Belum terlambat lagi aku nak buat entri untuk Hari Raya Aidil Adha yang lepas.
Raya seperti biasa kat umah mertua kat Kampung Pakri, Kuala Kangsar. Tahun ni lembu korban nampak lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum
ni. Alhamdulillah. Jom usha-usha..
Seronoknya bebudak ni. Kecik-kecik dah berani tengok orang buat korban. Korang dah besar nanti leh tengok gambar ni. Kenangan ni, adik beradik sepupu sepapat..
Gotong royong melapah daging lembu. Berseri-seri muka dorang ni. Ini satu ibadah jugak ni.
Kaum wanita turut serta dalam pengagihan daging-daging korban.
InsyaAllah kalau dipertemukan dengan Hari Raya Korban tahun depan, aku nak belajar melapah daging. Umur dah meningkat tapi takde pengalaman lagi. Sampai bila nak tengok je kan. Tapi masa ni aku tolong gak tarik-tarik lembu masa nak rebahkan, pastu tahan lembu. Mana yang perlukan tenaga tu aku boleh tolong, yang memerlukan kemahiran tu aku tak pas lagi. Takde la tangkap gambar je, buruk beno rupanyer yerk (loghat perak). Cuma tak reti lagi nak melapah daging. Takpe kan, tak marah kan.. Hehe.. Apapun suasana memang meriah..
Thn nie kak Nurul x tgk pun org2 kpg sembelih lembu.
ReplyDeletetak pe InsyaAllah tahun depan masih ada. Saya pun teman anak2 nak tengok.
Deletetahun ni ai tak jumpa lembu korban pun.. tau tau dapat daging je.. hihihihihi
ReplyDeletewahh ni lagi advance..
Deletetak pernah bantu jugak... tolong tgk pernah laa...
ReplyDeletekena kot pasni. :)
Deletemeriah sungguh ni, !
ReplyDeleteHa'a hehe.. :)
Deletemeriahnya
ReplyDelete