Pages

Tuesday, August 19, 2014

Akif dan Aliah ke Muzium Negara Kuala Lumpur

Sabtu lepas misi menyelesaikan maraton 3 jemputan terbuka Hari Raya. Pagi di Sekolah Pasti, tengahari di Kuarters JPS, Brickfield, haa masa jemputan yang ke-3 belum masuk waktu lagi nak terbuka, aku bawa Akif dan Aliah singgah sebentar di Muzium Negara. Aku pun sendiri pun tak pernah pergi sebenarnya. Haha. Dah alang-alang sama jalan ke rumah terbuka maka haruslah bazirkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Jom kita usha apa kat sini. 
 Kereta Bomba zaman dulu-dulu.
Kenderaan perisai tentera. Tayar lebih tinggi dari Akif.
Okey masuk dalam Muzium Etnologi Dunia Melayu | Muzium Negara
Menceritakan Etnik Melayu, dengan perbagai aktiviti harian, permainan tradisional melayu, contohnya bermain gasing,
Membuat wau bulan, terkenal di negeri Terengganu
Wayang kulit, yang terkenal di negeri Kelantan.
Antara watak wayang kulit Kelantan.
Adat istiadat perkahwinan orang melayu..

Okeh lepas dari muzium Etnologi Dunia Melayu kami ke sekitar muzium. Kat luar lagi ni belum masuk muzium yang betul-betul lagi.
Akif dengan gaya menangkap gambar dengan tab dia.
rasanya ni kereta kabel ni. Bukit bendera, ada lambang bendera Pulau Pinang.
Kereta klasik dan kat belakang tu kereta proton saga.

Kereta lembu..

Slamber je Akif duduk atas Kereta kebal... Peace!!
Selfie sekejap. Pelancong China rasanya, nak bergambar dengan Aliah. Glamor la Aliah..
Selamat datang ke Muzium Negara.. Saya Aliah... bla.bla...
Keretapi dulu-dulu..

Keretapi tanah Melayu.. 

Yang ni semua bahagian luar Muzium. Free je nak tengok semua ni. Aku tak masuk ke dalam lagi sebenarnya. Yang masuk dalam Muzium tu ke bayaran. Tak mahal pun harga tiket. 

 With Mycard
Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. 
Dewasa 13 tahun ke atas = RM2
Warga emas > 55 tahun ke atas | OKU = RM1 
Without Mycard

Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma. 
Kanak-kanak 6-12 = RM2
Dewasa 13 tahun ke atas = RM5

Lain kali lah masuk lagipun dah cukup time nak sambung pergi open house. Dapat la Akif dan Aliah tengok sikit-sikit apa ada kat muzium negara ni. 

3 comments:

  1. heheheheh sebenarnya cik sue pun tak penah masuk lagi muzium negara hehehe..malu lak...

    ReplyDelete
  2. lama dah tak g sini... dulu masa Akiff kecik... now dh bsr mesti dia excited tgk kenderaan2 lama tu...

    ReplyDelete