesuatu. So sampai je rumah terus ambil perkakasan. Papan dah ada tunggu nak pasang je sebenarnya. Haha, aku je yang malas, tercari-cari mood gak sebenarnya. Time cuti tak buat tapi time keje hegeh-hegeh nak buat. Benda simple je pun. Pasang rak.

Barang keperluan, tukul, drill, wall plug, penimbang, skru. 
Tips* Kalau nak drill tak nak ruang tu berhabuk sediakan vakuum cleaner. Minta la sapa-sapa tolong tala vacuum kat arah tempat drill tu while drilling process. So habuk tu terus disedut oleh vacuum.
 Siap sudah. Nampak senang tapi gara-gara skru tak sama saiz mati akal gak dibuatnya.
Inilah hasilnya. Ok tak? Letak setempat je, senang tak hilang. Ada lagi yang tak letak ni, tak muat daa. Apapun kemas sikit bilik. Bila dah kemas minda pun tenang.. ::Terapi minda::

Monday, September 24, 2012

Gameweek 5 Liga Blogger Update

Fantasy Premier League 2012/2013

Gameweek 5
Sudah masuk Gameweek 5, kedudukan teratas masih tidak berubah namun team-team pertengahan sudah mula mengorak langkah. Contohnya aku la :p dari tangga ke-9 minggu lepas naik ke tangga ke-5. Ayuhh kita kasi cuak lagi team yang dok atas tu. Agak menjadi percaturan namun masih lagi pemilihan captain aku tak betul.

Pengumuman dari board direktor:
Dengan itu secara rasminya penutupan penyertaan setelah tamat Gameweek 5. Sapa-sapa join lepas ni boleh tapi tidak layak untuk menang hadiah. :)

Segmen: Saya Nak Ramai Kawans Blog

Atas jemputan Ain Dzaya aku bersegmen lagi. Tq Ain. Segmen ni sempena Ain nak celebrate follower dia dah cecah 1000. Wow tahniah-tahniah. Ramai gak tu. Aku pun nak jugak..Saper nak, JOmmm..

Klik kat banner atas ni.

Jumlah follower takat ni :: 300

Jangan lupa undi Ain dalam Carian Gadis Konfiden Kotex 
Taip nama Ain Dzaya dalam search tu.. Dapat? Follow je instruction. Settle.

Keputusan Liverpool vs Manchester United

Robin Van Persie (pic bawah) memastikan 3 mata penuh buat Manchester United dalam aksi yang dramatik pertemuan Liverpool vs Manchester United. Cukup panas, memang panas, terasa bahangnya. Rasanya fan Liverpool tak senang duduk. Setelah pemain mereka, J.Shelvey dibuang padang minit ke-39. Apapun kedudukan masih terikat 0-0 pada separuh masa pertama. Liverpool berjaya mendahului United dengan 1-0 minit ke-46 hasil jaringan Steven Gerrard. Bagaimanapun United tidak menunggu lama, 5 minit kemudian Rafael da Silva menyamakan kedudukan 1-1. Minit ke-81 United dihadiahkan sepakan penalti setelah Valencia dijatuhkan di dalam kotak penalti. Robin Van Persie menyempurnakan sepakan penalti dan memastikan gol kemenangan buat United.
Selepas 5 perlawanan United berada ditangga kedua selepas Chelsea. Manakala Liverpool di ke tiga. Eh tiga dari bawah. Maaf. Berita gembira jugak buat fan United, Manchester City terikat 1-1 dengan Arsenal menjadikan dua-dua kelab ni drop point. Glory Glory Man United.

Friday, September 21, 2012

Panas-Panas!! Game panas..

Hujung minggu ni pasti minggu panas buat peminat bolasepak, mana taknya game panas-panas, buku bertemu ruas, kuku bertemu jari, eh, ada ker? Bukan takat peminat club masing-masing yang tunggu game ni. Bahkan lalang-lalang turut tumbuh merata-rata. Dorang ni tunggu nak membahan je. Dan yang pasti lebih tegang game Liverpool vs Manchester United. Aku sebagai peminat setia Manchester United tetap mengharapkan kemenangan. Kalau Liverpool menang korang tau je alasan fan dorang nanti  "tak menang cup pun takpe janji menang dengan MU". Korang tak percaya tengok la nanti. Kalau kalah pulak "dah agak dah, performance tak bagus." ada jugak yang cakap "menang bonus, kalah biasa je." So jadualnya
Liverpool menerima kunjungan Manchester United di Anfield. Ahad, 8.30 malam waktu tempatan
Sementara itu Manchester City terima kunjungan Arsenal di Eitihad Stadium. Ahad, 11.00 malam waktu tempatan.

Tak lupa jugak REMINDER buat pengurus-pengurus fantasi premier ni, sila manage team anda. Transfer deadline sabtu, 6.30 petang waktu tempatan. Jadualnya seperti dibawah ni. Handle with care.. :) okbye.
Fantasy Premier League 2012/2013
Gameweek 5

*notakaki =lalang-lalang ialah orang yang tak support mana-mana team tapi suka provok. time tu je pun nak timbul. kutuk mengutuk, hasad dengki.

Wednesday, September 19, 2012

Gameweek 4 Liga Blogger Update

Fantasy Premier League 2012/2013
Gameweek 4

Inilah kedudukan liga setelah selesai Gameweek 4. Nampaknya tangga teratas masih lagi dihuni oleh Badik FC. Dikejar rapat di situ pasukan ekzosbuluh. Harapan tinggi untuk memenangi peraduan kerana cukup syarat. Aku pulak naik 1 anak tangga, ok la tu, pelan-pelan kejar.  Gameweek 5 bakal menyusul pada 22 September 2012. Dateline 6.30 petang waktu tempatan. Ok sampai disini saja ulasan minggu ni kita jumpa lagi minggu hadapan. Majulah sukan untuk negara. Okbye.


klik FantasyEPL untuk tengok full results.

Tuesday, September 18, 2012

Terpaksa aku tangguh lagi

Dah dua bulan aku tak workout, bulan Ramadan dan bulan Syawal. Ingatkan lepas Ramadan tu terus sambung workout alih-alih terlajak. Segala bagai ada buat jamuan raya. Aku dah try kawal makan dah, tapi rasa macam ada skit naik. Elok je bulan Ramadan hari tu dah turun, ish takleh jadi ni. Kalau tak sia-sia usaha aku sebelum ni.
So, katanya hari ni start balik, dah semangat dah nak gi gym ofis lunch hours. Baju, seluar, kasut semuanya siap.  Maka dengan confidentnyer aku gi jmpa pakgad nak ambik kunci. Sekali pak gad cakap Gym tutup ada renovation. Adeh, potong betul la. Alamatnya aku kena tangguh lagi la jawabnya. Nak buat kat rumah payah pulak rasanya.
Pastu aku sembang-sembang ngan pakgad tu dia cakap lepas renovate ni akan masuk equipment2 baru, segala-galanya baru kot. Wahh pasni boleh beraksi dengan lebih semangat la.. Yahoo.. tp bila nak siap? Seminggu? 2 Minggu? Ke sebulan? Tentative..


Nota kaki :: Padan la pun nak tukar baru, dah bertahun-tahun kot.

Monday, September 17, 2012

Kucoretkan Kenangan Syawal 1433 / 2012

Rumah terbuka dah, Jamuan raya kementerian dah, jamuan raya cawangan dah, jamuan raya bahagian dah, kenduri doa selamat dah, kenduri kawin dah, jamuan hari jadi dah, jamuan hari raya sekolah anak aku dah, jamuan raya jps wilayah dah, jamuan raya kuarters jps dah dan lain-lain tidak tersenarai dan yang tidak dapat dihadiri. Memang betul-betul sebulan raya dah dorang ni. Aku datang je, orang jemput kan.. Kalau nak listkan semua nama makanan boleh buat satu entri lagi ni.
Jom usha-usha..

jamuan raya JPS Wilayah, KL
Bukan kambing je ada, rusa pun ada.. Bakar terus disini.. ohhsem.
 Kuarters JPS pulak, kalau selalunya kambing golek, kambing bakar ni kari kambing.. perghh terbaek, ikan bakar lagi.
Jamuan Tadika KEMAS, mee udang kaw punya.. lupa nak ambik gambar mee udang.

Aktiviti ziarah rumah aku. Bukan open sangatlah sebab takde la jemput semua orang. Datang beraya makan biskut raya. Hahaha..
Kanan: Kenduri kawin saudara mara sebelah isteri. Meriah giler. Family ramai. Nasib baik stage tu tahan, risau aku. Goyang-goyang plak tu.
Kiri: Possing jangan tak possing.
Jamuan Hari Jadi anak buah, Muhammad Hadif Haris, 4 Tahun. Tema 'Ultraman' Heheee...


Ada lagi gambar, pening pulak byk sangat. Apapun raya tahun ni paling ohhsemmlah aku rasa.

Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam

Memandangkan entri-entri lain masih dalam draf(editing gambar)  aku join segmen ni. Simple dan mudah je. 5minit je. Tak merugikan masa. Kan kan.. 

Rule 1: entry dah settle
Rule 2: baru ada 233 followers je.
Rule 3: settle
and rules 4 : dah follow 

Tarikh: 16 September 2012 sampai bila? tak tau lagi katanya.. Serbu..

