Sampai je kat destinasi terus pasang khemah. Takde la susah sangat pasang khemah ni. Khemah zaman moden katakan. Ada dua batang panjang je tulang dia buat cross(melintang) sumbat kat lubang dia keempat-empat sudut dah SIAP!!
Inilah kawasan perkhemahan kami. Ada 5 keluarga semuanya yang join khemah ni. Tempat masak, tempat barbeque, tempat air dan tempat makanan semua telah siap teratur. Alhamdulillah semalaman tidak hujan.
Gelagat anak dan anak-anak buah bermain pasir tidak kira panas terik. Excited katakan. Aktiviti petang pula kami bervolley ball dan berbola pantai. Aisehmen.. Gambar takde. Semua excited nak main. First time rasanya beriadah sebegini rupa.
Keesokan harinya kami buat sukaneka, random game yang kami buat haha, asal semua dapat terlibat. Macam-macam aksi dapat dilihat. Memang seronok.
Ada hadiah tu, sebelum balik ada majlis penyampaian hadiah. Semua dapat hadiah. Hamper tajaan masing-masing. Dapat kat budak-budak seronok la dorang.
Kecil besar tua muda semua sporting. Kita enjoy.. bak kat Nora Danish.. Anyway pengalaman yang sangat menyeronokkan dan mungkin kami akan repeat lagi nanti. Kita cari pot lain pulak. Ada cadangan pot menarik meh kongsi kat komen. :)
**walaupun dekat pantai namun tiada gambar laut pun.
** surau dan toilet ada disediakan.
seronoknya
ReplyDelete