Tahun ni Akif 5 tahun, dah start masuk taska umur 4 tahun lagi. Aku hantar ke sekolah TASKA biasa. Takde terfikir pun ada taksa yang luar biasa. Haha.. Kalau yang biasa dengar pun Smart Reader, Little Aulad. Akif ni seorang sangat aktif | semua benda dia nak ambik tau. Macam-macam benda dia slalu buat. Sel-sel otak mula bergabung katakan. So seharusnya kita tak boleh biarkan perkembangan minda mereka terbantut begitu saja. Kita kena guide dia. Kalau kita sendiri (ibu bapa) nak guide | memupuk dorang ni boleh je, cumanya masa kita dengan dorang ni agak terhad. Tambahan lagi waktu kerja, pergi kerja tengah gelap balik kerja gelap. Sampai rumah anak pun dah penat, buat itu ini anak dah tidur.
Sejak aku mengenali program Little Scientists ni, aku sepatutnya menghantar anak aku ke TASKA atau TADIKA yang ada program ni. Kenapa??
Korang tengok peta minda kat atas ni. Apa yang dipraktikkan melalui program Little Scientists. Memupuk dan membantu kanak-kanak belajar dengan kaedah bermain yang betul. Maksudnya main dengan cara yang betul serta tahu apa yang dorang main tu, menambah kreativiti katakan.. Juga membantu kanak-kanak dalam membolehkan mereka menyelesaikan masalah, perkembangan minda serta melatih kemahiran. Meneroka serta menajamkan minda kanak-kanak. Kanak-kanak ni kan suka bermain maka bila diajar cara bermain dengan betul maka mereka akan belajar sesuatu yang baru.
Contohnya ada satu scene youtube dari Program Little Scientists, bertajuk mixing color.
Kanak-kanak kecil ni apa tau, yang dorang tau je main kan. Bila tanya pasal warna ni totally dorang tau apa pun. Lepas tu bagi mereka try mix warna ni. Contohnya kuning+biru=hijau. So bila ada perubahan warna ni seolah-olah satu keajaipan | magik bagi mereka. Dari situ mereka excited nak tau kalau warna lain campur dengan warna lain. Meningkatkan keinginan nak tahu. Banyak lagi video-video little scientists di youtube. Korang boleh tengok kat sana..
Antara program Little Scientists Aku dan Akif pernah join,
Akif diajar bermain magnet, kenapa melekat dan kenapa menolak? Kanak-kanak ni akan berfikir kenapa? Di situlah Program ni membantu menerangkan proses-proses kejadian tersebut.
Program Little Scientist ni juga berunsurkan Islamic Education. Berkaitan Sains dengan Islam. Dan antara customer-customer yang telah mewujudkan Program Little Scientist di premis meraka ialah seperti Brainy Bunch Islamic Montessori, Dzul Iman Smart Khalifah dan lain-lain..
Ni ada komen dari seorang Pengacara TV Al-Hijrah, Nurazidah Mohamed tentang program ni |Slot Little Scientists dalam program
“Ilmu
sains yang akan diketengahkan dalam program ini bukan sahaja mengenai
sains semata-mata, ia akan dikaitkan dengan islam seperti sunnah dan
siapakah pencipta disebalik kewujudan sains.”
“Harapan saya untuk program ini adalah supaya program Assaalamualaikum dapat memberi manfaat kepada mereka dan program ini bukan setakat untuk ditonton tetapi juga untuk memberi ilmu dan maklumat kepada orang ramai.”
“Harapan saya untuk program ini adalah supaya program Assaalamualaikum dapat memberi manfaat kepada mereka dan program ini bukan setakat untuk ditonton tetapi juga untuk memberi ilmu dan maklumat kepada orang ramai.”
Little Scientists on-air kat radio IKIM
Pada Rabu lepas 9 Julai 2014, buat pertama kali Little Scientists on-air kat radio IKIM, dimana Peneraju menceritakan serba sedikit sejarah bagaimana terdetik hasrat mewujudkan program Little Scientists ni. Nak tau.....
JOM.. Dengarkan temubual IKIM FM dengan Ms Ho Teh End (Founder Little Scientists)
Korang boleh jugak ke link bawah ni untuk dengar Temubual ni.
Jadi mengapa tidak Taska-taska mahupun Tadika yang menyediakan program sebegini.
Untuk keterangan lanjut, yang berminat boleh layari detail dibawah ni. Kepada taska-taska yang ingin mewujudkan Program Little Scientists di tempat anda sangat dialu-alukan.
Website: www.LittleScientistS.com
Online Shop: www.LittleScientistS.com/shop
Youtube Channel: http://www.youtube.com/littlescientistvideo
Twitter: www.twitter.com/Lil_
Instagram: www.instagram.com/theLittleScientistS
Contact No : 010-766 6128
Email : enquiry@littlescientists.com
Bolehla hantar anak2 kat sana
ReplyDeletesinggah jumaat
ReplyDeletehari ini anum mc badan x sehat