Pages

Tuesday, April 29, 2014

Enlighten Steam Locomotive | Train Series Bricks

Koleksi terbaru aku. Enlighten Steam Locomotive Train | Siri Keretapi pulak. Ada macam-macam yang aku jumpa. Siri kapal terbang, kapal angkasa, bot, askar dan lain-lain.. Lagi besar kotak lagi besarla duitnya.. Huh.. Dalam ni ada 168 pcs. Buat hiasan lawa lego ni.
  1/4 progress
2/4 progress
Bahagian enjin boleh buka
Sejam setengah aku setelkan train ni. Siap pasang semuanya termasuk gerabak no 2. Mantap..
Tut..tuttttt... Tut..tutttt.....

Pecah rekod 2km dan 3km peribadi #misi75kg

Day 14 - 26/4/2014 (Sabtu)
Memandangkan dah skip GYM hari khamis lepas so aku ganti sesi pada hari sabtu. Kali ni aku pergi kat gym luar pulak berdekatan dengan rumah. Macam biasa aku lebih prefer berlari kat treadmill. Pecah rekod peribadi bak ang.. Tengok bawah ni..
Latest : 2km = 13:10 minit. 
Beza 40 saat.
Latest : 3km = 19:04 minit. 
Hampir 4 minit beza.
Faktor yang mempengaruhi larian treadmill ni adalah lokasi treadmillnya. Macam kat GYM ofis aku mengadap dinding. Bila mengadap dinding seolah-olah ada satu halangan dan bebanan menyebabkan mental cepat lemah. Kurang kepuasan cepat letih. GYM yang kat luar aku pergi ni mengadap tingkap. So aku boleh tengok pemandangan. Mental free dan boleh fokus pada larian. Korang try tengok.. CAya tak cakap aku.

#misi75kg

Sunday, April 27, 2014

Pengurus Manchester United | Ryan Giggs mengamuk di Norwich City

Manchester United vs Norwch City
Bermulalah karier Ryan Giggs | selaku Pengurus Manchester United dalam mengharungi 4 baki perlawanan selepas David Moyes dipecat. Tugas berat menanti beliau memastikan reputasi kelab kembali menemui rentak kemenangan.

Ketibaan Ryan Giggs di Old Trafford.
Ryan Giggs turut dibantu oleh Nicky Butt, Paul Scholes & Philip Neville
(terkenal dengan Class of 92)

Result Manchester United Vs Norwich City  4-0 
Dua (2) gol dari Wayne Rooney dan dua(2) gol untuk Juan Mata. 
Game semakin menarik ditontong, amukan the Red Devil memastikan 3 mata penuh untuk mengembalikan keyakinan penyokong. Sikap santai yang ditunjukan oleh Ryan Giggs akhirnya membuahkan hasil memastikan kemenangan pertama beliau untuk game pertama beliau incharge.
Wayne Rooney 2 Goals
Juan Mata 2 Goals

Sumber gambar dari Official Manchester United Facebook.

Saturday, April 26, 2014

Real Steel | Bila Akif Melukis

 Antara movie yang Akif minat ialah, Pacific Rim, Real Steel, Transfomer termasuk Frozen.. Semalam pasang movie Real Steel, macam biasa layan depan TV macam tengok wayang sambil bawa sekeping kertas A4. Ingatkan apa la dia buat dengan kertas tu. Rupa-rupanya dia tengok sambil melukis.
 Haaa, ni dia hasil lukisan Akif. Dia lukis robot-robot dalam movie Real Steel tu. Terkejut gak tengok macam betul je gambar dia lukis tu. Aku apa lagi terus candid. Jom tengok watak robot yang dia lukis tu.

Kebanyakkan kepala robot tu yang nampak macam betul. Noisy Boy, Atom dengan Mydas... Comel pulak lukisan dia.. Sebelum kertas tu dia buang, baik aku ambik gambar simpan. Buat kenangan boleh dia tengok bila dah besar nanti.

Wednesday, April 23, 2014

Day 13 - Kardio Pecah rekod Peribadi #misi75kg

22/4/2014 - Day 13 (Selasa)
Buat Burpees semalam terasa sakitnya hari ni. Terasa kat bicep and tricep aku.. So hari ni aktiviti libatkan tangan aku restkan. Aku buat cardio treadmill. Seriusly tak sangka aku pecahkan rekod peribadi aku sendiri. 
Lihat previous gambar bawah ni.
2km dalam masa 15.33 minit.
Ni rekod baru aku. 2km dalam masa 13.51 minit. Layan speed 9 je sampai 2km. PErghh tercungap-cungap rasanya.

