Friday, January 3, 2014

Sempena Harijadi Ku

Semalam 2.1. 2014 genap usia aku 31 tahun. Dah makin tua dah ni. Haha. So hari ni mcam biasa takde planning pun nak celebrate. Potong kek ker, tiup lilin ker xde dah. Pencen. Hari ni jugak hari persekolahan anak sulung aku. Masuk darjah 2 dah. Kejap je membesar dah anak-anak ini. Rasa macam baru semalam dia masih baby lagi. Hehehe.. Pagi hantar pergi sekolah kebangsaan (pagi) beli buku latihan bagai. Petang pulak settlekan sekolah agama pulak. Aku dengan wife aku ambik cuti nak settlekan urusan persekolaha. Dah selesai semuanya baru dapat nak celebrate. So malam tadi kami ke restoren ikan bakar je. Dekat je dengan kawasan rumah. Restoren di Rimba katanya tapi makanan laut banyak. Tu pun semalam kata nak makan ringan-ringan je. Tapi tengok haa..Ringan sangat. Hehehee..

 Lauk Ikan Siakap Sweet Sour, Udang masak sambal dan Kailan Ikan masin

Possing-posing dulu sebelum makan. My boy ni notty betul, tak pernah nak concentrate time snap pic. Mesti ada-ada je ragam dia. Anyway dapat celebrate sama-sama semalam dah cukup happy. Thanks to my wife.. Blanjer makan. Nanti blanjer lagi yer. Hehe..

5 comments: