Tuesday, June 24, 2014

Lawatan ke Pusat Sains Negara | Program sekolah Akif

Minggu lepas dapat surat kebenaran dari sekolah Akif. Lawatan ke Pusat Sains Negara katanya. Memula memang rasa macam berat je nak bagi tapi Akif excited sangat nak pergi. Tambah pula Akif ni aktif risau pulak Cikgu tak larat nak kejar. Hehe.. So aku dengan wife aku setuju bagi Akif ikut lawatan ni. Semalam tengah bersiap nak hantar dia ke sekolah untuk mengikuti lawatan, aku dengan wife aku tiba-tiba je ubah fikiran. Nak join lawatan tu, tak sampai hati rasanya tinggal Akif naik bas. First time naik bas, then without parent pulak tu. Parent nak join boleh tapi anak-anak kena naik bas. So kami follow dari belakang. Transport sendiri. .
Bacaan doa dulu sebelum bertolak dari sekolah.

Akif is ready naik bas. Hehe.. Siap bawa air dan bekal. Aliah ikut jugak semalam. Kebetulan Isnin cuti peristiwa, Ahad ada sukan sekolah.
Amboiii suka la tu naik bas. Siap buat peace lagi.. Tak tau Aku dan Mama dia susah hati..
Alhamdulillah, sampai di Pusat Sains Negara, beratur lagi check kawan-kawan.
Semua ada boleh masuk....
Ada Aquaria.. Seronok Akif dan Aliah tengok ikan-ikan. Besar pulak tu..
 Masuk kat dalam Hall Pusat Sains

Magic Mirror.. Banyaknya cermin, serius pening dok dalam ni. Cari jalan keluar. Apapun best oo main ni, ada seorang dua budak terlanggar cermin. Perghh berdentum bunyinya. Lawak pun ada haha. Aku jalan slow-slow je dalam ni. Risau terhantuk.
Akif bab-bab benda baru ni dia memang suka. Berebut-rebut budak nak main. Biasalah perasaan ingin tahukan.
Yang ni best, susun rail untuk bola pingpong. Yang hujung blah kiri tu naik kan bola, pastu tengok bola pingpong tu sampai tak bawah.
Macam-macam ada la kat sini. Fizik, kimia, biologi, astronomi dan lain-lain. Uji minda, hands on budak-budak. Meriah betul tengok budak-budak ni. 

Lepas masuk Pusat sains, kami ke taman rama-rama. Dekat-dekat je.
Selain rama-rama dalam ni ada gak arnab, kura-kura, specis iguana, budak-budak memang suka la.

Selesai lawatan, phototime...
Aku dengan kurang segan dan silu melakukan selfie dihadapan murid-murid. Hehe.
Photogroup kenangan. Murid-murid Umur 5 dan 6 tahun. 

Rupanya kami je parents yang ikut. Parents yang lain tak ikut pun. Takpe lah puas hati dapat jenguk dan teman Akif. Daripada tak tenang dok kat ofis. Dah settle program Akif tak balik naik bas dah , naik dengan kami. Senyum sampai ke pipi..

3 comments:

  1. Hehehe boleh pula ye parents yang ikut. Bagus! Ena dah lama tak jejak kaki kat sini. Dulu last pergi masa sekolah menengah rendah.

    ReplyDelete
  2. Adam dah pergi hari tue...
    Aku pun mula-2 ingat nak ikut.. tp pastu biar je laa...
    Biar dia berdikari...he he..

    ReplyDelete