Pages

Tuesday, July 29, 2014

Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama Tuanku DYMM

Semalam aku menunaikan solat sunat Aidilfitri kat Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar. Masjid ni antara masjid yang tercantik di Malaysia. Solat sunat semalam turut dihadiri oleh Tuanku DYMM Raja Dr. Nazrin Shah, Sultan Perak ke-35. Apa yang paling best selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri aku dapat bersalaman dengan Tuanku. Hehe... 


Kelihatan Tuanku bersalaman dengan rakyat jelata sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
 Seperti biasa selfie jap. Otw nak balik dah. 
Diperkarangan masjid Ubudiyah bersama saudara mara. Oklah.. Nak beraya lagi..

Thursday, July 24, 2014

Berat badan bawah 75kg | Complete Wishlist Tahun 2014



Alhamdulillah sempura sudah Wishlist aku tahun 2014. Tak sangka baru bulan 7 dah tercapai semuanya. 3 je pun wishlist ni. Tapi aku akui wishlist yang pertama [berat badan bawah 75kg] ni paling sukar sekali buat. Juga merupakan wishlist carry foward aku dari tahun lepas. Yang tak pernah lepas-lepas. Berat asal 86.3kg dan aku target bawah 75kg. 
Akhirnya #misi75kg aku terlaksana pada 23/7/2014. Berat aku sekarang 73.9kg
Penurunan sebanyak 12.4kg start dari pertengahan bulan Mac
Faktor bulan Ramadhan ni juga membantu berat aku terus turun. Kuantiti makan sahur dan berbuka dikurangkan. Dah turun ni kena la mentenkan. Bab menten yang paling sukar ni. Tambah pulak Raya tinggal beberapa hari je lagi. Yang menanti rendang daging, ayam, ketupat, satay, lemang.. Fuhh tergugat beb.. Apapun sapa-sapa yang ada wishlist turunkan berat badan, goodluck, kalau ada kesungguhan pasti boleh punya.. 

Yahooo..............

Wednesday, July 23, 2014

Blog Daus Hit 150000 Pageview | Wishlist ke-3

Alhamdullilah dah tercapai Wishlist ke-3 iaitu HIT 150000 (150K) Pageview. Walaupun tak seberapa tapi satu pencapaian bagi aku. Seronok tengok Pageview ni, maksudnya ada orang yang datang singgah di blog ni. Mungkin tersinggah, mungkin silent reader, mungkin singgah jika ternampak atau teringat, atau terpaksa, atau dari bloglist kawan-kawan atau yang tidak diundang macam SPAM.. Apapun dari mana sumbernya yang penting Pageview ni bertambah. Menjadi motivasi dan menambah semangat nak berBlogging. 

Last 23 Mei Hit 100K [Klik] Dalam masa 2 bulan ni 50K Pageview... Average 25K pageview sebulan. Lepas ni set target lagi, mungkin 30K sebulan? Chayok-chayok...

Tuesday, July 22, 2014

JOM IFTAR @ TMCC Menara TM | EDEN CATERING

 Alhamdulillah, rezeki Bulan Ramadhan, dapat berbuka puasa bersama Rakan-rakan Blogger, 
Kelab Blogger Ben Ashaari di Jom Iftar TM Convention Centre @ TMCC Merana TM. Dapat 2,3 jemputan gak sebelum ni tapi most single invitation so terpaksa tolak. Jemputan kali ni boleh bawa family maka dengan lajunyer aku ON. Tambah pula kena hari sabtu memang the cunnest la.

Oh ya.. kalau nak tau,
Bufet Ramadhan ni merupakan gabungan Eden Catering dengan TM Convention Centre bagi menjayakan Jom Iftar @ TMCC, Menara TM. Khabarnya setiap minggu sajian ditukar bagi menjanjikan kelainan kepada para pengunjung. Menarik??
Okeh aku beralih kepada menu pulak. Sampai sini dah terhidu bau harum dah. Sabo je la.. Menu utama kat sini Kambing Biri-biri bakar. Perghh mantapp.. Harum semerbak baunya, tengah berbaris dah terliur dah. Nasib baik tak batal puasa aku.
Kambing biri-biri bakar.. Nyumm
Ala-ala Western - Ayam Grill, sosej dan french fries..
Char Kuey Teow memang terbaek. Dua kali aku tambah .. sShhhh.... memang taste aku. Tak jumpa lagi kat kedai luar. (teringat masa kecik-kecik ayah aku slalu tapau dari hotel tempat dia kerja dulu- taste hampir sama.)

 Middle East Cuisine pun ada- Mandhi Rice Chicken
Cream of Chicken Soup dengan Bun, jugak bubur lambok..
Italiano Cuisine- Spagetti Oglio

Masakan ala-ala kampung jugak terdapat kat sini.. Layan....
Rugi kalau tak try, kat tengah-tengah bandar ada masakan kampung memang rare..

Pelbagai jenis kuih muih yang ada kat sini, warna warni gitu.. Sedapp...
 Ubi kayu pun ada, ternostalgia rasanya.. mengimbas kenangan dulu-dulu slalu makan ubi rebus.

Tak cukup meja, ada warong-warong pulak kat sini. Mee rebus, ABC, Chicken Shawarma dan lain-lain. Memang menepati citarasa aku...
Air minuman usah kata, macam-macam ada, oren, blackcurrent, sirap, teh, coffee, teh tarik, nescafe tarik suma ada.. tak nak minum air manis, air kosong ada.. hehe..

Haa tengok lauk aku ambik, boh je nak rasa semuanya.. Aliah makan ikan masak cili bertambah-tambah nasi. Opss... hehe
Sebenarnya ada banyak lagi, ada aiskrim, goreng pisang, cucur tepung dan lain-lain lagi. Belum sempat aku jamah, perut dah tak boleh masuk. Overload sudah, tu pun dalam ambik sikit-skit. Anyway tak rugi datang iftar kat sini. Berbaloi baloi.. 

Lihatlah...... 
muka kekenyangan semuanya. Hehehe... Dah kenyang group photo la pulak.. Sungguh meriah Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Dah macam adik beradik rasanya.
Bak kata Abah Careno "Wefie".. wefie pun wefie la,  Boni seperti ketakutan melihat monopod, jauh dibelakang bersembunyi.. kekekeke...
Haa yang ni kat luar dewan, Wefie sesaja, pantang ada pot baeknya... 
Kelab Blogger Ben Ashaari memang terbaek..
My family. 
Ambik gambar kenangan di sini.  Terima kasih Eden Catering yang sudi menjemput kami berbuka puasa di sini. Semoga Eden Catering terus suksess..  

Kepada yang berminat untuk berbuka puasa kat sini boleh contact nombor tertera kat bawah ni untuk tempahan. Digalakkan untuk tempahan awal takut-takut dah penuh. Bufet dibuka jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam

 
Apa yang paling utama bila berbuka puasa kat luar ni pastinya tempat solat . Jangan risau di 
Jom Iftar @ TMCC ni surau dekat sangat, luar dewan dah jumpa surau.