Jauh perjalanan luas pengalaman. Itulah pengalaman baru-baru ni menyertai trip Homestay & Railways yang dianjurkan oleh Railway Tourism Association Malaysia (RTAM). Homestay Kampung Beng menjadi destinasi kami. Lokasi homestay ni terletak tidak jauh dari Lenggong, Perak. Namun untuk ke destinasi homestay kena menempuh cabaran menaiki bot menyusuri Tasik Raban. Ni antara gambar-gambar yang dapat dirakam sekitar perjalanan ke homestay.
Ini lah bot yang kami naiki. Tak boleh ramai sangat penumpang, ni pun dah nak sama paras dengan air. Sangat teruja dapat pengalaman sebegini.
Jeti Batu Ring, Kampung Beng
Sekitar tebing Batu Ring, Kampung Beng. Arus air tasik sangat tenang. Memudahkan penduduk tempatan berulang alik untuk urusan harian.
Pemandangan yang mengasyikkan dari tengah-tengah tasik Raban.
**Pengalaman menaiki bot pukul 2.20 pagi menuju Kampung Beng. Dengan bot tiada lampu sebagai penunjuk arah. Gelap gelita menggunakan instinct je ni. Hujan renyai-renyai plak tu. Cukup pakej luar biasa.
Lagi info Percutian ke Homestay Kg. Beng
Santek gambar2 camera bro... nak ciloooook.... hehehe...
ReplyDeletehaha biasa-biasa je bro.. sila2..
Deleteindahnya view
ReplyDeleteterbaiklah, gambo meletop2. ha
ReplyDeleteletop2.. blm gambar beki lagi.. hehe
Deletegambor torbaik bro
ReplyDeletetak sabar nk tulis jugak cerita pasal Kg Beng
kenangan indah
tq bro.. citer jgn tak cerita.. hihi
Deletepengalaman naik bot memang best.. permandangan yg chantek dan mendamaikan.. :)
ReplyDeleteCantiknya..sllu sya pg mkn kat restoran tu je..nk kna pg jgk ni :)
ReplyDelete