Pages

Friday, January 24, 2014

Railway Tourism | Percutian ke Homestay Kampung Beng

Bayangkan kalau member korang ajak pergi jenjalan. Transport, penginapan dan makan minum semua ditanggung. Excited tak nak join?? Mau tak excited kan. Satu hari tu member aku Careno offer nak tak aku join satu event. Percutian ke Homestay Ipoh naik Keretapi katanya. Tinggal dengan keluarga angkat la bagai, dia story mory la dari A sampai Z. Aku! Apalagi excited giler la nak join.
....... Masih terngiang-ngiang lagi invitation dia, dah pun kami sampai ke destinasi. Pilihan kami Homestay Kampung Beng, Lenggong, Perak. Perjalanan menaiki keretapi laju (ETS) dari KL Sentral ke Terminal Ipoh mengambil masa 2 jam 20 minit. Memang tidak terasa kepenatannya, sebab menikmati pemandangan hijau yang mengasyikkan serta keselesaan ETS itu sendiri. Dari terminal Ipoh kami menaiki bas ke Kg. Beng dalam sejam lebih gitu.
 
Untuk sampai ke Kg. Beng kena naik bot pulak. Ada je jalan darat tapi jauh dan lorong kecil tidak sesuai untuk kenderaan besar. Naik bot lagi best what? Baru la nampak cabarannya, menikmati keindahan tasik Raban yang terkenal di Lenggong. Kejap je pun naik botnyer tak sampai setengah jam pun.Pemandu-pemandu bot cekap-cekap belaka. Memang Otai sungguh.

“Perkampungan ini telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani yang dikenali sebagai ‘Tok Beng’ yang telah melarikan diri mengikut Sungai Perak. Maka wujudlah nama kampung ini sempena dengan panggil ‘Tok Beng’. Kampung Beng ni terdiri daripada 6 buah perkampungan kecil iaitu Kg. Durian Lubuk, Kg. Bend Dalam, Kg. Dusun, Kg. Sekolah Kg. Durau dan Kg. Batu Ring. - info”

Kami ditempatkan di Homestay Kg. Batu Ring, Kampung Beng. Sampai di sana kami disambut oleh keluarga angkat dan penduduk-penduduk sekitar. Inilah pengalaman pertama nak duduk dengan keluarga angkat.

Najeeb | Aku | Ujang | Mawardi | Lan Careno
Inilah pemandangan sekitar kampung, fresh sangat, bebas dari udara toksik. Kelihatan pokok pokok getah di sekeliling kerana Menoreh getah merupakan aktiviti utama penduduk kampung ni. 

Inilah gambar kenangan bersama keluarga angkat di Homestay Kg. Batu Ring, Kampung Beng. Haa rumah biru tu la tempat kami tinggal. Terima kasih Pak Zam dan Mak Siti yang menerima kami sebagai anak angkat, serta makan dan minum sepanjang 3 hari 2 malam di sana. 
**homestay ni menyediakan khas 2 bilik beserta 1 bilik air untuk pelancong yang tinggal di sini. Katil, kipas, almari, plug semua ada. Juga menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Bekalan Air paip yang sangat sejuk hampir tahap beku. Haha, yelahkan sumber air terus dari air bukit yang berdekatan.


...........selepas seharian di Pesta Makanan Tradisional Lenggong.....

Aktiviti Riadah
Aktiviti yang diadakan oleh penduduk kampung. Ekspedisi menawan Air Terjun | Lata Tok Muda.. Wow ekspedisi sangat. Havoc gitu.. Tak percaya tengok gambar. Kena melepasi pagar elektrik? Berdegup boboi takut syot karen... Kena lalu bukit curam dan licin, batu licin, air sungai yang deras.. Haa baru kerlas panggil ekspedisi.. kan kan..

Crossing sungai sambil mengelak pagar elektrik Sue Izza ke tu yang baju hijau tu? Leading yer..
Tengok ni superman a.k.a member aku tu pun takutt...
Haa tengok Najeeb ni Cemas la tu..
Cemas lagi... bila nak sampai daaaa??
 Sue Izza, Erra Kyra dan Mieza rileks je..
Nampaknya kasut Beki tidak sesuai untuk aktiviti ni, so berkaki ayam lah yerrr... Amboi mamat blakang tu... Chakk..
 
Yaahooo dah sampai Air Terjun.. Amboi si Erra Kyra tu terbelit tudung ker? Hehe.. Qaseh kontrol ek.. padahal nampak pacat terlompat lompat.. Haha Superman tu kemain lagi tadi main hulur tangan, ni nak terbang dah la ni. MK Syahir nak bersilat ker? Dah buka kuda-kuda?
Ni apa pulak pesyen ni main hempuk batu kat belakang ke? Ke tengah mengurut? Cari urat..
Ini ala ala Prince Mermaid yang tersadai.. Aspalela Lela lela lela... bukan dugong ok
Apapun aktiviti ke air terjun ni memang sempoi. Pergi ramai-ramaikan best.

Aktiviti Malam
Rasanya tengah kami sibuk bermandi manda, Mak-mak angkat & Pak-pak angkat sibuk kat dapur. Prepare untuk jamuan makan malam.Gotong-royong ala-ala kenduri gitu. Kalau ikutkan plan nak barbeque tapi cuaca tidak mengizinkan. So penduduk kampung sediakan Plan B.
Haaa ni lah makan malam kami........ amacam? Homestay kat kampung, makan pun ala-ala kampung gak la. Takkan nak makan Chicken Chop! Tapi serius menyelerakan. Terbaek. Bertambah-tambah nasi. Dia punya kuah cili bawang tu entah brapa kali tambah. Ikan pekasam goreng, Ikan Merah bakar, masak pindang...

Tudiaa plan B.... LiveBand kot. Lagu-lagu lama berkumandang sungguh versetyle, orang kampung pun rock beb.. Mawardi dengan Najeeb turut menyubangkan suara. Memang A lah suara deme..
Gedikknya mamat ni. Siap kasi bunga lagi. Wakaka.. Sungguh meriah malam tu, masakan sedap + kenyang sangat + pulak dengan musik.. 
Ada pun Yanty ni.. penat cari dalam pic. Hhehe..Tik Tok Tik Tok jam berbunyi. Cepat betul masa berlalu.. Dahh dah dah.. abis dah liveband. Masa balik tido. Penattt seyh, letak kepala je teruss..
 
........................zzzzZZZZZzzZZZzzzz.................

Begitulah flashback saya....

Keesokan harinya..............
Dah bersiap-siap untuk balik ker? Kejap je? Apapun percutian ke Homestay Kg Beng ni sesuatu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Akanku abadikan dalam kenangan.

Credit Pic: lan, najeeb, beki, erra, sue, qaseh, potia, dan lain-lain..

##Terima kasih Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) yang menganjurkan pakej pakej percutian sebegini. Terima kasih kerana memberi peluang merasai sendiri pengalaman ini. InsyaAllah satu hari nanti boleh repeat.
Korang yang nak melancong nanti bukan Free yer.. Ada pakej-pakej tertentu disediakan.
 Experience Malaysian Homestay By Rail
Rasa berminat untuk pakej homestay by Rail ni boleh tengok kat facebook Page RTAM

Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

6 comments:

  1. Teringat kenangan terindah kat Kg. Beng... merasa gak akhirnya... kohkohoh...

    ReplyDelete
  2. ye ye saya leading sebab korang lambat sgt,tak sabor nak main air..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Seolah-olah berada dikampung halaman sendiri.

    ReplyDelete
  4. bukan dugung menda.., mmg dugung tu..hahaha

    ReplyDelete