Tuesday, January 22, 2013

Layan internet dengan USB Tethering Smartphone (Modem)

Line broadband kena bar? Line internet rumah kena bar? Takde wifi ? Terlupa bayar bil, or buat buat lupa keh3.. (gelak jahat) Jangan risau masih ada banyak lagi cara nak melayari internet kat PC or Laptop. Ini salah satu cara untuk pengguna Samsung S2 dan samsung-samsung sewaktu dengannya kot** tetiba ada kot kot kan. Teknik mudah iaitu Teknik USB tethering.

Lihat langkah-langkah dibawah:-
1. Pastikan data plan ada kalau takda anda bukan pembaca yang kami cari. boleh usha entri lain ya.
2. Pastikan data plan tak kena bar-kalau kena bar jugak pi cc la, bayar rm1 dok sejam.
3. USB cable kena ada? takde usb ang pi ambik tali lembu sumbat kat hidung ang.
4. Semua dah cun, cucuk usb kat usb port(Smartphone ke CPU or laptop)
5. korang gi kat smarphone korang pilih SETTING -> WIRELESS AND NETWORKS
->TETHERING AND PORTABLE HOTSPOT->USB TETTHERING (sila tick) harap maklum kalau USB tak connected maka korang takleh nak tick. Sila pastikan usb connected. Dah tick tunggu sekejap dia nak connecting...loading 2%..99%.. pastu timbul perkataan ni [tethered] haa maka suksess la proses tu.

6. buka browsers mozilla, ie or chrome try browse tengok.. kalau tak keluar jugak ulang langkah 1. Kalau tak keluar jugak sila ulang sampai korang stress. Kalau dah stress tak boleh jugak sila bayar bil anda. Sekian terima kasih.
Selamat mencuba.

3 comments: