Pages

Friday, November 23, 2012

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di Masjid Negara

Tergerak hati aku nak ke masjid negara hari ni, rupa-rupanya selain solat fardu jumaat ada solat hajat. Alhamdulillah boleh jemaah sekali. Aku duduk di Saf 4,5 di hadapan, lepas bacaan doa kedengaran bunyi petikan camera(shuttle) berdetik detik. Photographer snap gambar siapa? Aku buat derk je dulu. Sekali pandang kat luar tu, orang dah berkerumun, ish takleh jadi ni. Aku usha pelan-pelan, MasyaAllah itu "Tun Dr. Mahathir lah." Mantan Perdana Menteri Malaysia. Aku apa lagi bangun terus melulu ke arah Tun. Aku snap dulu sekeping dua, tengok orang lain dah start berposing dengan Tun aku pun nak jugak. Peluang jarang datang macam ni. Aku dah tak kisah sapalah aku nak suruh tangkap gambar ni. Hari ni gi masjid sorang-sorang pulak tu. Kebetulan pulak ada abg ni nak tangkap gambar so aku tolong kau, kau tolong aku.. Yes dapat lah walaupun agak blur. Yelah sambil berjalan tangkap gambar. Dua kali aku salam tangan Tun. Jom lihat gambar..
Dengan selamber je aku himpit. Excited sangat.
Haa, ni yang clear sikit. Gambar kenangan bersama Tun di Masjid Negara
Semoga Tun dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang sempurna. Amin.

5 comments: