Matahari Terbit (Best ever scene aku pernah ambik)
Hasil
buruan aku sehari selepas Hari Raya Korban. Selepas subuh aku terus bergegas ke lokasi. Lokasi dimaksudkan jeti kuala
kangsar, kira-kira 400 meter dari pekan Kuala Kangsar. Cuaca yang aku harapkan cerah, memang rezeki aku la pagi tu, cuaca sangat cerah. Hasil pagi tu memang sangat lumayan. Jom lihat hasil aku pagi tu. Aku screenshot yang aku edit melalui instagram.
Ini adalah scene dari depan jeti. Fokus kepada bot dan matahari terbit. Instagram mode x-pro dan nashville..
Ini pandangan seberang sungai. Yang menjadikan gambar ni sangat menarik pokok kelapa tu. Matahari terbit betul-betul sebelah pokok tu.
Lagi satu bayangan atau pantulan pada sungai tu menjadikan hasil sangat cun. Mode instagram yang digunakan Brannan, Sutro, x-pro dan valencia. Hampir semua mode sesuai untuk scene ni. Sampai nak pilih mode yang terbaik pun susah. So aku screenshot je.
Ni juga dari arah yang sama pandangan seberang sungai. Scene yang membuatkan makin panas, ada burung terbang tu. Fuhh.. Nikmat...Teringat zaman sekolah selalu lukis lukisan pemandangan seakan-akan begini dengan burung berbentuk 'W'. Ingat tak? Nasib baik burung ni ada satu kalau banyak memang sama macam dalam lukisan. Ini tangga besi untuk turun ke sungai. Aku saja try ambik angle ni. Skali tengok menarik la pulak.
Ok ni pandangan penuh jeti kuala kangsar. Dengan ada bayang-bayang kat sungai tu buat aku feel lebih dengan gambar ni. Kalau ke kiri sikit boleh nampak Istana tapi jauh sangat. Henpon je pun. Takpelah subjek aku cuma jeti tu. Matahari pun dah naik 45 degree(angle) so jom balik.
Ada scene menarik semasa aku sibuk memburu matahari terbit. Tunggu Aku & S2 Part 3
Tunggu aku ada instagram pulak nnti...
ReplyDeletesila-sila meramaikan geng. boleh buat group..
Deletecantikkkkk sangattttt!
ReplyDeletehehe.. tq. :)
Delete