Sian.. Cuti-cuti sekolah tak sihat pulak. Baru je lepas sakit perut hari tu sekarang batuk-batuk dan semput. Malam tadi tidur nafas mcm orang baru lepas lari 100 meter. Cuak pun ada. Risau tengoknya.
Pepagi pergi klinik check doktor. EL lagi la jawapnya. Takpe la untuk anak-anak. So doktor check batuk dan banyak kahak. Buat nebulizer dan bagi ubat. Sekarang nampak ok skit. Alhamdulillah.
Semalam berkesempatan menghadiri Launching Tino's Pizza Express di Nexus Bangsar South, Bangsar. Tino's
Pizza Express namanya masih asing lagi dalam Market Malaysia, selalu
kita dengar Pizza Hut & Dominos Pizza, memang la sebab yang ni baru masuk
dalam Malaysia.
Pelancaran oleh Pengerusi Mr.Hsu Ho-Sen | Sun Spark Group dan Managing Director
Mr. Bryan Loo | Loob Canteen SDN BHD.
Tino's merupakan jenama makanan dan minuman (F&B) Taiwan milik Sun Spark Group. Loob Canteen Sdn. Bhd. pulak anak syarikat milik penuh Loob
Holding Sdn. Bhd. iaitu pemilik francais minuman Chatime di Malaysia. Chatime semakin berkembang pesat memberi kelainan | moden tea drinking culture , apakah Tino's Pizza ni mampu memberi impak dan kelainan kepada pelanggan?
Tino's Pizza Express
G-15, Nexus Bangsar South
Jalan Kerinchi, Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Mengambil kesempatan ber'selfie di Tino's Pizza Expreass. Taste of traditional Neopolitan Recipe.
Bryan Loo Pizza yang dibakar pada suhu 500 darjah Celcius, siap dimasak dan disediakan dalam lingkungan bawah 2 minit. Fuh memang express, masak maggi pun lambat. Hehe..
Lunch, kami disajikan dengan pelbagai menu Pizza, side order berserta dessert Ni antara menu-menu menarik kat Tino's Pizza Express
Memang terbaik abis.. Kalau makan pizza terasa muak minum air ni terus hilang rasa muak.
Secara jujurnya, memang terasa kelainan dari Pizza-pizza yang aku makan sebelum ni. Dari segi taste, menu dan presentation. Memang berbaloi la datang event semalam. Sedap dan lazat...Thank YouTino's Pizza Express sebab belanja makan pizza + take away lagi semalam.. ahaks....Pizza Lamb Abruzzo, terbaek... rasa macam makan Lamb kat nasi arab tu.. Yummy... Nak cuba kelainan Pizza, Tino's Pizza Express ada jawapannya.
Bila Mode Selfie melanda, aku turut terjebak.. Jangan salahkan aku, salahkan teknologi.. Hihi.. Sejak terjumpa knit hat ni dalam almari tetiba rasa macam satu aura pulak nak pakai. Tak pernah pun aku pakai sebelum ni. Semalam jalan-jalan kat shopping mall pakai knit hat ni. Lain bebeno rasanya, kalau tengok orang guna takde pulak rasa pelik. Apapun, inilah gaya selfie aku dalam fitting room. Bukan toilet okey.. Nak test baju, test seluar selfie dulu. Semalam post satu gambar kat facebook, ramai yang kata macam Namawee.. Serius aku tak kenal Namawee, siapakah Namawee? Korang google la sendiri. Takut pulak aku nak baca.
Ada komen yang kata macam Ben Ashaari..
(pls jangan muntah, aku cuma newbie badan belum ketak-ketak) Hahaha.. prasan sekejap.
Macam Hip Hop pun ada.
Seriously aku minat Jason Statham!!
Aku teringin nak photoshoot dalam pakaian ala-ala Tentera. Ada ke orang nak shootkan..
Apapun layankan aja.. jangan marah kawan-kawan, syok-syok sendiri je ni. Perut masih boroi lagi ni.. Bila nak kempis pun tak tau.. Kena workout lebih lepas ni. #misi75kg aku pun tak tercapai lagi ni. Tinggal seminggu je lagi. Huh kalau tak lepas gak aku teruskan jela main besi. Berat naik balik la lepas ni. Hurmm... Okeh chow...
Dah
lama dah perasan gerai Ayam golek ni. Dok ulang-alik ke pekan nanding. Semalam teringin pulak nak makan. Nasib baik buka. So belilah seekor untuk
lunch..
Ayam
Golek Haji Yusof. Terletak di tepi jalan
menuju Hulu Langat. Kalau dari Bt 9, gerai tu dekat-dekat dengan Gino's Pizza Pasta
& Fusion, Hulu Langat. Setakat ni ada satu je gerai ayam golek area langat yang aku nampak.
Tapi kalau tak jumpa tu tak buka la tu.
Fuhh menyelerakan sungguh. Garing
dan sedap.
1
Ekor = RM18.00
1/2
Ekor = RM10.00
Kuah
Tambah 1 RM1.00
Harga
ni aku tak sure mahal ke murah sebab jarang beli. Tapi rasanya ada lagi harga yang bawah
RM18.00. Tapi ni kira murah la dari Ayam golek Ayamas tu. Seekor sampai Rm24.00. Nanti Ayamas marah aku plak. Mungkin sebab sewa mahal agaknya. Tak mampu beli ayamas belilah kat
tepi jalan. Sedap pun sedap.
Siap lapik dengan daun pisang
lagi. Kuah ada dua, satu sos blakpepper, satu lagi sos apa ntah macam sos celup
kopok lekor tu pun ada. Tapi seriusly sos tu memang sedap.
Memang
betul-betul holiaw... Makan panas-panas perghh terbaekkk sehingga menjilat tulang.... Haa lupa,
yang salad, tomato dan timun tu tidak termasuk okeh. Ini sendiri punya.
Haha... So lunch semalam aku tadi makan ayam golek dengan sayur-sayur ni je tanpa nasi.
Bukan aku makan sorang seekor ayam ni, makan dengan family la.. Kuah dia
memang sedap, patutla kena cas kalau nak kuah tambah.. Okeh kalau sapa sapa nak
try Ayam golek sedap area cheras, ayam golek sedap area hulu langat boleh lah
cari kat sini. Iklan ini tidak berbayar.
*Sapa-sapa nak iklankan makanan atau food review
boleh email aku di redscarz@live.com.my
Yeaaaaa menang GA Instagram Contest... Contest ni dibuat oleh MarqisCareno
Tema GA #1 ni "Warna Warni Kehidupan" dengan #BlogAbahCareno
So aku dapat hadiah 3D Puzzle KLCC. Kalau nak tengok hadiah yang aku menang ni [KlikSini]menarik tak?
Kualiti gambar ni dah ke brapa kali printskrin sampai pecah-pecah. Kalau nak tengok detail, tengok dalam instagram aku. [KlikSini] kalau sudi follow lah.
Dengar khabar akan ada GA #2 Instagram Contest... kerana ramai yang terlepas contest ni. So be ready, jangan lupa add facebook marqiscarenountuk details.
So ini adalah Contest Instagram ketiga aku menang. Tak sangka jugak dapat menang. Pemilihan melalui like paling banyak dalam facebook.
#mytesco, #sayangibroframestone, #blogabahcareno
Aku cadangkan tuan GA ni detailkan cara pengundian pemenang agar lebih mencabar lagi.
Alhamdulillah dah hit 100000 (100K) pageview. Makan bertahun jugak nak sampai ke angka ni. Tapi aku rasa tahun 2014 ni saja lebih lebih 60K pageview, lebih kurang 10k++ pageview sebulan. Sebelum ni aku tak fikir pun apa itu pageview, unique view dalam berBLOG ni.. Sehingga aku dah mengenali berpuluh-puluh Blogger. Banyak kegunaan Pageview ni sebenarnya. Kebanyakkan Blogger-blogger yang aku kenal suma dah beratus ribu PV dah, malah berjuta-juta pun ada. Nak kena belajar banyak lagi dengan OTAI-otai Blogger ni.
Disney Frozen aku dah sampai. Ada 6 figurines semuanya Elsa, Anna, Hans, Kristoff, Olaf dan Sven. Bagi kat Akif dan Aliah, seronok dorang. Set Frozen Murah, tengok mainan pun ok, look alike tu sama. Ok la untuk koleksi buget. Korang yang teringin nak figurines ni try cari kat lelong.com
Kristoff & Sven
Kristoff, Sven& Olaf "Hi i'm Olaf, and i like warm Hug"
Hans, Elsa & Hana
Pasangan Romantik dalam Disney Frozen
Disney Frozen aku Edit pakai Line Camera.
Without Snow
With Snow
With Snow
macam real dalam movie je..... Ledigo ledigo... sebut sebut ledigo ni...
...teringat satu kisah, si adik suruh Maknya mencari ke mencari lagu Frozen kat internet. Mak dia tanya lagu ape? Dia cakap la ladygo ledigo! Puas ibu dia cari tak jumpa, mak dia cakap
let it go ada ler. Sampai ke sudah tak jumpa sehingga kakak kepada budak tu cakap laaaa betul la 'Let it go" tajuk dia.. hahha Lol..
Ni first time aku ke sini, sebelum ni aku cuma lalu je tak singgah pun. Hari ahad lepas aku singgah sini otw nak balik Cheras dari Putrajaya. Aku sampai sini dalam kul 5.30 petang. Makaaihh ramainya orang dengan banyaknya makanan. Sampai rambang mata nak makan ape.. So petang ni nak makan santai je. WILLY SATAY kajang - tak pernah rasa lagi, selalu satay Hj. Samuri je. Dengar kata famous jugak satay willy ni. Memang terangkat a.k.a Willy la satay ni. 30 cucuk sekejap je kami bedal. Isi daging dan ayam lembut, kuah kacang memang mantappp... Terasa rempah-rempahnya...
Pekerja-pekerja Willy Satay. Tengah bakar-bakar satay. Banyak giler satay. Brapa batang agaknya sehari.
Pakaian kemas dan bersih. Makan tanpa was-was haha...
Berbaris bai. Ramai giler orang. Tak putus-putus baris. Nak makan sini semuanya self-service. Kena ingat nombor meja. Setiap meja dah nombor disediakan.
Aliah pun suka satay. Dia makan satay ayam je.
Harga satay willy ni lebih kurang dengan satay-satay lain.
Satay Ayam & Daging Rm0.80 secucuk
Satay Kambing Rm1.00 secucuk - Satay kambing murah area kajang..
Satu lagi Satay Perut yang ni aku tak ingat tapi paling mahal pun Rm1.00
Selain dari Satay Willy, kat sini ada lagi kedai Kelantan Fried Chicken (KFC), Roti John, Burger Burn, Char Kuey Teow, Mee Udang, western, aneka sup dan goreng-goreng. Nak taip pun tak ingat apa ada. Banyak sangat!!
Sabtu lepas aku tak melepaskan peluang join event menonton wayang bersama geng bloggers. Boleh bawak family pulak tu. Aku bawa Akif dan Aliah tengok wayang laju je dorang ni. Aku cakap kat anak-anak aku bukan main seronok lagi nak tengok wayang. Dapat jemputan khas dari blogger terkenal Bro Framestone - Top Blogger Malaysia. Malah Bro sendiri juga selaku penganjur Bloggers Movie Day Out ni. Ramai bloggers & parenting bloggers yang hadir. Memang meletop dan meriah..
Filem Animasi SUPERSQUAD
Filem animasi pertama di Malaysia tu yang dihasilkan menggunakan
teknik "Hybrid
Motion-Capture"
.....dan Filem animasi SuperSquad adalah sebuah filem yang berdasarkan siri animasi 3D supertots yang memenangi anugerah
animasi 3D terbaik di Anugerah NEF-AWANI. Dikendalikan dengan kerjasama sebuah syarikat animasi dan E-Learning NETCARBON SDN BHDyang telah bertapak lebih 10 tahun di Malaysia. Memang cukup banyak pengalaman.
Ok aku story sikit sinposis filem animasi SuperSquad ni :
Ia berkisarkan tentang ketabahan dan kecekalan sekumpulan 5 adiwira muda iaitu Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq yang berjuang untuk mempertahankan negara dan planet Bumi daripada serangan armada makhluk asing serta menyelamatkan bapa mereka dari serangan tersebut. Sebuah filem epik 'action comedy' filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, makhluk asing mendarat di bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di ruang angkasa KLCC dan berbagai lagi. Mampukah adiwira ini mempertahankan negara dan planet BUMI?? 5 orang cukup ker?
Memang mendebarkan, kalau nak tahu bagaimana kisah dan kesudahan filem animasi ni korang datang ramai-ramai tonton kat pawagan pada 5 Jun 2014 nanti. Bawa anak-anak, adik beradik, abang, kakak semuanya. Serius Akif dan Aliah layan sampai habis. Siap dah cop watak masing-masing tu. Akif suka BlinQ, Aliah suka Elly... Ia jugak merupakan pembelajaran melalui animasi. Banyak pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam filem animasi ni.
Kalau nak tahu lagi, 'voice over' dalam watak-watak animasi SuperSquad ni memang bukan calang-calang orangnya. Antara yang terlibat ialah pelakon terkenal Aaron Aziz (Laksamana Aaron), Diana Danielle (Elly), Dafi Sabri (Kapten Danny) dan lain-lain.
Jom tengok screenshot dari Filem Animasi SuperSquad ni
SuperSquad
Kapten Danny (Dafi Sabri)
Elly (Diana Danielle)
Alan (Marina Tan) watak adiwira yang bongsu
Sasha (Elza Irdalynna)
Blinq (Radhi Khalid)
Laksamana Aaron (Aaron Aziz)
Pertempuran di Bandaraya
Suasana di Kampung
Antara watak-watak makhluk asing dalam Filem ni
Ratu (Maya Arissa)
Antara gambar-gambar pembikinan dan rakaman VOICE OVER Filem Animasi SuperSquad
Diana Danielle dan Dafi tengah baca skrip
Diana Danielle dan Aaron Aziz merakamkan Voice Over
Fuhhh dengan gaya skali. Voice over animasi SuperSquad merupakan voice over animasi pertama dalam Karier Aaron Aziz.
Pengarah Filem Animasi SuperSquad, Mohd Rashdan Ramlee dan keluarga bergambar bersama Mascot SuperSquad Danny dan Elly. Minat yang mendalam terhadap siri kartun Supertot yang ditayangkan di
televisyen mendorong ibu dan bapa Elly dan Danny menerbitkan filem
animasi SuperSquad.
Sekitar Bloggers Movie day out....Ramai dan meriah
Aku dan family jugak tidak melepaskan peluang bergambar dengan Mascot Danny dan Elly. Akif ni siap main dukung lagi. Lepas tu kan brapa kali nak salam ntah dengan maskot ni. Kejap jumpa je salam, asal jumpa je salam. Aku pulak menang contest intagram yang
Terima kasih ke Bro Framestone kerana sudi menjemput dan bagi tiket percuma ke Tayangan Perdana Khas Filem Animasi SuperSquad. Terima kasih jugak kepada tuan dan puan pengarah yang sangat sporting. Semoga filem ini meletop-letop di pawagan nanti.
Kepada korang kat luar sana jangan lepaskan peluang saksikan
Filem Animasi SuperSquad pada 5 Jun 2014
di pawagan-pawagan berdekatan. Kalau jauh tu pun pergi jugak. Bawa anak-anak serta keluarga ok. Jom tengok thriller Filem Animasi ni.