Tuesday, December 31, 2013

Pasar Serikin :: Famous Weekend Border Market

Sabtu lepas aku dan family ke Pasar Serikin, Kampung Serikin, Bau. Kira-kira 16km dari Pekan Bau dan lebih kurang 50km dari Bandar Kuching. Apa yang menarik tentang tentang Kampung Serikin ni? Serikin ni merupakan border/ sempadan Sarawak dengan Kalimantan. Tempat ni semakin terkenal dengan tempat membeli belah Weekend Border Market @ Pasar Hujung Minggu Sempadan (Sabtu & Ahad sahaja) Orang Indonesia + orang tempatan datang berniaga barang di sini. Pelbagai jenis barangan, pakaian, kraftangan, mainan, sayur-sayuran, barang hiasan rumah, perkakasan rumah dan macam macam lagi. Pelbagai kraftangan ada di sini antaranya tikar rotan, kerusi rotan, ukiran kayu, bakul, keychain, frigde magnet dan lain-lain.
Suasana di sekitar Pasar Serikin. Hujan renyai-renyai sepanajng hari. Kejap hujan kejap mendung. 

Haa tengok ni, unik sungguh corak pakaian ni. Berkenan tak? Buat sovenir best ni. Pilih jangan tak pilih. Aku bagi chance kat orang rumah cari barang. Aku handle anak-anak. Orang pompuan ni baik single mahupun dah berkahwin, muda ke tua memang pot dorang la ni. Larat tak larat je. Baju kurung, kain, telekung, baju batik banyak kat sini.
Cuaca tidak begitu mengizinkan masa datang ke sini hari tu. Ni pun dah nak hujan balik dah. Gelap semacam je ni. Huh tak puas nak berjalan. Lain kali nak repeat lagi la. Anyway tak jauh pun dari kampung aku sebenarnya. Cuma aku yang dok kat KL sekarang. Huhu.

Info waktu beroperasi:

Sabtu
Pagi dah ada dah tapi takdela seawal pagi. 9-10 pagi tu buka dah kot. kalau Sabtu buka sampai petang.

Ahad
Awal pagi-pagi dah buka. Hari ni hari kemuncak ramai orang. Pergi awal dapat parking dekat sikit. Hari ni operasi sampai tengahari je.

Banjir di sekitar Daerah Bau :: Alhamdulillah terselamat dari Musibah

Pada 29 Disember 2013, sehari selepas aku ke Pasar Serikin, fenomena banjir telah melanda beberapa kawasan di Daerah Bau.
Antaranya simpang tiga ni, simpang yang merupakan jalan utama menuju ke kampung Serasot, Skibang, Sebobok, Stass, Bogag, Duyoh dan Serikin. Kawasan ini merupakan kasawan Hot banjir. (Kerap dilanda banjir) Lihat tingginya paras air yang naik.
Antara gambar-gambar kawasan banjir.
Aku pergi serikin sabtu tu pun kejap hujan kejap hujan. Nasib baik tak BAH masa tu gak. Kalau tak silap-silap aku pun terkandas. Naya woo boleh terkandas flight. Harap mereka yang menjadi mangsa banjir ni hadapi dengan tabah. Bagi yang tidak dapat balik ke kampung, yang sangkut kat jalan semoga bersabar dan berhati-hati. Tunggu sampai air surut baru teruskan perjalanan. Menurut sumber hari ni pun masih hujan dan banjir belum surut lagi.


Credit kepada gambar Anni Mitin posted on Serasot Online Facebook Page.

Thursday, December 26, 2013

Telatah mereka mencuit hati

Tarikh: 24.12.2013 LCCT 
Bawa anak-anak jumpa Atok & Nenek. Excited dorang nak jumpa mereka. Tak sabar sabar tunggu nak naik kapal terbang katanya. Flight kul 5:30 petang, asyik tanya je bila nak masuk flight. Jam baru tunjuk pukul 4:30 petang. Lambat lagi la dik oi. Dah ditenang-tenangkan pun tanya lagi. Flight delay pulak pastu dah kena menjawap pulak kat budak ni. Bukan dorang tau pun delay tu ape kan. Merengek je kejenyer. Sabar je lah..

Masuk flight possing dulu. Biasalah, nak instagram lah, nak whatapps la, facebook la. Walaupun pramugari tu dah announce dah switch off you mobile device. Haha korang semua pun macam tu gak. Naik la 3,4 kali ker mesti nak possing dulu. 
Haa, tengok my boy nakal betul ada ke ambik gambar tunjuk kaki. Ish ish tak dok diam. Dorang ni tak tau ape, dah take off pun macam takde benda berlaku. Gelak-gelak lagi. Aku dah naik banyak kali pun rasa cuak je. Ada satu situasi masa tu nak kata lawak pun ada kesian pun ada. Masa fight tu nak dropkan position, my boy tiba-tiba loya nak muntah. Wife aku capai la paperbag khas tu. Werkk2 dia muntah. Banyak gak. Dari tadi tak dok diam terkantoi plak muntah. Sib baik sempat muntah dalam paperbag tu. Korang tau dia cakap per? Dia cakap macam dalam citer Mr.Bean je! Wakakaka nak tergelak pun ada. Boleh plak dia teringat citer tu. Nasib baik dia tak pecahkan paperbag macam dalam citer tu. Lawak lawak lawak.. Ingatkan lepas muntah dia dah slow down. Rupanya sama je. Tak drop pun percent keaktifannya itu. Sampai la landing.. Alhamdulillah selamat sampai kampung. 

Wednesday, December 25, 2013

Wordless Wednesday :: Family Gathering


Self Tag Baggage Drop : Memudahkan

Self tag baggage drop. Salah satu cara check-in baggage yang pantas dan menjimatkan masa. Mengelak daripada beratur panjang di kaunter. Aku tak pasti ramai orang tau ke tak pasal ni. Apapun aku share jugak info ni sebagai tips.
Mula2 korang gi kat kiosk check in baggage. Pilih self tag for baggage. Masukkan no booking. Then follow instruction until dia tanya ada brapa banyak baggage. Masukkan jumlah baggage then confirm.
Maka tag sebegini akan keluar dari kiosk tersebut.
Bawa je tag ni ke kaunter khas yg disediakan. Kaunter R39-R42. Uruskan semua hal tagging di sini. Selesai. Tak perlu beratur lama.

Sunday, December 22, 2013

Tesco Heroes & Friends Exchange

Tesco figurine pen collection jadi sudah menjadi kegilaan ramai. Aku ingat aku je yang obses kat figurine ni. Rupanya ramai dah terjebak. Masalahnya sekarang redeem figurines ni tak boleh pilih. Sampai dapat 2,3 item sama. Sedehh. Gambar kat bawah ni koleksi aku belum complete tanpa Thor. Aku juga ada extra figurines. Dan entri ni aku buat khas untuk Tesco Heroes & Friends Exchange. Aku ada Captain America & Hulk nak swap dengan THOR.. Dua item untuk satu(1) Thor. Itu offer aku.
Kalau nak SWAP SULLEY OR CAPTAIN AMERICA OR HULK (choose 2) with THOR accepted. Negotiation also accepted thru whatapps/pm  0194565783

Nak sangat Thor bagi completekan set. plssss.. :(

Saturday, December 21, 2013

Resepi Lamb Chop :: Mudah dan Sedap

Resepi ni aku reka sendiri je. Sangat mudah pernyediannya tidak perlu senjata sulit untuk ramuannya. Telus belaka. Mudah didapati di gedung pasaraya mahupun kedai runcit.

Bahan-bahan:
1. Lamb Shoulder
2. Seasoning sos
3. Blackpaper sos.
4. Minyak masak atau Majerin atau olive oil  (untuk bakar time)

Langkah-langkah penyediaan:
1. Keluarkan daging yang masih beku
2. Bersihkan daging
3. Gaulkan kedua-dua sos pada daging. Secukup rasa.
4. Perapkan daging.

Tempoh perapan daging, ikut suka. Lagi lama lagi sedap kot. Aku perap kejap je. Sejam dua jugakla.

Bakar time.
Kalau sapa-sapa reti bakar guna oven sila gunakan oven. Tapi yang tidak ada oven jangan risau. Korang cari la bekas macam ni. Ni gambar bawah ni untuk kedai burger punya.
Tapi aku beli yang kecik sikit muat untuk letak atas dapur gas. Kalau besar skit pun tak apa lebih la kuantiti boleh bakar. Memang tempat khas untuk bakar-bakar.
Panaskan tempat bakar ni dan sapulah majerin ker, minyak masak ker atau olive oil ker. Lepas tu letaklah daging perapan tadi tu. Sila perlahankan api dan jaga dengan sempurna. Takut hangit nanti. Brapa minit tu korang agak la sendiri. Lain portion lain minit dia. Tebal ker nipis, api kuat ker api kecik. Haa jangan sampai hangit sudah.
Haa tudia hasilnya. Apa macam? Belum make up lagi ni. Kalau letak fries, letak salad ker, coleslaw ker.. Pasti lebih menyelerakan. Ok lah selamat mencuba.

Walking with Dinosaurs The Movie 3D

Baru-baru ni aku bawa anak aku pergi Big Bad Wolf Sale kat The Mines, pilih punya pilih anak aku nak buku What about.. dinosaurs? Minat pulak dia tentang citer dinosaurs. Aku pun beli la, tengah sale giler-gilerkan. Memang 2,3 hari tu dia asik belek je buku tu. Samapai aku download 2,3 video discovery channel pasal dinosaurs kat internet. Dipendekkan cerita ada pulak cinema nak keluar cerita pasal dinosaurs. Walking with Dinosaurs The Movie 3D. Wow 3D pulak tu. Terus aku bercadang nak buat suprise kat anak aku. Nak bawa dia tengok wayang cerita ni. Mesti dia suka punya.
 Antara watak-watak dalam cerita ni kot.
Katanya movie release 20 Disember 2013. Maksudnya dah ada kat cinema dah sekarang... Jommm..

#sumber gambar dari IMDb

Friday, December 20, 2013

Balik kampung OOO balik kampung...

Yeaaaaaa..... Tiket sudah sampai. Next week boleh balik bercuti.
Dengan kemudahan Goverment warrant (setahun sekali dapat tiket balik mengunjungi negeri asal) AirAsia pun AirAsia la. Tiket free.

**Nak tunggu wordless wednesday lambat lagi. Post jela dulu. Peace!

Thursday, December 19, 2013

Malaysia Vs Indonesia :: Separuh Akhir Bolasepak Sukan SEA Myanmar 2013

Jangan lupa saksikan perlawanan separuh akhir bolasepak Sukan SEA Myanmar 2013  hari ini jam 5:30 petang waktu tempatan. Malaysia bertemu Indonesia. Misi mempertahankan pingat emas yang dimenangani 2 kali berturut-turut pada 2 temasya yang Sukan SEA yang lalu.

Mampukah skuad kendalian Dato Ong Kim Swee merobek gawang Indonesia dengan gol awal. Adakah gandingan Trio Borneo mampu menambahkan lagi koleksi gol?

Sama-sama kita saksikan perlawanan petang ini.

Berkhemah @ Pantai Bagan Lalang

Sabtu lepas aku serta keluarga beramai-ramai pergi berkhemah di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Perjalanan memakan masa hampir sejam dari Kuala Lumpur. Pengalaman pertama rasanya berkhemah beramai-ramai begini. Membawa anak-anak menghabiskan masa cuti dengan aktiviti-aktiviti yang lasak dan sihat. Sebelum pergi kena buat perancangan rapi. Almaklumlah first time. Apa yang perlu bawa dan tak perlu bawa.
Sampai je kat destinasi terus pasang khemah. Takde la susah sangat pasang khemah ni. Khemah zaman moden katakan. Ada dua batang panjang je tulang dia buat cross(melintang) sumbat kat lubang dia  keempat-empat sudut dah SIAP!!
Inilah  kawasan perkhemahan kami. Ada 5 keluarga semuanya yang join khemah ni. Tempat masak, tempat barbeque, tempat air dan tempat makanan semua telah siap teratur. Alhamdulillah semalaman tidak hujan.

Gelagat anak dan anak-anak buah bermain pasir tidak kira panas terik. Excited katakan. Aktiviti petang pula kami bervolley ball dan berbola pantai. Aisehmen.. Gambar takde. Semua excited nak main. First time rasanya beriadah sebegini rupa.
#reserved pic barberque
Bila malam menjelma aktiviti barbeque bermula. Ayam, ikan dan sosej menjadi menu malam tu. Maka bergilir-gilir la kami menjaga api.
Keesokan harinya kami buat sukaneka, random game yang kami buat haha, asal semua dapat terlibat. Macam-macam aksi dapat dilihat. Memang seronok.

Ada hadiah tu, sebelum balik ada majlis penyampaian hadiah. Semua dapat hadiah. Hamper tajaan masing-masing. Dapat kat budak-budak seronok la dorang.
Kecil besar tua muda semua sporting. Kita enjoy.. bak kat Nora Danish.. Anyway pengalaman yang sangat menyeronokkan dan mungkin kami akan repeat lagi nanti. Kita cari pot lain pulak. Ada cadangan pot menarik meh kongsi kat komen. :)

**walaupun dekat pantai namun tiada gambar laut pun.
** surau dan toilet ada disediakan.

Wednesday, December 18, 2013

DHerb Krim & DHerb Syampoo Super Lebat

Ini gambar latest (14 Disember 2013)
Kesian tak tengok rambut aku. Huhu baru 30 tahun kot. Takpe la kita usaha untuk kembalikan kelebatan rambutku yang dulu. First step aku nak test produk DHerbs Krim Lebat dan DHerbs Syampoo Super Lebat. Terlajak laris katanya. Wow try jelah nanti sebulan dua bulan tengok progress macam mana. Harap-harap ada hasil dengan izinNya. Ada hasil nanti aku update lagi..
 

Tanah Lot, Bali trip Part V

Tanah Lot Bali Temple On the Rock
Merupakan destinasi terakhir kami di sana. Tanah Lot ni sangat terkenal dengan temple on the rock temple atas batu. Terletak di Tabanan Bali, 20 kilometer dari Denpasar. Ramai pengunjung datang ke sini melihat keunikan dan kelainan temple tersebut. Juga terdapat banyak kedai-kedai kraftangan dan sovenir di sini.
Yang berpakaian merah ni ialah juruphoto. Korang nak bergambar boleh dapat pic on the spot. Harga tak tau pasal aku tak gunakan khidmat dorang.
Antara pengunjung-pengunjung yang datang ke sini. Ketika air masih surut.
Ketika air sedang pasang.Walaupun air tengah naik namun pengunjung tetap tidak melepaskan peluang berfoto di sini.

Kalau la dari awal-awal datang sini, kan best boleh la lepak sini lama sikit. Banyak barang-barang(sovenir) menarik kat sini. Ni pun dah hari last dah. Okeh habis cerita BALI. Teruknya penulisan aku ni. Tak reti la nak cerita-cerita macam korang. Janji ada info sikit-skit jadi la.