BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
Bayi yang berusia bawah 6 bulan sememangnya tidak digalakkan untuk
diberi minum air masak ataupun air putih. Namun, ada sesetengah ibu bapa
yang masih mengamalkan memberi minuman ini kepada bayi mereka. Kita
sedia maklum sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu ibu adalah yang terbaik
untuk bayi kita. Kebanyakkan nurse ataupun doktor melarang ibu bapa
memberi minum anaknyer dengan air masak. Walaupun ianya dilarang masih
lagi ada yang mengamalkannya kerana desakan orang tua yang mengatakan
bahawa dengan memberi minum air masak si anak yang mengalami Demam
Kuning akan cepat sembuh. Selain itu juga, memberi minum air masak
kepada bayi katanya dapat membilas tekak si anak selepas meminum susu
dan supaya anak senang untuk membuang air.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dan yang menyusu formula.
Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air
masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
1. Merencatkan Tumbesaran.
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi
akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu.
Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima
kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana
air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati
pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan
kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap
bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne
Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang
jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat
Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak
bermaya.
3. Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit
birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di
pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak
selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan
menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan
ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur
di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di
dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung
atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air
atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang
terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan
mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses
tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
Sumber : facebook/Harlina399
Share dari blog sfadazzlinggirl
Thanks for sharing..
Sharing is caring...
info yg berguna... tq
ReplyDeletewow great info
ReplyDeletethanks for share
sungguh ka??
ReplyDeletekebanyakan ibu sekarang mesti sedia air kosong sebotol utk bati mereka..
yup really nice info..
ReplyDeletefatin: kalau tengok penjelasan tu memang sungguh. skrg ni ramai je bekal air masak utk bayi. kalau bahaya ramai org tak tau.