Pages

Tuesday, June 3, 2014

Gold Coast Morib Water Theme Park | Akif & Aliah - Aktiviti cuti sekolah

 Dah lama Akif dan Aliah ni nak mandi kolam, sabtu lepas berkesempatan la bawa dorang pergi kolam. Destinasi kami ke Gold Coast Morib | Water theme park. Kesian dorang dah start cuti sekolah tak bawa dorang berjalan. Mula-mula nak pergi PD tapi mandi pantai macam baru lepas pergi je kat Bagan Lalang hari tu. So pergi la kat water theme park. Boleh tahan ramai orang kat sini. Musim cuti sekolah kan.
Gold Coast Morib | Water theme park ticket
Dewasa RM35.00
Kanak-kanak (2-12 tahun) RM20.00
Akif dan Aliah dah tak sabar nak mandi ni..
Amboii braninya Akif dan Aliah main gelongsor yang tinggi ni..
Gelongsor ni sempoi.. Aku pun main gak haha.. Splash air kuat-kuat.. 
So kesimpulan aku tentang Gold Coast Morib Water theme park ni.. Yang ok bagi aku, nak kawal anak-anak senang, tempat ni tak besar sangat dan tak kecik sangat. Then banyak yang kids boleh main, tak tertumpu untuk orang dewasa je dan yang lagi best redup, sebab dikelilingi bangunan resort itu sendiri.
Yang tak best bagi kalau tak menginap. Kalau nak walk-in water theme park ni kena pergi pagi-pagi ok kot. Main puas-puas. Tapi kalau nak jimat lagi, beli Groupon. Dapat harga bawah RM200 penginapan + 2 tiket theme park untuk dewasa. Overall not bad, janji Akif dan Aliah puas. Sampai flet dorang malam tu siap mengigau lagi. Next time nak book groupon la.

3 comments:

  1. hah jangan lupa ajak pcl sekali mandi manda kat situ lain kali..kitaorang takyah la lepak hotel...walk-in jer..tak jauh pun dari rumah pcl.

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa tengok gelongsor tu. kalau ada kat sini, memang pulu dekat gelongsor je. Heheheh

    ReplyDelete
  3. memang teruja tengok....dah lama tak gi theme park....

    ReplyDelete