Sunday, September 16, 2012

Nasi Lemak Jalan Hajjah Normah

Lokasi: Cheras Batu 9, Hulu Langat, terletak berhadapan dengan Klinik Kesihatan Batu 9. Kedai nasi lemak Hajjah ni memang cukup terkenal. Apa keistimewaannya korang gi lah rasa sendiri. Bagi aku memang meyelerakan dan sedap. Gambar ni aku ambik dalam pukul 9 pagi tadi. Aku gi tapau je. Tak sure buka pukul brapa tapi tutupnya kalau abis tutup lah. Jangan datang lambat kang melepas pulak. Ada lauk sambal sotong, ayam merah, begedil, paru rendang. Selain itu ada roti canai dan femos roti telur. Torai jangan tak torai..
Lauk pun dah nak abis. Sabo je la. Kalau makan kat sana pergh memang terbaek kena plak teh tarik(sedap)
Korang boleh bayangkan suasana begini. Ramainyer orang, bratoq bak ang. Nasib baik hari ni bukan rabu, kalau tak dah masuk gambar ni dalam wordless wednesday :p

Apapun takleh la makan selalu, kesihatan harus diutamakan.Skali skala teringin tu boleh la merasa.

Friday, September 14, 2012

Rezeki Bulan Syawal

Alhamdulillah dua hari lepas 12 September 2012, anak aku dan geng-gengnya (Tadika KEMAS Jalan Dato Onn) menjadi johan pertandingan nasyid. Pertandingan ini diadakan Sempena Hari Potensi Tabika Kanak kanak KEMAS Peringkat Wilayah di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Actually macam-macam ada selain pertandingan nasyid ada pertandingan tilawah, bercerita, tarian, pidato dan lain-lain. Ini merupakan saringan terakhir untuk pemilihan mewakili wilayah ke peringat kebangsaan. Wakil negeri tu, jangan main-main oo.. So, aku fokus entri ni pada pertandingan nasyid sebab anak aku dan geng-geng dah jadi juara.. Kena bagi semangat la. Fyi, sebelum ni dorang dah buat dah saringan antara Tadika seluruh wilayah dalam mencari top 5 terbaik dalam 20 tadika yang mengambil bahagian. Memang tip top dorang ni. Dapat lah top 5.
So hari potensi ni kira kira final lawan antara 5 kumpulan terbaik ni. Jom tengok aksi-aksi mereka.
Tadika Jalan Dato Onn
Detik-detik penyampaian lagu nasyid. 2 buah lagu disampaikan iaitu lagu "Bahtera Noh" dan satu lagi aku tak sure tajuknya.. Berbakat, mantap dan berpotensi. Perrghh macam juri plak aku ni.
Antara penonton yang datang, kebanyakkan para ibu bapa, cikgu-cikgu dan urusetia. Juri Awam dari kumpulan nasyid Algebra.
Detik-detik penyampaian hadiah.Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah KEMAS Malaysia

Tu dia siap ada main belon.. Hhahaha.. Dah macam menang anugerah bintang popular la pulak. Apapun, walau peringkat kanak-kanak tapi sungguh meriah. Sungguh berbakat semuanya. Oklah sekarang diharapkan dorang fokus pada pertandingan peringkat kebangsaan di terengganu november nanti. Bukan pada kumpulan nasyid ni je malah semua yang mewakili wilayah dalam semua pertandingan. Chayookk.. Tahniah and Good Luck.

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday #5:: Johan

JOHAN NASYID(kumpulan)
Mewakili Wilayah Kuala Lumpur ke Terengganu Peringkat Kebangsaan

Tuesday, September 11, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!


Lite and Easy. Segmen Jom naikkan traffik blog dari Bicara Mak Dara.. sangat mudah dan simple. Klik banner di atas untuk join.

Blog Apa Apa Saja Tentang Aku ni diklasifikasikan sebagai APA-APA SAJA.. Tiada spesifik lagi buat masa ni. Tentang Aku, Hobi Aku, Koleksi Aku.. APA Aku Sukalah lebih kurang. APA apa yang boleh dikongsikan.. Enjoy Reading.. Blogwalking pun ok. TEgur-tegurlah yer.. Salam Kenalan..


Tarikh tutup: Jam  6.00 Petang ni...

NOTA PENTING DARI MAK!!
Jika anda telah menyertai segmen ini anda perlulah terjah ke blog blog yang bakal mak berikan listnya nanti dengan sebanyak mungkin ye dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog itu.. Dan jika blog anda menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini anda haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik ke blog kita ..

Monday, September 10, 2012

Wedding Guest Book

Aku mungkin first time kot tau benda ni. Tak sure pulak korangkan. Apapun aku rasa-rasa ramai lagi kot yang tak tau. Takpelah biar aku share sikit. Semalam gi wedding saudara mara kat dewan perdana keramat, sampai depan dewan tu ada la satu kaunter guest book. Ingatkan tulis nama kat buku je.
Rupanya ada 'Snap Ur Pic & Sign Here'.... apa lagi..
 
 pakat ramai-ramai berbaris nak tangkap gambar. Hehe..

.
.
.
.
Inilah hasilnya. Pic kami bersama dengan wishes pada guest book. Satu je gambar tu, aku edit kasi dua. So pada yang merancang nak kawin nanti ilhamkanlah sesuatu yg macam ni. Buat kenang kenangan, ok per..

By the way kemera yang digunakan masa tu jenis polaroid. Comel kan.. Nak? gi kedai la cari..  okbye..