Sunday, May 25, 2014

Ayam Golek Haji Yusof | Pasti Nak Lagi


Dah lama dah perasan gerai Ayam golek ni. Dok ulang-alik ke pekan nanding. Semalam teringin pulak nak makan. Nasib baik buka. So belilah seekor untuk lunch..  
Ayam Golek Haji Yusof. Terletak di tepi jalan menuju Hulu Langat. Kalau dari Bt 9, gerai tu dekat-dekat dengan Gino's Pizza Pasta & Fusion, Hulu Langat. Setakat ni ada satu je gerai ayam golek area langat yang aku nampak. Tapi kalau tak jumpa tu tak buka la tu.

Fuhh menyelerakan sungguh. Garing dan sedap.


1 Ekor = RM18.00
1/2 Ekor = RM10.00
Kuah Tambah 1 RM1.00 
Harga ni aku tak sure mahal ke murah sebab jarang beli. Tapi rasanya ada lagi harga yang bawah RM18.00. Tapi ni kira murah la dari Ayam golek Ayamas tu. Seekor sampai Rm24.00. Nanti Ayamas marah aku plak. Mungkin sebab sewa mahal agaknya. Tak mampu beli ayamas belilah kat tepi jalan. Sedap pun sedap.

Siap lapik dengan daun pisang lagi. Kuah ada dua, satu sos blakpepper, satu lagi sos apa ntah macam sos celup kopok lekor tu pun ada. Tapi seriusly sos tu memang sedap.

Memang betul-betul holiaw... Makan panas-panas perghh terbaekkk sehingga menjilat tulang.... Haa lupa, yang salad, tomato dan timun tu tidak termasuk okeh. Ini sendiri punya. Haha... So lunch semalam aku tadi makan ayam golek dengan sayur-sayur ni je tanpa nasi. Bukan aku makan sorang  seekor ayam ni, makan dengan family la.. Kuah dia memang sedap, patutla kena cas kalau nak kuah tambah.. Okeh kalau sapa sapa nak try Ayam golek sedap area cheras, ayam golek sedap area hulu langat boleh lah cari kat sini. Iklan ini tidak berbayar. 

*Sapa-sapa nak iklankan makanan atau food review boleh email aku di redscarz@live.com.my

7 comments:

  1. Murah sangat tu RM18. Wahhhhh. Sedapnyaaaa....

    ReplyDelete
  2. kalau sedap..gua bayar je. tak kira harga tu mahal atau tidak. haha

    ReplyDelete
  3. sedapnya. tapi mahal juga sebab ada yang lagi murah dari ni

    ReplyDelete
  4. yang sedap pasti nak ulang lagi. Kalau pcl ...sehingga pecah tulang2 ayam tu kena kekoh !

    ReplyDelete
  5. kalau dah ramai suka mesti harga standard tuh..sedap pon sedap..:)

    ReplyDelete
  6. Hari sabtu buka x.beroperasi jam berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak ke sana siang. Tapi InsyaAllah ada. Kalau takde sepanjang jalan tu ada 2,3 ayam golek lain.

      Delete