Pages

Saturday, January 18, 2014

Perlu ke kita hadiri Jemputan Perayaan Non-Muslim?

DUA SYARAT MEMENUHI JEMPUTAN PERAYAAN NON-MUSLIM

1. Lokasi di mana ia diadakan

Jika jemputan tersebut di gereja atau di kuil, jemputan ini tidak wajar diterima kerana satu simbolik kepada perayaan agama dan seolah-olah Muslim reda dengan agama tersebut.

"Walau bagaimanapun, satu sudut yang lain di mana ia dibuat atau diadakan di rumah non-muslim atau dewan, maka ia tidak lagi melambangkan perayaan agama semata-mata, tetapi sudah bercampur dengan program sosial dan masyarakat"

Maka ketika ini, tidak salah untuk Muslim menghadiri jemputan rumah terbuka sempena perayaan agama dengan niat menghubungkan tali persahabatan, kejiranan dan sebagainya. Biasanya ketika ini, tiada upacara agama melainkan ucapan, ramah mesra dan makan-makan sahaja.

2. Bukan bertujuan mengagungkan agama lain

Membesarkan agama lain merupakan satu kesalahan dalam Islam. Tujuan hadirnya hanya untuk aktiviti masyarakat atau bersahabat.

-Petikan dari Buku FiQah Berinteraksi dengan Non-Muslim | Ust Mohammad Nidzam Abdul Kadir

2 comments:

  1. Masa kecik dulu adala mak bwk g umh jiran chinese.dpt angpow dgn limau..tu je la kut yg pnh pg.. :)

    ReplyDelete
  2. saya rasa tak ada salahnya...janji taw batasannya

    ReplyDelete