Lepas abis treadmill aku rehat kejap then aku buat Sit up 15-15-10 (rep)
then sambung dengan
Leg Extensions (kaki)
Duduk aku buat 15-15-15 (reps )
Meniarap aku buat 15-15-15 (reps) jugak.
Aku tak sure pulak brapa berat yang aku angkat. Nanti check balik. Gambar atas ni contoh je bukan aku angkat banyak tu. Ini mau tercabut kaki aku ni.. Haha..
Finishing aku, buat warm down dengan berjalan laju atas treadmill 6 speed sejauh 1km. Settle workout aku.

#misi75kg

Day 12 dan 35 hari perkara yang berlainan #misi75kg

Mungkin ada yang heran dengan Day 12 aku ni. Kenapa baru 12 padahal dah 35 hari dah masa berlalu. Actually Day 12 ni base on brapa kali aku workout kat GYM. Kalau minor-minor buat kat rumah tu aku tak kira. Tu sabagai memaintainkan berat yang sedia ada. Takut-takut ternaik pulak lemaknya.  
35 hari pulak dikira sejak misi bermula 17/3/2014. Anyway DIET jugak kena jaga sebenarnya dalam misi weight loss aku ni. Kalau tak jaga agak sia-sia jugak workout. 

21/4/2014 Day 12 - (Isnin)
3-5 minit aku buat warming up. Tak nak agresif sangat sebab hari ni nak buat  
Burpees 10 reps x3, Mountain Climber 30 reps x3 dan Jumping Jack 30saat x3.. perlukan tenaga lebih.
Refer Post Day 11(Klik)
Sama je aktiviti aku buat. Tapi seriusly Burpees workout memang buatkan aku berasap berpeluh-peluh.. Tambah sit Up 10 reps x3

Minggu lepas banyak rest sebab kerja luar pejabat terpaksa skip workout. Tapi aku ada ganti sikit dengan 2 km jogging last Sunday. Main 2km je mampu. Haha.. Nak berKM KM ni memang tak mampu. Aku punya teori kalau dah burn kalori mesti ada hasilnya.. 

#misi75kg

Tuesday, April 22, 2014

Berat terkini Selepas 35 hari #misi75kg

 MULA: 17 MAC 2014
TAMAT: 31 MAY 2014  (Tempoh 76 Hari)
BERAT ASAL : 86.3KG
 
21/4/2014 -Isnin
WOwww... berat aku turun lagi. Dah 80.3kg dah berat aku.. Fuhh Fuhh tak sabar nak tengok angka 7... Check this out .. Printed measurement kat bawah ni.
TARIKH: 21 APRIL 2014 
BERAT : 80.3KG
LOSS : 2.1KG
TOTAL LOSS : 6KG
 PREVIOUS WEIGHT
TARIKH: 10 APRIL 2014 
BERAT : 82.4KG
LOSS : 2.1KG
TARIKH: 31 MAC 2014 
BERAT : 84.5KG
LOSS : 1.8KG
Dalam masa 35 hari aku dah loss 6kg. Tinggal 41 hari lagi. (base tarikh 21/4/2014)
Mampukah aku loss 5kg lagi? Nantikan result minggu depan. InsyaAllah...
#misi75kg

Sunday, April 20, 2014

Aku & S2 | Menang Reward dari Tesco Malaysia | #mytesco Instagram Contest

https://www.facebook.com/TescoMY
Baru-baru ni pergi Tesco | Taman Midah Cheras beli barang-barang keperluan, sambil belek-belek barang nampak la Poster-poster contest instagram tesco merata-rata. Aku tengok syarat mudah je, hantar gambar menarik ke instagram then hastag 
#mytesco & @tescomalaysia... 
Haa apa lagi aku snap la gambar Aliah dan Akif. Dua submission aku hantar. Sambil menyoping hantar contest. Suka-suka je sambil fun.
  
What a suprise gambar Aliah terpilih. Terkejut jugak dapat notice dari @tescomalaysia suruh submit details. Little reward awaits me katanya.. Takpe la little ke big ker kira rezeki jugak kan..
Ini gambar dalam Facebook Page Tesco Malaysia bersama yang terpilih..
Over 1500 #mytesco Instagram Posts....
So kita tunggu je la reward. Hihi..Apalah agaknya.. Suprise!!

Friday, April 18, 2014

Idea untuk luaskan ruang tamu | Panel TV Sempena hari Istimewa

Ini gambar asal
Ruang dinding padat dan serabut dengan wayar TV, wayar Astro dan Speaker-speaker... Agak semak pemandangan di situ.. So wife aku bercadang nak tukar kepada panel tv. Dia jumpa satu kilang perabot yang buat perabot ready made kat facebook. Harga mampu milik dan berpatutan.. So kami ke lokasi dan dapatkan barang.
Pembersihan bermula...
Haa ni lah panel yang dibeli dari kilang perabot tersebut. Muat-muat masuk kereka sedan. 

Pertukangan bermula, huh menguji minda betul.
Nasib baik ada kerusi plastik ni. Mudah kerja aku nak drill lubang. Tak yah sukat-sukat. Ketinggian pun dah ok dah. Yang bracket tv ni kena tukar lain. Pasal tak sesuai kat panel tv. Yang asal ni boleh gerakkan tv 45 darjah ke kiri atau ke kanan so makan space. Kena beli yang flat bracket. Just untuk lekatkan tv je. Takde pusing-pusing. Lagi satu sebelum beli tapak panel kena ukur dvd player dulu korang tu takut tak muat dalam tu. Kalau tak muat aku bagi tips lain. Kat gambar bawah sekali ada tips.
Ok SIAP tapak.. Ada 6 lubang kat belakang. Nampak kukuh dan tahan tak perlu risau sangat.
Ni nak pasang PANEL pulak. Seminggu gak kerjakan benda ni. Bukan ape, balik kerja tak sempat buat. Dah malam-malam takkan nak drill. Terkejut jiran sebelah kang.. Lagipun agak rumit jugak nak ukur kat mana nak drill.
PANEL dah siap. Ok progress 80% siap tinggal nak pasang speaker dan housekeeping wiring..
Inilah hasilnya. Ok tak? Boleh la.. Dah luas dah depan ni, wayar pun tak serabut dah. Lepas ni nak pasang wallpaper pulak kat belakang panel ni. Sekarang ni macam tak matching je.. Okeh, harap-harap dapat memberi idea kat korang. Bagi DVD player tak muat tu kena tambah rak kat bawah. Settle masalah.

#Sempena Hari Jadi Wife aku.. Aku hadiahkan pemasangan Panel TV ni.

Monday, April 14, 2014

Day 11 - Bakar lemak dengan Burpees Workout #misi75kg

Weekday aku tak ambik nasi kalau boleh. Dah masuk weekend pemakanan agak sukar dikawal. Tambah pulak kalau wife masak, tergoda iman. Menternak lemak la jawabnya. Walaubagaimanapun aku tetap cuba mengawal pengambilan nasi dalam suku pinggan je. Makan lauk plak melebih-lebih.
So balasannya hari ni kena kerja keras sikit. Huarghh.. 

Day 11 - 14/4/2014 (Isnin)

Hari ni aku tambah routine baru Burpees Workout dan Mountain Climber. Haa macam mana burpees tuMountain climber ? Bukan panjat gunung tau. Ok aku start dengan Jumping jack dulu..
Jumping Jack 
Aku dah cerita dah pasal jumping jack ni dalam day 9 workout. Yang ni aku seronok buat. Pasang pulak lagu best-best memang layan. Buat warming up best ni. Aku buat
 30 saat = 5 set

Burpees Workout
Ni dia Burpees Workout. Kalau tak biasa buat macam susah je tapi kena try pelan-pelan sampai dapat step. Tengok youtube aku share atas ni. Ini kalau selalu buat kejap je boleh loss weight. Cuma tahan tak tahan je. Untuk Beginner aku buat
10 reps = 5 Set
 Mountain Climber
Ala starting line acara berlapan. Routine ni aku buat 
30 reps = 5 Set 
(Aku start kira bila kaki aku bergerak, kiri kanan, kiri = 1,2,3 sampai 30 rep)

Aku buat 3 routine atas selang-selang bukan 1 routine 5 set terus.  Dah complete sampai 5 set aku rest kejap. Tercungap-cungap aku. Abis sebotol air mineral aku tadi.

Settle workout aku hari ni. Esok sambung pulak. Badan dah lenguh-lenguh dah ni, tisu koyak. Ok la nak cari routine lain pulak. prepare untuk esok.

#misi75kg

Sunday, April 13, 2014

Pameran Pertahanan dan Sekuriti | Raptai DSA2014

Pameran Pertahanan dan Sekuriti | Defence Service Asia 2014 Exhibition & Conference
Sempat aku menonton aksi-aksi raptai skuad pertahanan negara sempena DSA2014 yang berlansung di PWTC. First time gak tengok helikopter berlegar-legar atas kepala. Exhibition ni start esok 14-17 April 2014
Tapi khas untuk Tentera, Polis, Penguat kuasa Undang-undang, Ahli-ahli pasukan khas dan pelawat perdagangan je. Hmm tak dapat la nak tonton aksi selebihnya.

Ni je yang sempat aku rakam, henpon aku out of memory.. Huhu sakitnya hati... Apapun ok la sikit-sikit kan.
* moral of the story, pastikan henpon sentiasa ada lebihan memory..

