Sabtu lepas aku dan family ke Pasar Serikin, Kampung Serikin, Bau. Kira-kira 16km dari Pekan Bau dan lebih kurang 50km dari Bandar Kuching. Apa yang menarik tentang tentang Kampung Serikin ni? Serikin ni merupakan border/ sempadan Sarawak dengan Kalimantan. Tempat ni semakin terkenal dengan tempat membeli belah Weekend Border Market @ Pasar Hujung Minggu Sempadan (Sabtu & Ahad sahaja) Orang Indonesia + orang tempatan datang berniaga barang di sini. Pelbagai jenis barangan, pakaian, kraftangan, mainan, sayur-sayuran, barang hiasan rumah, perkakasan rumah dan macam macam lagi. Pelbagai kraftangan ada di sini antaranya tikar rotan, kerusi rotan, ukiran kayu, bakul, keychain, frigde magnet dan lain-lain.
Haa tengok ni, unik sungguh corak pakaian ni. Berkenan tak? Buat sovenir best ni. Pilih jangan tak pilih. Aku bagi chance kat orang rumah cari barang. Aku handle anak-anak. Orang pompuan ni baik single mahupun dah berkahwin, muda ke tua memang pot dorang la ni. Larat tak larat je. Baju kurung, kain, telekung, baju batik banyak kat sini.
Cuaca tidak begitu mengizinkan masa datang ke sini hari tu. Ni pun dah nak hujan balik dah. Gelap semacam je ni. Huh tak puas nak berjalan. Lain kali nak repeat lagi la. Anyway tak jauh pun dari kampung aku sebenarnya. Cuma aku yang dok kat KL sekarang. Huhu.
Info waktu beroperasi:
Sabtu
Pagi dah ada dah tapi takdela seawal pagi. 9-10 pagi tu buka dah kot. kalau Sabtu buka sampai petang.
Ahad
Awal pagi-pagi dah buka. Hari ni hari kemuncak ramai orang. Pergi awal dapat parking dekat sikit. Hari ni operasi sampai tengahari je.