Monday, October 15, 2012

Bukan Sekadar Dugaan

Hari ini betul-betul menduga aku. Hari isnin pepagi ni hujan, kalau sambung tido tu memang nikmat giler. Tapi aku tekad gak nak pergi keja, anak aku kan nak sekolah. So dimulakan dengan cerita,

6.50 pagi 
Sampai kereta, start enjin tak nak hidup. Arghh sudah, sejuk kena hujan ke apa? Takpe lah aku try lagi, tak nak jugak, makin semput bunyinya. Aku suspek ini mesti bateri dah kong ni. Aku gi checklah bateri, adeh dah kering oii. Patutlah semput. Aku abaikan lah, kejap gi aku tengok lain. Naik moto lah hari ni, tetiba hujan makin lebat lah pulak.Arghh buntu aku, kalau aku sorang takpe la jugak nak naik moto, baju hujan satu je. Ni anak aku dan orang rumah nak pakai apa? Takpelah balik rumah dulu lah cari idea. Masuk keja lambat pun takde hal lah, ada alasan kukuh.

7.50 pagi
Aku pergi petronas kejap beli air bateri. Aku redah je hujan pasal aku gi sorang. Selesai pembelian, aku terus balik menuju ke kereta aku. Aku tuanglah takat mana sukatan piawaian bateri tu. Tu bukan alternatif untuk hidupkan enjin. Itu cuma nak bagi ada air je. Masalah belum selesai lagi. Sekarang aku perlu teknik 'JUMPER' untuk hidupkan kereta aku. Jumper ada tapi kereta sapa lak yang sudi bagi tenaga elektrik.
 Inilah jumper tools.. wajib spare dalam bonet. Apa-apa hal takleh start dah ada jumper ni senang. Minta tolong orang yang ada kereta untuk jumpkan jer.
8.50 pagi
Nak telepon orang pepagi ni, menyusahkan orang pepagi bukan best. Tapi terpaksa gak la aku call, darurat gak kira ni.Nasib baik ada nombor jiran-jiran yang aku kenal, (itulah gunanya hidup bermasyarakat) Alhamdulillah ada seorang Hamba Allah yang sudi membantu. Dia datang ke parking kereta aku bersama keretanya. So proses transfer cas dilakukan. Akhirnya kereka aku hidup balik. Kasi rem2 sikit. Biarkan dalam setengah jam kasi round-round dulu bagi cas bateri.

Proses ini lah yang dinamakan jumper style.. bukan gangnam style.. Peringatan, Merah (+) Hitam (-) jangan main kepit je.
10.00 pagi
Alhadulillah, bateri kereta aku dah dicas sepenuhnya. So aku hantar anak aku gi skolah. Pesan kat anak siap2. Kalau cikgu tanya kenapa lambat. "Sori cikgu, saya lambat. Keter tak leh start."Kompom cikgu tak marahnyer.

Banyak moral of the story pepagi ni. Yang baik aku cerita, yang kurang enak tu biar aku je tau.

Apapun Terima Kasih brother Ehsan. Tolong Jump keter aku tadi. Jasamu dikenang.

6 comments:

  1. hahaha..proses gangnam style.haha

    ReplyDelete
  2. haha.. kalau gangnam style tak hidup keter aku :)

    ReplyDelete
  3. owhh... itu alkisahnya... alkisah selebihnya nnti2 la yer... kesiannn tp x leh nak nolong sbb berada diluar kawasan liputan...

    ReplyDelete
  4. Banyak dugaannya..dah lah hujan..kena redah beli air bateri, lepas tu telepon kawan2 lagi ...lepas tu hantau anak lagi..masuk kerja lambat lagi...emmmmm...penat betui tu bro..
    Mesti kerja pun tak der mood..heheheheh

    ReplyDelete