Thursday, April 3, 2014

Mereka Perlukan Perhatian & Perlindugan | Penjaga dan Penyeri Taman

Kuala Kangsar memang terkenal dengan Bandar Diraja | Masjid Ubudiyah | Labu Sayong... tapi bukan tu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal moment yang aku saksikan kat Taman Rekreasi yang berdekatan dengan 
Arena Square Kuala Kangsar | sebelah sungai perak. Taman rekreasi ni selalu dikunjungi orang ramai untuk bersenam, berjogging, beriadah menikmati keindahan Lembah Sungai Perak serta aktiviti-aktiviti lain.
Di suatu pagi, baru-baru ni aku pergi berjogging kat situ, tengah-tengah jogging aku terpandang satu kejadian yang menarik kat situ, di mana taman di bukan saja dihadiri oleh makhluk manusia, malah menjadi kediaman kucing-kucing yang comel-comel.. Bukan 10 ekor, bukan 20 ekor tapi lebih 30 ekor.. Wahhh, banyaknya kucing!! Mula-mula sepanjang track tu aku nampak 5, 6 ekor je. Ingatkan kucing ni terbiar rupanya masih ada insan yang pritahin dengan kucing-kucing ni. 
 Contohnya pakcik-pakcik ni datang bagi kucing-kucing ni makan. Sekali dia panggil berpusu-pusu datang. Kucing-kucing kat sini semuanya jinak dan manja. Jom tengok gambar..
Aliah suka tengok kucing-kucing ni.. Sempat possing dengan kucing-kucing comel..
Antara aksi yang sempat aku ambik gambar.. Siap panjat pokok lagi. Diharapkan orang-orang awam yang datang tidak mencederakan kucing-kucing ni, Kalau ada yang bermurah hati tu, bagi la kucing-kucing ni makan. Kasi whiskers ker.. Kucing-kucing ini bagai penjaga dan penyeri kat taman ni.

7 comments:

  1. Alhamdulillah ada manusia prihati memberi mereka makan.. :D

    ReplyDelete
  2. semoga murah rezeki kepada yg memberi kucing2 ni makan.. :)

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah .. banyak nyer kucing ...
    aiyak! .. memang Nat tak akan datang tempat ni ...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. syoknye kalau ai pergi taman ni! bagusnyaa lahaiii. kalau kat sini kompem dah mati semua kucing2 nii huhuhu

    ReplyDelete