Tuesday, November 20, 2012

Tune Hotel Kulim

Aku ke Kulim baru-baru ni menghadiri family gathering. So aku menginap di Tune Hotel. Salah satu hotel yang ada di kulim. Ada dua lagi rasanya hotel yang berdekatan. Tak banyak hotel area kulim ni. Aku pulak book last minit. Apa pun aku agak berpuas hati dengan bilik yang aku dapat.

 Tune Hotel Kulim
Nak cerita sikit al kisah aku nak book tune hotel ni. Aku check availability bilik, ada queen bed dan 2 single bed yang available. So aku choose queen bed. Rate Rm78.00 ok lah tu murah lah. Aku tekan next... sekali itu harga bilik sahaja tanpa elektrik, tv, aircond, toileteries and so on.. Kena add-on lain rupanya. Cis memang air asia sungguh la. Setiap yang kita add-on tu ada harga lain-lain. Pandai-pandai la pilih. Electricity 24 hours ke, Aircond 12/24 hours ker, Tv and even towel pun kena add on.. Kalau rasa aktiviti banyak luar hotel ambik 12hours aircond cukup la. Btw, kipas ceiling ada  kalau xnak aircond. Kalau nak jimat lagi, toileteries dan towel bawa sendiri. Ini kira last minit plan. Kalau nak murah lagi booking awal lor. Sama macam booking flight jugak. Like father like son. Adik ipar aku pernah dapat room Rm20 per night after add-on. Murah giler. Balik semula ke cerita aku tadi, last-last + - service + govt tax Rm120. Last minit booking ok la kan. Keluasan bilik 11sq. Nice and Comfort.
 Toilet bersih dan selesa. Cuma pintu bilik air takde lock. Better ready dengan segala kemungkinan. Haha. Anak-anak ni suka main terjah-terjah..

Kelebihan menginap di tune hotel kulim ni, nak cari tempat makan senang. Agak-agak baju terlupa bawa pasaraya dekat. Ada The Store, Hypermarket Giant, KFC, McD, kedai makan Nasi Kandar, Domino sebelah hotel je. Nak lagi dekat turun lobi keluar pintu terus Old Town White Coffee.

Kemudahan Seterika/iron RM50 deposit 2 jam sahaja. Dah pulangkan iron dorang bagi balik deposit. Jangan risau.

8 comments: