Ngam-ngam betul timing. Nak kat nak nap dulu takde la ngantuk sangatkan. So tiba pukul 2.30 petang sambung balik aktiviti. Mula-mula start dengan game baling 2 biji dadu gergasi. Rulesnya dapat angka genap, langkah ke depan ikut kiraan jumlah pada dadu. Kalau nombor ganjil pulak langkah ke belakang ikut kiraan pada balingan dadu jugak. Adeh game ni takde ambik gambar la. Rugi-rugi. Seronok game ni, tengok kumpulan yang dok mengundur ke belakang tak tahan tu. Lawak siot ada satu team tu kalau baling 20 kali, 19 kali dapat nombor ganjil. Mengundur tak sudah.. Kahhh3x...
Gambar contoh sumber internet. Lebih kurang macam ni lah keadaannya cuma kami guna 2 biji dadu.
Game ni perlukan ramai ahli, setiap sorang kena main peranan dan setiap peranan yang diberikan itu haruslah dijalankan dengan penuh tanggungjawab. Silap langkah maka tersungkur dan menjunam lah batang paipnya..
Lihatlah emosi-emosi ini. Sangat tensionkah game ni? Seronok tu ada, tension pun ada. Brapa kali cubaan? Itu bergantung kepada consultant. Sama ada ikut brapa kali cubaan atau ikut brapa jam yang diperuntukkan.
Hampir 2 jam masa berlalu, apakah hasilnya? Takkan sampai 2 jam tak naik-naik lagi kan. Apakan daya kami berjaya naikkan 9 batang paip je atau bersamaan 27 kaki. Itu pun dah 4 kali cubaan. Sampai batang ke-6,7 batang paip tu dah start membengkok dah. Jadi huruf S pun ada. Memang tension nak luruskan balik. Tarik sana, lepas sini, kiri sikit, kanan sikit, depan sikit, belakang sikit adeh semua serba tak kena. Hahhahaa... Nak je try kali ke-5 tapi kesian plak kat dorang ni. Berbelit-belit tali kalau tumbang. Apapun aku describe game strategi paling mencabar dalam teambuilding kali ni.
Mesejnya di sini cukup jelas.
1. Dalam satu organisasi perlu ada kerjasama
2. Setiap arahan hendaklah disampaikan dengan jelas
3. Komitmen setiap individu
4. Perancangan dengan teliti
5.
6.
Banyak sangat mesejnya.. Dah-dah cukup.. Tunggu esoknya pulak..Zzzzz
**credit to shaf camera..
Hari ketiga : Bamboo Rafting
No comments:
Post a Comment