Friday, April 11, 2014

Result Weight Loss Aku #misi75kg

MULA: 17 MAC 2014
TAMAT: 31 MAY 2014  (Tempoh 76 Hari)
BERAT ASAL : 86.3KG
 
TARIKH: 31 MAC 2014 
BERAT : 84.5KG
LOSS : 1.8KG
Serius minggu pertama, agak slow start. Enjin tak panas dan tak brapa nak serius.

TARIKH: 10 APRIL 2014 
BERAT : 82.4KG
LOSS : 2.1KG
Dalam masa 10 hari aku loss 2.1kg. Agak slow jugak la. Kena usaha gigih lagi ni.
 
TOTAL LOSS (25 Hari) : 3.9KG
 7.4KG lagi nak kena LOSS dalam masa baki 51 hari...  
Go go go!!!
#misi75kg

Day 10 - Abs Workout II #misi75kg

DAY 10 - 10/4/2014 (Khamis)
Hari ni aku buat routine sama dengan DAY 9. Tapi aku tambah reps dari 10 reps ke 15 reps. Aku buat 4 set. Dah settle tu aku tambah lagi 2 routine iaitu 
Sit Up Bench & Jumping Jack
Sit Up Bench 
10 reps x 3 set
Jumping Jack
30 saat x 3 set
Fuhh.. Buat jumping jack (lompat bintang) memang terasa dia punya burn. Bagus untuk warm up sebenarnya. Kalau nak burn kalori lagi sangat bagus. So settle DAY 10 dengan 5 routine. Masa untuk timbang berat. Tunggu next entri. Result dah ada..

#misi75kg

Wednesday, April 9, 2014

Cristiano Ronaldo Limited Edition Premiums | 8GB USB DRIVE | KFC

Cristiano Ronaldo Limited Edition Premiums | 8GB USB DRIVE | KFC
Cadangnya nak pergi beli Whipped Potato je.  Entah macam mana terpandang kat benda ni. Aku tau ada iklan dia. Tapi tak prasan pulak barang Limited Edition ronaldo ni. Korang cuma beli apa-apa saja product KFC dah boleh beli 8GB USB Drive dengan harga RM19.90
Haa, ini lah 8GB Usb Drive yang aku beli. Smart tak?Ada banyak pilihan actually.. Korang tengok la gambar atas sekali. Semart-semart semuanya tapi kalau nak collect semua ni masak ni. Apapun dapat sambar satu pun jadilah..

Layan iklan Cristiano Ronaldo | KFC

Tuesday, April 8, 2014

Day 9 - Abs Workout #misi75kg

DAY 9 - 8/4/2014(Selasa)

Hari ni aku buat abs workout (perut). Buat yang ringan-ringan dulu. Nampak je macam ringan tapi boleh kejang perut.
  Tiga(3) routine workout aku buat hari ni 
reverse crunch, toe-touch crunch dan plank
Kalau yang tak biasa dengar, memang apa benda ni reverse la, crunch la bagai.. Tapi itu lah istilah-istilah workout. Aku sendiri pun bukan ingat. Ada macam macam jenis. So jom tengok gambar bawah ni. Kalau nak try jom.. Btw rep = repetition (pengulangan)
1. Reverse Crunch
 Step 1 - Baring lurus kan badan, tangan lurus tahan kat lantai,
Step 2 - bengkokkan lutut angkat kaki gambar A , 

Step 3 - tarik nafas, angkat punggung ke atas,
Step 4 - lepas tu turunkan kaki(gambar C) kaki masih tergantung,
Step 5 - Ulang balik step 3
(10-20 reps)
2.  Toe Touch Crunch 
Baring, angkat kaki lurus ke atas dan angkat badan cuba sentuh jari kaki, kalau bengkok sikit lutut pun takpe. Kalau mampu yang lurus lagi mantap.
(10-20 reps)
3. Plank
Plank ni korang tengok gambar, nak explain pun tak reti. Korang follow gambar ni tahan dalam posisi sama selama 30 saat atau lebih. Kalau dapat tahan sampai 2 minit tu dah power tu. Plank ni takde reps. Abis plank ni kira 1 SET.  Rehat 30 saat atau seminit, ulang balik 3 routine ni. 
Buat 4 set.

Perghh you can feel the burn of your fat.. omputih cakap la.. Aku buat 10 reps je each, plank 30 saat, pelan-pelan nak biasa kan perut dulu. Kang senak.  So sebelum start pastikan warming up dulu.. Kasi bicycle/ treadmill 5 minit dan buat streching sikit. Settle Abs Workout hari ni 4 Set.

#misi75kg