Pages

Wednesday, October 31, 2012

Aku & S2 Part 5 :: Bangunan | Building | Construction

Ini ialah bangunan Kementerian Kerja Raya 2. Bangunan ini masih dalam pembinaan lagi. Lokasi bangunan ni di Jalan Sultan Salahuddin, belakang bank negara. Sebelah ofis aku je sebenarnya. Hari-hari aku pergi kerja tengok bangunan ni. So topik Aku & S2 kali ni berkisarkan Pembinaan bangunan (Building Construction)
Gambar ni aku ambik lama dah bulan julai 2012. Tak sangka pulak ada gunanya. Leh buat before and after. Aku ada lagi ambik gambar yang sebelum ni tapi nanti lah aku share lain. Kalau ingat. Sebab angle tak sama.
Ini ialah gambar latest aku ambik semalam (30 Oktober 2012). Beza tak? Mestilah kan. 4 bulan dah masa berlalu. Sapa lah design bangunan ni. Teruja betul aku tengok designnya.
 
Ini pandangan dari bawah bangunan, aku ambik tadi (31 Oktober 2012). Aku tak check pulak berapa tingkat bangunan ni. Lebih 20 tingkat ni.
Grounding bangunan ni. Nampak sungguh mantap dan teguh.

Jom lihat hasil buruan bawah ni.

Walaupun bangunan ni tak bergerak tapi kalau korang perasan awan dan kren tu bergerak menjadikan bangunan sangat menarik. Lagi satu dengan pemilihan pelbagai mode instagram menjadikan gambar lebih mantap dan kreatif. Kalau berkesempatan akan ada update dari building construction ni nanti, InsyaAllah.

Libasan minda
Sebenarnya kita tak sedar perkara yang berada di sekeliling kita ni sangat indah, cuma bagaimana kita nak olahkan ia menjadi menarik. Aku bukannya professional tapi aku mula sedar dan sedang belajar dengan alam sekeliling. Chewah.. Jumpa lagi di episod lain.

Hari Raya Aidil Adha 2012

Belum terlambat lagi aku nak buat entri untuk Hari Raya Aidil Adha yang lepas. Raya seperti biasa kat umah mertua kat Kampung Pakri, Kuala Kangsar. Tahun ni lembu korban nampak lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ni. Alhamdulillah. Jom usha-usha..
 
Seronoknya bebudak ni. Kecik-kecik dah berani tengok orang buat korban. Korang dah besar nanti leh tengok gambar ni. Kenangan ni, adik beradik sepupu sepapat..
Proses tumbangkan lembu sampai rebah. Pengalaman pertama aku turut serta pegang(tahan) lembu sebelum disembelihkan. (Takde gambar sebab takde sapa ambik gambar). Masa tu aku berdiri betul-betul sebelah ustaz tu, masa dia start toreh tu aku tengok kejap terus aku tengok tempat lain. Risau gak kang lembu tu melompat ker..
Gotong royong melapah daging lembu. Berseri-seri muka dorang ni. Ini satu ibadah jugak ni.
Kaum wanita turut serta dalam pengagihan daging-daging korban.
InsyaAllah kalau dipertemukan dengan Hari Raya Korban tahun depan, aku nak belajar melapah daging. Umur dah meningkat tapi takde pengalaman lagi. Sampai bila nak tengok je kan. Tapi masa ni aku tolong gak tarik-tarik lembu masa nak rebahkan, pastu tahan lembu. Mana yang perlukan tenaga tu aku boleh tolong, yang memerlukan kemahiran tu aku tak pas lagi. Takde la tangkap gambar je, buruk beno rupanyer yerk (loghat perak). Cuma tak reti lagi nak melapah daging. Takpe kan, tak marah kan.. Hehe.. Apapun suasana memang meriah..

Tuesday, October 30, 2012

Aku & S2 Part 4 :: Tepi Sungai | Asal Ada

Sambungan dari  Aku & S2 Part 3,
Kecewa sikit aku pagi tu, takde orang menjala. Tapi dah alang-alang aku kat sana, aku memburu subjek lain la pulak. So ini hasil buruannya..
View ni aku ambik dari tebing sungai menghadap kedai-kedai makan yang berdekatan dengan jeti. Apa yang menarik kat sini ialah pokok kelapa. Ada dua jenis pokok kelapa.
  
Sedang aku memburu ada seorang pakcik parking moto tak jauh dari tebing sungai. Aku tak sure la dia pergi beriadah ke makan ker, yang penting aku dah nampak objek jelas depan mata aku. Moto lama tu, model apa ntah, C70 kot? Kalau tak betul korang perbetulkan ok. Ketika itu objek berada di angle yang sangat cun. Tak payah nak alih-alih dah. Betul-betul mengadap matahari terbit. Memang berderau darah aku tengok gambar ni. Ditambah pulak rekahan pada jalan tu.

Ini pula kisah si Comel yang menemani aku pagi tu. Sedang aku tengah sibuk cari objek best-best datang pulak 2,3 ekor lepak sebelah aku. Aku duduk la kat kerusi simen menghadap kucing ni. Macam best la pulak nak tangkap gambar santai kucing-kucing ni. Gambar 1 ni aku ibaratkan rim light. Konon ada flash kat belakang. Baik punya flash. Matahari semulajadi. Hehe. Yang kedua ni kira santai pagi.

Sebenarnya kekecewaan aku terubat jugak dengan hasil pagi tu (hari kedua). Dapat gambar si comel yang comel..  Apakah buruan selepas ni? Tunggu..

Gameweek 9 Liga Blogger Update

Fantasy Premier League 2012/2013
Gameweek 9
Alahai sudah jatuh ditimpa tangga. Point yang sangat teruk minggu ni. Jatuh 2 anak tangga pulak minggu ni. @ekjozbuluh fc dah mengambil alih kedudukan takhta liga. Cis3x. Suka la tu.. 1 Gameweek je lagi. Nak cari keajiaban memang payah dah. Yang lain macam dah giveup. Takpe la, yang penting Manchester United menang... Ekjoz pulak fan Chelsea.. tp dia tak fanatik kot. Mesti tak rasa kekalahan tu. keh3x. Nanti dah abis Gameweek 10 kita buat majlis penyampaian hadiah. Sediakan teks ucapan k.. (mode sedeh)

Aku & S2 Part 3 :: Sungai | Menjala Ikan

Sambungan dari Aku & S2 Part 2,

Dalam kedinginan pagi, mata aku terus liar memburu subjek. Chewah ayat macam pro je. Kalau tak cakap sapa nak cakap kan. Dari jauh aku nampak pak cik sedang menjala ikan. Best ni, kalau dapat scene dia tengah teba jala ker? Aku dengan pantas menuju arah pak cik tu. Aku mulakan dengan bertegur sapa dengan pak cik tu, skali pak cik ni ada bau bau bacang la dengan keluarga isteri aku. Saudara jauh, memang kenal sangat arwah pak mertua aku. Jom tengok hasil aku yang tidak seberapa ni.
Aku sebenarnya sedih dengan hasil ni. Tau kenapa? Jala dah cecah air. Kalau la dapat tangkap jala tengah kat udara tu memang cair abis aku. Takkan nak suruh pak cik tu ulang-ulang kan. Kalau bengkel photoshoot ker takpe la jugak. Natural scene aku cakap lu. Lagi satu kalau phone S3 ker Note ker boleh la snap banyak kali. S2 ni aku snap main agak je. Tu yang jala dah cecah air. :(
Apapun rezeki pak cik la hari tu, ikan banyak yang sangkut kat jala. So, takde la dia nak teba banyak kali. Aku gak yang terlepas.
Gambar ni pak cik ni mengangkat jala setelah tebaan dilakukan. Mari tengok hasilnya..
 
Pak cik sedang mengeluarkan ikan-ikan yang melekat kat jalanya. Katanya ikan ni nak dibuat makanan kepada ikan belaannya. Digoreng pun sodap. Ikan sluang, kalau dijual sekilo RM12. Letak kat market kejap dah licin.
Si comel memerhati je pak cik ni keluarkan ikan-ikan. Menanti dengan penuh ketabahan mengharapkan belas kasihan. Pak cik ni murah rezeki pagi ni, kucing ni pun dapat gak habuan. Tapi kucing ni memilih la, kecik dia tak nak, nak yang besar je.

Kejap je pak cik tu menjala dia nak balik dah. Memang melepaslah scene jala di udara. Sebenarnya esok hari tu aku datang lagi, mengharapkan ada orang menjala ikan, namun tiada siapa yang menjala hari tu.

So untuk tidak mengecewakan diri, aku terus memburu subjek dan hasilnya di entri Aku & S2 Part 4

Monday, October 29, 2012

Aku & S2 Part 2 :: Matahari Terbit | Sunrise

Matahari Terbit (Best ever scene aku pernah ambik)
Hasil buruan aku sehari selepas Hari Raya Korban. Selepas subuh aku terus bergegas ke lokasi. Lokasi dimaksudkan jeti kuala kangsar, kira-kira 400 meter dari pekan Kuala Kangsar. Cuaca yang aku harapkan cerah, memang rezeki aku la pagi tu, cuaca sangat cerah. Hasil pagi tu memang sangat lumayan. Jom lihat hasil aku pagi tu. Aku screenshot yang aku edit melalui instagram.
Ini adalah scene dari depan jeti. Fokus kepada bot dan matahari terbit. Instagram mode x-pro dan nashville.. 
Ini pandangan seberang sungai. Yang menjadikan gambar ni sangat menarik pokok kelapa tu. Matahari terbit betul-betul sebelah pokok tu.
Lagi satu bayangan atau pantulan pada sungai tu menjadikan hasil sangat cun. Mode instagram yang digunakan Brannan, Sutro, x-pro dan valencia. Hampir semua mode sesuai untuk scene ni. Sampai nak pilih mode yang terbaik pun susah. So aku screenshot je. 
Ni juga dari arah yang sama pandangan seberang sungai. Scene yang membuatkan makin panas, ada burung terbang tu. Fuhh.. Nikmat...Teringat zaman sekolah selalu lukis lukisan pemandangan seakan-akan begini dengan burung berbentuk 'W'. Ingat tak? Nasib baik burung ni ada satu kalau banyak memang sama macam dalam lukisan.


 Ini tangga besi untuk turun ke sungai. Aku saja try ambik angle ni. Skali tengok menarik la pulak.
 
Ok ni pandangan penuh jeti kuala kangsar. Dengan ada bayang-bayang kat sungai tu buat aku feel lebih dengan gambar ni. Kalau ke kiri sikit boleh nampak Istana tapi jauh sangat. Henpon je pun. Takpelah subjek aku cuma jeti tu. Matahari pun dah naik 45 degree(angle) so jom balik.

Ada scene menarik semasa aku sibuk memburu matahari terbit. Tunggu Aku & S2 Part 3

Aku & S2 Part 1 :: Alam Sekeliling | Nature

Sekarang ni kemana-mana aku berjalan henpon menjadi teman no.1 aku. Bukan untuk alat telekomunikasi je, tapi untuk memburu. Bukan memburu binatang tapi gambar. Henpon aku pakai ni Samsung S2 je. Bukan S3 or Note or Note 2 or Iphone 5. Dengan 8 megapixel S2 ni dah boleh hasilkan gambar cantik dah. So apa aku nak ceritakan ni, aku akan updatekan blog aku ni dengan entri terbaru aku yang bertajuk "Aku & S2". Hasil tangkapan gambar 100% dari henpon, gambar yang terhasil mungkin akan diedit sikit samaada menggunakan apps dari henpon atau komputer. Ia hanya camera phone bukan DsLR.
Gambar ni aku ambil masa nak balik kuala kangsar sebelum Hari Raya Korban hari tu. Ni Highway kat Ipoh sebelum Tol Jelapang. Awan gelap semacam je, hujan lebat ni.
Ini gambar aku ambik dari tempat kerja aku. Awan besar menyulubungi matahari. Mendung sekejap. Sekali dua kali tengok awan tu macam kuda pun ada.
Ini gambar awal pagi nak pergi kerja. Masa tu jem teruk. Tau la kl ni jem macam mana. Sampai satu tempat tu kereta tak gerak-gerak, aku ternampak la scene ni. Fuhh kalau terang sikit memang cantik.
 
Ini sunset pertama aku. Balik kerja masa tu aku naik moto, aku mencari pasar malam area bukit cheras perdana. Masa nak balik aku terserempak dengan sebatang pokok yang tinggal ranting je. Kebetulan plak ada scene matahari terbenam kat belakang tu. Fuhh apa lagi. Insta insta..