Ini gambar asal
Ruang dinding padat dan serabut dengan wayar TV, wayar Astro dan Speaker-speaker... Agak semak pemandangan di situ.. So wife aku bercadang nak tukar kepada panel tv. Dia jumpa satu kilang perabot yang buat perabot ready made kat facebook. Harga mampu milik dan berpatutan.. So kami ke lokasi dan dapatkan barang.
Pembersihan bermula...
Haa ni lah panel yang dibeli dari kilang perabot tersebut. Muat-muat masuk kereka sedan.
Pertukangan bermula, huh menguji minda betul.
Nasib baik ada kerusi plastik ni. Mudah kerja aku nak drill lubang. Tak yah sukat-sukat. Ketinggian pun dah ok dah. Yang bracket tv ni kena tukar lain. Pasal tak sesuai kat panel tv. Yang asal ni boleh gerakkan tv 45 darjah ke kiri atau ke kanan so makan space. Kena beli yang flat bracket. Just untuk lekatkan tv je. Takde pusing-pusing. Lagi satu sebelum beli tapak panel kena ukur dvd player dulu korang tu takut tak muat dalam tu. Kalau tak muat aku bagi tips lain. Kat gambar bawah sekali ada tips.
Ok SIAP tapak.. Ada 6 lubang kat belakang. Nampak kukuh dan tahan tak perlu risau sangat.
Ni nak pasang
PANEL pulak. Seminggu gak kerjakan benda ni. Bukan ape, balik kerja tak sempat buat. Dah malam-malam takkan nak drill. Terkejut jiran sebelah kang.. Lagipun agak rumit jugak nak ukur kat mana nak drill.
PANEL dah siap. Ok progress 80% siap tinggal nak pasang speaker dan housekeeping wiring..
Inilah hasilnya. Ok tak? Boleh la.. Dah luas dah depan ni, wayar pun tak serabut dah. Lepas ni nak pasang wallpaper pulak kat belakang panel ni. Sekarang ni macam tak matching je.. Okeh, harap-harap dapat memberi idea kat korang. Bagi DVD player tak muat tu kena tambah rak kat bawah. Settle masalah.
#Sempena Hari Jadi Wife aku.. Aku hadiahkan pemasangan Panel TV ni.