Wednesday, April 23, 2014

Day 12 dan 35 hari perkara yang berlainan #misi75kg

Mungkin ada yang heran dengan Day 12 aku ni. Kenapa baru 12 padahal dah 35 hari dah masa berlalu. Actually Day 12 ni base on brapa kali aku workout kat GYM. Kalau minor-minor buat kat rumah tu aku tak kira. Tu sabagai memaintainkan berat yang sedia ada. Takut-takut ternaik pulak lemaknya.  
35 hari pulak dikira sejak misi bermula 17/3/2014. Anyway DIET jugak kena jaga sebenarnya dalam misi weight loss aku ni. Kalau tak jaga agak sia-sia jugak workout. 

21/4/2014 Day 12 - (Isnin)
3-5 minit aku buat warming up. Tak nak agresif sangat sebab hari ni nak buat  
Burpees 10 reps x3, Mountain Climber 30 reps x3 dan Jumping Jack 30saat x3.. perlukan tenaga lebih.
Refer Post Day 11(Klik)
Sama je aktiviti aku buat. Tapi seriusly Burpees workout memang buatkan aku berasap berpeluh-peluh.. Tambah sit Up 10 reps x3

Minggu lepas banyak rest sebab kerja luar pejabat terpaksa skip workout. Tapi aku ada ganti sikit dengan 2 km jogging last Sunday. Main 2km je mampu. Haha.. Nak berKM KM ni memang tak mampu. Aku punya teori kalau dah burn kalori mesti ada hasilnya.. 

#misi75kg

2 comments: