Pages

Sunday, December 30, 2012

Siapakah TCHUNA?

We will remember: After scoring a fine individual effort for Manchester United, van Persie reveals his heartfelt message
Who is it? Van Persie lifting his club shirt to reveal a message which has sent the rumour mill into overdrive 
Siapakah TCHUNA? Satu nama misteri yang timbul apabila penyerang Manchester United, Robin Van Persie menayangkan mesej "R.I.P TCHUNA WE WILL NEVER FORGET YOU" pada t-shirtnya selepas menjaringkan gol semalam. Ia menjadi satu teka-teki dan spekulasi pada laman sosial Twitter. Macam-macam dorang teka. Fuhh memang cukup misteri. 
More accurate? JBO seems to think he knows the truth 
Childhood friend la..
I know: Some users are adamant that van Persie's tribute was for the tragic Indian woman who was raped and died from her injuries
Ada yang cakap seorang perempuan India yang mati akibat dirogol oleh sekumpulan lelaki dalam bas.
Not so sure: However, this user doubts that claim
Ada pulak yang ragu-ragu..
Closer to home: This Twitter user, evidently NOT Wayne Rooney, has his own view who Tchuna is
Ada pulak yang kata Toknya yang bernama Richard Nieuwenhuizen .. Hmm..

Apaapapun spekulasi ni,  Respect lah Robin Van Persie dan Manchester United menang 2-0 malam tadi. Nggeee.... Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....

Friday, December 28, 2012

Error Coin 20 cent 1987

Tambah lagi koleksi aku. Kali ni duit syiling 20 sen error (rosak/ salah cetak/ salah proses. Kalau syiling biasa ada gerigi kat kelilng syiling tu tapi ni kosong, clear macam cincin pun ada, macam keychain pun ada. Tengok perbezaan kat gambar bawah ni. Prasan tak?

Wednesday, December 26, 2012

SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK. Must read!!

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Bayi yang berusia bawah 6 bulan sememangnya tidak digalakkan untuk diberi minum air masak ataupun air putih. Namun, ada sesetengah ibu bapa yang masih mengamalkan memberi minuman ini kepada bayi mereka. Kita sedia maklum sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita. Kebanyakkan nurse ataupun doktor melarang ibu bapa memberi minum anaknyer dengan air masak. Walaupun ianya dilarang masih lagi ada yang mengamalkannya kerana desakan orang tua yang mengatakan bahawa dengan memberi minum air masak si anak yang mengalami Demam Kuning akan cepat sembuh. Selain itu juga, memberi minum air masak kepada bayi katanya dapat membilas tekak si anak selepas meminum susu dan supaya anak senang untuk membuang air.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dan yang menyusu formula.
Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
1. Merencatkan Tumbesaran.
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
3. Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

Sumber : facebook/Harlina399
Share dari blog sfadazzlinggirl
Thanks for sharing..
Sharing is caring...

Tuesday, December 25, 2012

RM10000- Peraduan "SNAP-SNAP" #AJL27

Nak Menang wang tunai RM10000? Jom sertai peraduan snap snap #ajl27 semperna Anugerah Juara Lagu ke-27 yang akan berlangsung 6 Januari 2013. Cara penyertaan kena ambik gambar bersama arca #ajl27 dengan gaya yang paling kreatif dan menarik. Wow.. Macam menarik tapi nak kena cari arca tu pulak kat mana?

Arca tersebut hanya ada di 4 lokasi sahaja iaitu di

23 - 28 Disember: Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor
29 - 30 Disember: Gerai MyTV3 Karnival Jom Heboh, Perkarangan Stadium Bukit Jalil
23 - 30 Disember: Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka
23 - 30 Disember: Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya Penang

Fuhh yang berminat tu kena korban la skit yer. Nak RM10000 kan. Sekarang pulak musim instagram tengah meroyan. Come on show your talent. Sapa menang nanti gambar masuk newspaper tu. Gempak satu Malaysia oo...

Korang nak tau lanjut cara penyertaan sila klik banner kat atas tu.

Monday, December 24, 2012

Ikan bakar Jalan Bellamy

Tengahari tadi lunch kat Medan ikan bakar Jalan Bellamy, dah tau lama dah tempat ni tapi baru hari dapat jejak kaki kat sini. Lokasi tempat ni kat belakang Istana Negera. Fuh ramai manusia di sini.. Ikan bakar kat sini boleh tahan la. Kat sini mcam-macam ikan.. Keli, kembung, sardin, pari, sotong, talapia, terubuk, ikan jaket bla bla...

Ni lah suasana kat sini, baru kedai pertama, belum kat tengah and kat blakang tu lagi. Nak tangkap gambar ni pun segan. Kompom dorang cakap aku nak uplod FB.. Abaikanlah, tak tangkap takde sumber.. pulun ngat eh.. Kalau nak lunch kat sini kena datang awal-awal, lambat penuh, parking pun payah.
Tu dia besaq-besaq pari potong.. tunggu untuk di bakar.. Beratoq gak bak ang.. Ikan celop dalam kuah balut dengan daun pisang, pastu bakar. Senangnyer..
So ni dia menu aku and mem kat sini. Ikan talapia bakar dan sotong. Last-last tadi add lagi keli sekor... Boleh tahan la.. Jalan jalan cari makan..yang tak pernah try, jangan tak try....

Carta Perencanaan Anak Soleh

Kondisi gambar agak blur. Korang zoom yer..

Aku diTag kat Facebook gambar ni. Bila tengok dan baca, memang antara panduan yang berguna jugak. So aku sharekan kat blog ni. Semoga sedikit sebanyak membantu dan bimbing kita dalam merencanakan anak-anak kita menjadi soleh dan solehah. Melentur buluh biar dari rebungnya. Selebihnya kita mohon kepada yang Maha Esa. InsyaAllah.

Banyak yang kita tak sedar ni.. antaranya..
**Membiarkan anak-anak menonton filem-filem hantu = Khurafat wajib hindari!!
**Pisahkan tempat tidur..

Renung-renungkan,  jangan termenung jauh-jauh, jom pebetui apa yang silap. Selamat beramal.

Segmen :: AKU DAN INSTAGRAM

Segmen bersama Bicara Mak Dara kali ni bertajuk "AKU dan INSTAGRAM". Memang tidak dinafikan instagram sekarang semakin meroyan.. Haha.. Aku pun meroyan sama dengan istagram ni. Aku harap join segmen ni boleh menambahkan lagi followers instagram aku. Jom support sama-sama.
 Nak join leh klik banner BMD kat atas ni yer.. :) Baca syarat-syaratnya.. mudah saja..
 
Lake Valley, BTHO
Cityscape1
Cityscape2
KLCC

 KLCC
So ni lah antara gambar-gambar instagram aku. Nak tengok lagi kena tengok kat instagram. @red_scarz atau instagram.com/red_scarz
Follow jangan tak follow ya.. :)
Nak tengok kat blog aku pun ada jugak.. Aku & S2 rata-rata instagram. Jom usha....


Aku & S2 Part 13 :: D' Sungai Lepoh @ Lopo

 
Aku & S2 berada D' Sungai Lepoh @ Lopo Pangsun, Hulu Langat.

D' Sungai Lepoh Chalet, Pangsun


Minggu lepas kami buat family camping kat Sungai Lepoh, Kg. Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor. 2 hari 1 malam. Bukan semua berkhemah pun, ada chalet untuk disewa kat situ. Memang betul-betul bersebelahan dengan sungai. Satu chalet berharga Rm70. Kami sewa dua chalet sebab ada 4 famili, tapi kecik je pun, besar bilik rumah je satu tu. Pastu pasang 1 khemah muat la 5,6 orang budak-budak dalam tu. Ada banyak lagi chalet kat situ, tapi harga lain-lain bergantung kepada fasiliti. Aktiviti kami start petang tu, bermandi manda, malamnya pula kami ber'berbeque'.. sambil menikmati keindahan alam yang terang benderang di waktu malam. Bunyi sungai memecah batu, katak bersahutan, burung skali skala mengeluarkan bunyi, cengkerik bernyanyi-nyanyi, angin sepoi-sepoi... sejuk seyhh.. jom lihat prebiu gambar.. tak banyak sangat..

Ni lah chaletnya, 1 chalet 1 biliknya, ada queen bed, extra single tilam, siap ada kipas dinding. Yang best lagi tempat berbeque dah ada. Tunggu pasang api je. Apapun malam tu ambik masa dekat setengah jam nak hidupkan api. Kayu basah daa.... (gambar baerbeque takde huhu)
Amboii my kids and the sepupu sepapat... Enjoy mandi sungai.
Makan time.... sejuk sejuk gini apa lauk pun bedal.
Menu alam bersama saya, Adam... (tv al-hijrah)... keh3.. aktiviti sampingan. Terkenang zaman kecik-kecik dulu. Memancing, menangkuk ikan.. Rindu kenanga dulu-dulu huhu..

2 hari 1 malam di sini memang best. Kalau aktiviti banyak lagi best kot. Nanti la plan tempat lain la pulak. Korang nak torai silakan. Chow lu.. ...

**mood berbelogging tergendala ekoran tak sihat dan mood tidak menentu. Sekarang dah sihat balik. Alhamdulillah..

Credit pic to my adik ipar.. Shahanim.. Terima kasih.

Thursday, December 20, 2012

School Calendar 2013 (Kalendar Persekolahan, Tarikh Cuti Sekolah, Takwim Sekolah 2013)

Tinggal beberapa hari je sesi persekolahan 2013 nak bermula. Fuhh nerves pasal anak aku nak masuk sekolah dah. Barang keperluan kena settle sebelum sekolah bermula. Pasti masih ramai lagi yang tengah menyopping barangan keperluan sekolah, takpe sempat lagi. Tak kurang juga yang dah merancang untuk aktiviti-aktiviti tahun 2013. Bagi yang nak merancang aktiviti tahun 2013 boleh rujuk takwin-takwin dibawah ni. Boleh check tarikh cuti sekolah..
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terrengganu.
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


Friday, December 14, 2012

Lee Min Hu :: Watak baru dari Korea

Lee Min Hu bukan Lee Min Ho. Jangan kompius. Sebut je nama korea korang suka eh? Citer korea la, penyanyi korea la, pelakon korea la. Selepas Gangnam style-Psy menggegar dunia, semalam seorang lagi bakat baru dari Korea muncul. Lee Min Hu, seorang pengadil bolasepak yang diberi pentauliahan mengadili perlawanan separuh akhir kedua, antara Malaysia dengan Thailand. Berusia 33 tahun. Dia cuba membuat kelainan dalam menambat hati penonton-penonton Malaysia. Mentang-mentang dia tak reti berlakon dan menyanyi. Jadi Pengadil lah..
 
ini Lee Min Ho la, tengok bawah ni la..
ni dia Lee Min Hu
Tapi serius kelainan yang dia buat semalam memukau seluruh rakyat Malaysia. Memang terserlah bakat ke____an. Korang isi la sendiri. 
Hebat dia ni. Sampai aku search Google mamat korean ni. Apa yang aku jumpa ialah ni: 
Sumber dari Lineup-football

Selamanya Harimau Malaya

Muhammad Akif Danish 
Lahir : Feb 2009 
Umur : 3 Tahun (nak masuk 4 tahun dah.)

Mungkinkah Danish bakal menyarung jersey Harimau Malaya satu hari nanti? Ada 12-13 tahun masa untuk membentuk jadi macam Lionel Messi. Boleh?

Thursday, December 13, 2012

Jom Santai bersama Metroll Arena

 
 
 
Sumber Internet dan Google. Sekadar melepas stress di waktu kerja...

Koleksi Jersey Manchester United Aku

Ini koleksi jersey Manchester United aku. Tak banyak pun, 10 helai je, aku bukan collector-collector tegar. Tangkap muat je. Tidak berkemampuan. Setiap tahun Manchester United akan mengeluarkan 2,3 jersey baru, mana tahan. So kutip-kutip la yang mampu, yang pasti bukan yang fake.
**Apa apa pun tentang aku.

Wednesday, December 12, 2012

My Autographed & Signed Jersey (Manchester United)

 Certificate of Authenticity
Aku & Hadiah cabutan bertuah

Aktiviti   : Grand Match View UEFA Champion League Finale, FC Barcelona vs Manchester United.
Temasya : Himpunan Sejuta Belia
Lokasi    : Dataran Perbadanan Putrajaya
Tarikh     : 29 Mei 2011
Sponser  : Telekom Malaysia (TM)

Jersey ni bernilai RM2500.00 (wordless wednesday tak?) Fuhh kalau nak beli memang tak lah. Jersey dua tiga ratus pun tak mampu nak beli. Inikan yang riban-riban. Dah setahun lebih dah usianya. Saja nak bumpkan. Agak-agak harga naik tak? Niat aku dulu nak framekan, sampai sekarang tak framekan lagi. Takpe la gantung dulu lah.

Antara pemain-pemain Manchester United yang terlibat dalam menandatangani jersey ni:

1. Chris Smalling
2. Tomasz Kusczak
3. Rio Ferdinand
4. Darren Fletcher
5. Javier Hernández, Chicharito
6. Nemanja Vidic
7. Michael Owen
8. Nani
9. Wes Brown
10. Park Ji-Sung
11. Jonny Evans

Monday, December 10, 2012

Farid Kamil berdepan penjara 2 tahun

 
Gambar dan tajuk entri dari sumber KOSMO

Aku bukan nak bergossip pasal cerita Farid Kamil ni. Yang tu biarlah orang tertentu yang judge. Tapi aku nak ulas impak dari cerita ni, ramai antara kita (orang awam) yang baru sedar akan banyak perkara-perkara yang kita tidak sedar benda tu benda ni adalah salah di sisi undang-undang. Betul tak? So aku fokus pada pakaian tentera ni. Ramai juga yang dah tahu, aku tak nafikan. Aku baca satu blog yang menceritakan tentang akta dan warta kerajaan membuatkan aku rasa seram sikit. Aku tak nak ulas lebih takut tersilap ulasan, bahaya. Korang boleh ke blog Hazrey untuk bacaan lanjut.

**Sebab aku kena ambik tau. Aku baru saja berminat dengan pakaian ala-ala askar ni. Baik pastikan benda-benda yang kita buat ni melanggar undang-undang atau tidak.

Sunday, December 9, 2012

Samsung Galaxy Camera Preview

Sila layan sampai habis.



Kalau dapat telefon ni memang ohhsemm lah.... lagipun tengah minat shoot gambar ni.. Angan-angan jela.

AirAsia sedia tawar tiket murah ke Bangkok

Tawaran hebat buat penyokong Harimau Malaya. Dengar khabar Airasia buat tiket murah pergi balik menyaksikan perlawanan timbal balik antara Malaysia dengan Thailand yang bakal diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember 2012. Sumber dari Utusan Malaysia Online.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan persetujuan berhubung perkara tersebut. 
"Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana (Bangkok). Saya sudah berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapatkan jumlah mereka yang mahu ke sana."


Kepada sesiapa yang berminat tu silalah bertindak cepat, berhubung dengan pegawai yang berkenaan.
Harimau perlukan anda disana... Aummm...

Saturday, December 8, 2012

Mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Anjuran CIA

Aktiviti sukan berstatus kejohanan yang pertama dianjurkan oleh AJK Sukan Taman Cheras Intan (CIA). Kejohanan tertutup antara blok blok KLMN je. Salah satu tujuan kejohanan ialah untuk mengeratkan siratulrahim antara penduuduk-penduduk taman, mengadakan aktiviti-aktiviti sekeluarga bersama-sama. Yelah kalau waktu kerja masing-masing sibuk. Sebelum ni penduduk-penduduk memang dah giat aktif dalam sukan sepak takraw, badminton dan ping pong kat taman ni cuma tak semua join. Dua hari lepas berlangsung satu mesyuarat untuk menetapkan tarikh kejohanan. Bukan sepak takraw je, ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga diadakan.1 januari 2013 tarikh yang ditetapkan. So ada banyak hari lagi.
Nak anjurkan kejohanan macam ni kena lah ada la persiapan kan, bukan ada orang sponser pun. So ada pembahagian tugas-tugas dibahagi-bahagi kepada ahli-ahli ajk. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Kita hanya mampu merancang. Majulah sukan untuk CIA. Terbaeklah Geng Libas.

Aku dan Kasut Bundle

Dah boleh berniaga kasut bundle dah dengan kasut aku nih. Kabinet kasut penuh kasut aku je. Mana mem tak mengamuk hehe.. Nak buang sayang, elok lagi. Nak letak mana ntah? Stor pun takde. Hmm Lelong lelong lelong....
lupa nak tag photo dengan NFS= not for sale. :)

Wednesday, December 5, 2012

VOUCHER FREE LEGOLAND :: KIDS FOR FREE


Semalam beli Susu Dutch Lady Chocolate. Wife aku nak buat aiskrim katanya. Tetiba dia tegur, "Abang ni voucher free Legoland untuk kanak-kanak". Aku macam tak percaya je. Sapa la nak bagi voucher free ni kan. Harga kanak-kanak pun dah brapa hinggit. Ntah-ntah kena kumpul kotak banyak-banyak baru dapat. Seperti yang kebiasaannyalah kan. Aku ambik jela dan baca.. Brrruulllpp... A'ah la "KIDS FOR FREE". Baca term and condition, bla bla bla...

"Voucher is valid for a FREE SINGLE-DAY Child Ticket (age 3-11), with the purchase of a full gate price adult ticket to LEGOLAND Malaysia at the same time and day of purchase only."

So sapa-sapa nak pergi Legoland tu bawa anak-anak, just beli 1 full gate untuk dewasa dapat 1 kids free. Jangan lupa pulak bawa voucher ni. Kang sia-sia kena bayo. Nak tau lebih lanjut lagi sila klik di sini kidsforfree

Voucher ni valid dari 15/09/2012 sehingga 31/03/2013
Eh, dah lama dah program ni start kenapa aku tak tau? Apapun aku takde plan lagi pun nak pergi.. So yang nak pergi CUTI-CUTI MALAYSIA masih boleh lagi memandangkan CUTI SEKOLAH belum abis lagi.