Friday, November 9, 2012

Aku & S2 Part 7 :: Pantai | Beach

Sambungan dari Aku & S2 Part 6, scenery penduduk setempat. Gambar nelayan menolak bot ke laut. Berat tu, sampai 3 orang tolak. Difahamkan pantai ni tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berenang kerana pantai bukan mendatar, tebing-tebing terus dalam. Macam mana nak explain, korang tau kan. Memang bahaya, tengok la ombak tu bergelora, sangat menyeramkan. Tetapi bukan kepada nelayan-nelayan ini.
Mode instagram yang diubah-ubah mengikut pilihan masing-masing. Korang tau la kan instagram ni gambar banyak 4 segi je. Kalau nak lagi cantik boleh edit guna software lain..
Kelibat nelayan merempuh ombak yang bergelora, tenang saja dorang ni. Dah rutin dah, tempat mencari rezeki dah sebati dah. 
Lihat gambar ni, telatah ibu dan anak bersahaja duduk tepi pantai setelah menemani suami berangkat ke laut. Pasti kepulangan mereka dinanti-nantikan.
 
Yang ni aku tak sure ape. Mungkin penggunaannya sama seperti kereta sorong. Untuk membawa enjin bot agaknya. Enjin bot kan berat so dorang guna benda ni. Bagi aku, ia nampak menarik untuk kegunaan multipurpose.

Masa tidak mengizinkan untuk lebih lama di pantai ni. Takpe la lain kali lain hari kita pergi lagi. Banyak lagi pantai di Malaysia ni. 

7 comments: