Pages

Friday, November 23, 2012

Suasana Pilu di Masjid Negara :: Free Palestine

Suasana pilu menyelubungi dalam dan luar Masjid Negara bagai dapat merasa kesengsaraan penduduk Palestin. Apabila khutbah hari ni yang bertajuk "Tangisan Gaza" disampaikan saudara Ustaz (terlupa pula namanya) yang memukau para hadirin. Solat fardu Jumaat hari ni berlainan sedikit pada rakaat kedua selepas rukuk ada bacaan doa. (aku ni baru belajar) Yang pasti doa ini untuk bumi Palestin. Makin bertambah sebak apabila imam yang mengetuai solat jumaat menangis apabila membaca doa tersebut. Aku memang dari awal lagi rakaat pertama apabila saudara Imam membaca Al-Fatihah (suara yang sangat merdu) aku dah sebak. Menitis air mata aku, aku tak paksa tapi aku tak tahu kenapa? Mungkinkah sebab ada berkaitan dengan cerita di Gaza? Atau aku terasa keindahannya Ayat Suci Al-Quran ni. Memang kedengaran bunyi esakkan makmum disebelah aku. Ternyata bukan aku sorang. Selesai sahaja solat Jumaat ditunaikan, diteruskan lagi dengan Solat Hajat. Kemudian doa. Dengan tidak disangka hujan turun membasahi bumi bagai memberi seribu rahmat. Aku tidak terus balik, sebaliknya melayan tempias angin hujan. Tiba-tiba aku ternampak beberapa orang memakai mafla "Viva Palestina Malaysia" membuatkan aku tercari-cari di manakah booth ini. Aku bertanyakan kepada adik yang memakai mafla ni dan dia tunjukkan arahnya. Alhamdulillah rezeki aku hari ni. Memang baju dan mafla ni memang yang last stok yang NGO ni bawa.
Baju ada dua design, satu RM20 dan satu lagi RM25, lengan panjang dan pendek ada, hitam ada putih pun ada. Mafla RM10.
Kalau nak tu kena tu pergi ke alamat tertera kat atas ni. Membeli sambil menderma. Tunjukkan keperihatinan kita, tak mampu yang mahal kita sumbang kecil-kecilan. Even kita berdoa juga satu sumbangan. Semoga Allah lindungi bumi Palestine.

4 comments: