Pages

Friday, February 7, 2014

1 Dollar Malaya And British Borneo | Kapal Layar | Koleksi

Tambah lagi satu koleksi Duit kertas lama aku. Duit kertas One Dollar Malaya and British Borneo atau dikenali dengan duit Kapal Layar. Diisukan pada 1 Mac 1959, tetapi dikeluarkan kepada orang ramai pada 1 Jun 1959. Wang kertas yang pertama dikeluarkan oleh Persekutuan Tanah Melayu selepas negara Merdeka pada tahun 1957. 
Gambar Depan  
Ada gambar bot nelayan belayar sebelah kiri. Broken gold security thread di sebelah kanan dan watermark Harimau Malaya di tengah-tengah. Kalau sekarang watermark ni gambar Agong. Wang kertas ini telah ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik
 
 Gambar Belakang 
(gambar internet pasal aku tak semapat tangkap gambar belakang)
Gambar nelayan menarik bot dan lambang-lambang negeri. Lima negeri iaitu Brunei, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Sabah.

Untuk pengetahuan korang ada dua sumber percetakan wang kertas ini.
1. Thomas De La Rue& Company, Limited
2. Waterlow & Sons Ltd, London 

Ten Dollars Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo a.k.a Kerbau Bajak

9 comments:

  1. Kak zana ada duit luar negeri masa pergi Indon, Jepun, Arab (umrah) Thailand...hehe...itu pun sebab duit tak habis guna.

    ReplyDelete
  2. wah! tentu nilainya sgt tinggi skrg..

    ReplyDelete
  3. sy ada 3keping.. pessenger dari singapore rasanya bg tips kat saya suruh minum kopi katanya.. sebab sy bawa teksi.. pelik jugak.. duitnya sgt baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow menarik tu.. gambar xde ke ?

      Delete
    2. ada tuan nanti saya snap.. simpan dlm almari.. haha tinggal satu ja kat saya lani. satu lg ada kt member n lg satu dah jual..

      Delete
    3. mcm mana nak send pic dlm ni?

      Delete
  4. Sy ada wang British of borneo $1 ringgit

    ReplyDelete