Monday, March 31, 2014

Cabaran 10 Hari SlimFast Diet | Serius Aku sangat teruja

Assalamualaikum, minta maaf bebanyak, terlambat sikit hantar review. Bukan apa, kebetulan cuti sekolah bawa anak balik kampung bercuti. Tak sempat nak hantar review. 
Apapun aku sangat teruja dengan hasil daripada Cabaran 10 hari bersama SlimFast Diet. Kenapa aku teruja, SlimFast Diet ni mampu menghakis lemak-lemak tepu yang degil kat perut aku ni. Sebelum ni berat aku sekitar 86-88kg. Nak turun memang payah. (Berat terakhir sebelum mengambil produk ni 86.3kg) Setelah 10 hari mengambil SlimFast Diet, berat aku dah turun sebanyak 1.8kg. Sekarang berat aku dah 84.5kg. Tak sangka produk ni berkesan mengurangkan berat badan aku walaupun baru 10 hari meminumnya. Ukur lilit perut aku sebelum ni 40 inci telah berkurang kepada 39.3 inci. Alhamdulillah. Kalau aku ambil secara berterusan mesti aku akan slim pasni.
Ini aku baru ambil tadi. Sebagai bukti.
Pada mulanya aku terasa payah gak, sebab kerap kali ke bilik air, rupanya itu proses sementara saja. Proses-proses menyerap lemak dan membuang lemak yang berlebihan. Inilah gambar aku selepas cabaran 10 hari SlimFast Diet. Walaupun turun 1.8kg saja tapi sangat bermakna buat aku walau tidak turun 3kilo or 5 kilo sebab aku sedar berat badan aku memang susah turun, jenis lemak tepu, keras.. dan sekarang aku menjadi lebih yakin produk ni mampu mengurangkan berat dan mengempiskan perut aku yang bulat ni. Dah dapat angka 84.5kg ni mesti lah nak tengok angka 80kg pulak lepas ni. Mana tahu..
Akhir kata, kepada mereka yang mengalami perut boroi macam aku ni, boleh la try produk
SlimFast Diet ni. Terbukti berkesan. 
Jangan tunggu lama-lama, dapatkan di SlimFast Diet hanya RM 45 sekotak (10 sachet) 
Sekarang semua kita mampu SLIM...







Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

Friday, March 28, 2014

Satay @ Sate Kajang | Mee Bandung Muar | 2 in 1 di Nanding

Tak perlu ke Kajang untuk cari satay tak perlu ke Muar cari mee bandung, kat batu 9 arah nanding ada kedai ni. 2 in 1 pulak tu. Haha takde la 100% sama, cukup la nak basah tekak. Satay ayam sedap, daging biasa je. Ada lagi satay rusa, kambing belum try. Mee bandung muar tak try lagi. Lenkali. Sebab masa ni teringin nak makan satay je. Kedai tepi jalan je. 
Satay Kajang & Mee Bandung Muar
Ramai gak datang makan sini. Try kotiew je malam tu. Sedap jugak kena minta cili potong kicap.. Mantap..
Haa ni dia satay kajang versi nanding. Not bad.. Boleh la kalau nak try. 
Yumm yum..

Thursday, March 27, 2014

Nur Aliah | Sambung kerja sekolah kat ofis

Bukan takde pengasuh, tapi hari ni plan balik kampung terus lepas kerja. So bawa la anak-anak pergi ofis. Aliah ikut babah, akif ikut mama.. Kalau dua-dua bawa sekali mau ribut satu ofis.. kehkehkeh... Haa, datang ofis babah kena abiskan kerja sekolah. Takmo kacau babah buat kerja. 
Ni ha kerja rumah dia.. Matematik.. belum BM, blm bahasa Arab lagi.....
Rumitnyer matematik dia.. Sampai lentuk kepala buat jawab sifir.. Haha... Nampak senang je, rupanya kena jawab dalam 3 kaedah. Huh satu soalan satu mukasurat buku.. Erk... Babah set time kena siap sebelum babah balik kerja. Kalau tak, asyik berangan je sambil nyanyi lagu frozen... Haha...

Wednesday, March 26, 2014

Akif & Aliah | Kantoi | Sapa ada pengalaman?

Amboii bebudak ni.. Dah pandai ambik sendiri. Haa kan dah kantoi, sorang satu sacket pulak tu.. Akif start plan dulu, pastu kakak tolong buka. Berpakat ni, mentang-mentang babah tengah mandi.  
Line clear.. Dah tengok macam ni biarkan jelah, seronok pulak tengok mulut comot-comot. Hahaha... Takyah la marah sangat, kita dulu-dulu pun gini jugak kan.... :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kantoi Meratah MILO.....



Tuesday, March 25, 2014

Day 4 & Day 5 - BOOST UP #misi75kg

Day 4 - 24/3/2014 (Isnin)
Task sama kardio jugak, tapi berjalan berjogging dan berlari laju (speed 10).. Total semua skali 3km.. Tak ambik gambar hari ni. Bateri kong.. Petang pergi timbang seriusly sangat sedih, rasa macam dah pulun dah, tapi 100 gram pun tak turun berat aku ni. Padahal makan dah kurang, siap makan diet shake lagi. Something wrong somewhere ni.. Huh tak boleh jadi ni. So next...

Day 5 - 25/3/2014 (Selasa)
 Time : 20.02 min
Distance (km) : 2.02
Calories : 107

Boost day... Agak berat sikit training. Sikit je berat. Still buat kardio treadmill. Apa yang berat tengok gambar bawah ni. Haa...
Aku tambah pemberat kat kaki. Berat 1 kg(Sebelah-sebelah 500gram) Boleh tahan jugak nak angkat kaki. Apapun lepas la target, berjaya settlekan 2km. Aku harus gigih. Esok(rabu) rest pasal GYM untuk turn gegurl. So hari khamis sambung balik. 

#misi75kg

Jugak boleh usha progress di bawah ni..
Day 1 , Day 2 & 3

Monday, March 24, 2014

Akif & Aliah | Berjaga sampai ke lewat malam

Malam minggu, pukul 12.30 tengah malam, bebudak ni tak nak tido lagi. Rupanya ada agenda. Rajin pulak dorang ni tengah-tengah malam, sorang melukis sorang lagi menulis dan mewarna. Last-last pukul 1.30 pagi baru tidur. Nasib baik cuti. Kalau time skolah macam ni masak la nak kejut pepagi. Oleh kerana letih sangat malam tu,maka inilah hasilnya pagi semalam...  Pukul 9 tak bangun lagi..

Saturday, March 22, 2014

My Video | Breating Heart - #PRAYFORMH370 | #PRAYFORSARTEAM

Aku tak sure video ni boleh play ke tak? Aku compile gambar-gambar Search and Rescue (S.A.R) yang bertungkus lumus menjalankan tugas diluar sana dalam misi mencari pesawat MAS MH370 yang hilang. Kita berdoa agar misi ini berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkan. Kita juga berdoa agar pesawat ini segera ditemui.

#PRAYFORMH370
#PRAYFORSARTEAM

Boleh try link ni jugak  MyVideo (guna PC atau laptop)

Thursday, March 20, 2014

Day 2 & Day 3 - Kardio #misi75kg

Day 2 - 18/3/2014 (Selasa)
Time : 9:08 min
Distance (km) : 1.04
Calories : 92
 Jogging nak panaskan badan, 9 minit untuk 1 kilometer.

Day 3 - 20/3/2014(Khamis)
Time : 15:33 min
Distance (km) : 2.01
Calories : 150

Hari ni tampil dengan speed yang agak laju. 
15:33 minit untuk 2 kilometer.  
Bagi aku laju la, aku bukan marathoner pun. Beginner pun tak.Tercungap-cungap nak sampai 2 kilometer...
Petang ni sambung futsal pulak. Burn dan burn lagi...


Demi mengejar #misi75kg

Wednesday, March 19, 2014

Bahasa Penerbangan | Aviation Terms | #PRAYFORMH370

Aku yakin ramai antara kita yang mengikuti perkembangan misteri kehilangan pewasat 
Malaysia Airlines (MAS) #MH370
Ada yang tengok update melalui berita tv, radio, suratkhabar atau melalui sosial media blog, facebook, mahupun twitter. Aku yakin ramai yang terjumpa atau terdengar perkataan-perkataan baru [Aviation Terms]dan tak faham apa maksudnya. Sama jugak dalam term perkomputeran. Bahasa komputer pun berbagai-bagai.
So aku terdetik nak listkan term-term aviation ni, lalu terjumpa pulak dalam TheStar-[klik]
Antaranya...
 
Yang bawah ni aku jumpa Glossary of Aviation Terms

Glossary of Aviation Terms 

Flightpath Glossary of Aviation Terms is a bank of over 1000 aviation terms used in Flightpath explained in clear, non-technical language. It provides a complete resource for busy teachers who need to be able to quickly prepare words for their students in the class or wish to increase their knowldge of aviation. The resource is also ideal as a reference for learners of aviation English, both pilots and air traffic controllers

-sumber Cambridge English [Klik]


Harap info ni serba sedikit membantu dalam pengetahuan asas. At least bila tengah 
Press Conference(PC) tu takde la tertanya-tanya lagi. Apapun semoga misteri kehilangan pesawat MAS #MH370 segera dirungkai. Semoga pasukan SAR tabah menghadapi segala dugaan diluar sana, diharapkan segala urusan dipermudahkan.

#PRAYFORMH370
#DOAUNTUKMH370

Tuesday, March 18, 2014

Ikan Bilis Goreng Berkicap | Mudah dan Ringkas

Sumber inspisari dari DAPUR TANPA SEMPADAN 

Mungkin ramai yang kata menu ni menu orang bujang tapi tidak bagi aku. Kalau aku nak kategorikan, aku akan kata menu last minit, menu teringin, mudah dan ringkas, menu keluarga pomboley..

Aku olah sikit dari resepi asal. Biasa la orang lelaki ni kreatif. Bab masak masak ni suka tokok tambah. Sebab tu ramai orang lelaki jadi Chef. Kalau orang pompuan ni straight to the point. Kalau nak tambah itu ini mesti dia akan tanya, "pernah ke orang letak tu?" atau dia akan cakap "Tak best la letak tu.." atau dia cakap lagi "Tak pernah di buat orang.."...

Jom ke dapur versi aku..

Bahan bahan:

1. Ikan Bilis (2 genggam bersihkan)
2. 1 Bawang merah saiz besar (hiris)
3. 10 biji cilipadi (ikut suka)
4. 2 sudu besar kicap
5. 1 sudu besar oster sos (tambahan menu)

Cara penyediaannya..
1. Goreng ikan bilis sehingga nampak garing
2. Angkat ikan bilis dan toskan.
3. Goreng bawang dan Cili pula.. jangan sampai hangit bawang sudah ler.. Sekejap je then perlahankan api
masukkan ikan bilis yang goreng tadi,
4. Masukkan oster sos dan kicap. Gaul sebati. Tak cukup kicap tambah lagi.. Agak agak dah sama rata tu boleh lah hidangkan...


Hidang dengan nasi putih panas-panas... Perghh.... Aku yang taip ni pulak yang terliur.. Hehe...

Futsal Bersama Bloggers | Kelibat Blogger-Blogger Otai | Ben Ashaari

Jumaat lepas (14/3/2014) aku join geng-geng blogger berfutsal di Puspanita Puri Putrajaya. Sambil berblog kita beriadah, aktiviti sihat katakan dapat juga mengeratkan silaturahim sambil berkenalan.. Nampaknya mendapat sambutan, ramai yang datang, boleh buat 3 team lagi. Kelibat Blogger Blogger OTAI seperti Ben Ashaari, Eyriqazz jugak turun pamerkan skill masing-masing.
Antara yang hadir (Ujang, Najeeb, Melastik Bintang, Fazrol, Zaini, Angah, Fuh Caer, Yanty, Sue Izza, Mat Yie, Yusri, Cik Ali, Eddy) Jangan marah yer nama takde.. Tak ingat sumanya.. hehe..
Jom saksikan rangkuman aksi-aksi yang disnap oleh photographer Sue Izza..
Memang berpeluh jantan yang kuar malam tu. Kasi bakar itu lemak. Main 2 jam kot, memang puas hati. Next ada lagi futsal. Tunggu dorang arrange date. Nak turun jom.. Hehe.. #misi75kg

AKU & GYM | #Misi75kg | Day 1 - MISI Bermula

MISI 75KG: ON
MULA: 17 MAC 2014
TAMAT: 31 MAY 2014 
 BERAT : 86.3KG
PERUT : 40 INCI
Ukurlilit perut max (bila dikembungkan) (ini pregnant ke apa ni)

DAY 1 - 17/3/2014
Hari ni aku lari kat treadmill. Semput erkk.. Lama dah tak lari. Macam lah aku ni kaki lari hehe.. 
So ini hasil hari ni. Agak peluh jantan gak yang keluar tadi.
Time : 21:34 min

Distance (km) : 2.05
Calories : 120
#Misi75kg

Monday, March 17, 2014

Restoran Mohd Chan Abdullah | Makanan Chinese Muslim | Cawangan Bandar Baru Bangi

Restoran Mohd Chan Abdullah | Masakan Makanan Chinese Muslim
(InsyaAllah halal dengan logo HALAL dan Sijil JAKIM
Aku baru tau je restoran ni. Femes rupanya restoran ni. Ada 8 cawangan kot (Bukit Beruntung | Kelana Jaya | Taman Melawati Kota Kemuning | Bandar Baru Bangi | Kuala Selangor | Shah Alam |
Klang Sentral Meru)
Sebenarnya aku memang suka masakan makanan cina ni tapi susah nak cari yang halal. Wife aku rekemen la restoran Mohd Chan ni. So sabtu lepas kami pergi makan kat restoran ni | Cawangan Bandar Baru Bangi. Dekat je dengan Cheras ikut highway Silk.
Jom tengok apa yang menarik kat sini.
 Kami order...
Nasi Masak "Kam Heong" Daging
Nasi Masak "Sweet & Sour" Ikan (Fillet)
Nasi Goreng Seafood
dan Butter Prawn...


ditambah pula DIMSUM .... Pau belum try lagi..

 Butter Prawn - Recommended
  DIMSUM (6 pieces mix)


Harus possing dulu sebelum makan...

Menarik tak? Next time nak pergi pekena SUP pulak. Tak ambik pulak gambar sup-sup ni. Haha saja je suruh repeat. Dah-dah kang ada yang terliuq plak. Kriikkkk-krikk....