Tahniahhhh, buat Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telah pun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.
Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama
sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan
haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang
menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat
Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di
Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua
penggambaran.
Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya
amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya
percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan
sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai
kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang
pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik
untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.
Selain
peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’,
pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.
Perghhh!! dah la dapat RM15,000, dapat pula berlakon dengan retis-retis hebat. Memang layak dorang ni. Khabarnya mereka ni antara 2 yang terbaik dari lebih 130 pernyertaan ujibakat yang dihantar. Hebat-hebat. Aku pun kalah. Apapun korang buat la yang terbaik ya..
Untuk
maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup
termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di
www.facebook.com/seludup
Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind
Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan
berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio
perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan
kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak
2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan
klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon,
Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian
Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh
seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk
maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari
www.mastermindgroup.com.my
Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com
Amy
Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125 |
amy.lisa@geometry.com
wow
ReplyDeleteWoah! Tahniah!!!
ReplyDeleteSalam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer :)
ReplyDelete