Semua kita tau guna PC or Laptop tapi tak semua tau cara nak format PC atau Laptop ni kalau nak upgrade atau reinstall Windows, atau Windows dah corrupt kan. So aku nak tunjuk sikit tutorial nak format Windows 7 versi bahasa senang faham.
Cara-cara nak Format PC ke Laptop Windows 7
Mula-mula masukkan CD Windows 7 Boot Disk dalam DVD Drive and reboot PC korang,
Lepas reboot tu nanti akan keluar satu text "Press any key to boot from CD" tekan je apa-apa key button keyboard.
Cara-cara nak Format PC ke Laptop Windows 7
Mula-mula masukkan CD Windows 7 Boot Disk dalam DVD Drive and reboot PC korang,
** kalau tak keluar text "Press any key to boot from CD" ni, maksudnya PC/Laptop korang tu kena set BIOS, Boot from CD-Rom. Macam mana nak masuk BIOS, masa rebooting tu tekan ESC atau F2 atau F12 bergantung kepada jenis PC. Bukan tekan semua skali tau. Try salah satu. Sampai masuk dalam BIOS.
Lepas Klik any button tadi so akan loading files Pilih bahasa, masa dan tukaran wang serta keyboard punya method. Ni korang kalau kat Malaysia ni klik Next je. Tak yah tukar apa-apa.
Klik Install Now..
Setup akan load seminit dua..
Install Windows 7 - Setup bermula..
Install Windows 7 - Setup bermula..
Yang ni sah-sah kena tick! Kalau tak tick takleh install. Lepas tick klik Next..
Pilih Custom (advanced)
Pilih Custom (advanced)
Nak install Windows 7 ni korang perlukan sekurang-kurangnya 5716mb @ 5Gb free space. Kurang daripada ni abaikan je. Tapi biasanya harddisk korang space dah berGIG-GIG dah.
Okay bab ni rumit sangat kalau bagi yang newbie tu. Ni untuk korang setkan partition, maksudnya nak bahagiakan storage untuk PC korang. Pernahkan nampak C: D: E: tu dalam My Computer, haa tu la dia. Ada je orang yang tak nak create partition ni. Main belasah je semua dalam satu storage. Kalau corrupt maka corrupt la semuanya.. Kalau buat partition ni at least salah satu boleh diselamatkan.
Pilih yang anak panah merah tu, Drive options (Advances)
Pilih klik pada mana-mana Disk atas tu the format, akan popup warning dulu, korang sure ke tak? Kalau format memang dia buang abis isi-isi dalam tu.
Pilih yang anak panah merah tu, Drive options (Advances)
Pilih klik pada mana-mana Disk atas tu the format, akan popup warning dulu, korang sure ke tak? Kalau format memang dia buang abis isi-isi dalam tu.
Dah selesai create partition klik next, Windows 7 akan mulakan installasi. Selalunya akan ambil masa dalam setengah jam atau sejam untuk setel bergantung pada kelajuan PC korang. Lambat pun takpe korang boleh la lepak minum kopi dulu..
Masa PC nak up balik nanti
kemungkinan akan keluar message key kat PC. Jangan Press apa-apa.
Biarkan je, PC korang tu tengah sambung booting sebenarnya nak abiskan
Installation tu.
Windows semakin hampir untuk siap..
Windows semakin hampir untuk siap..
Akhirnya setel Setup Windows 7.
Maka korang start la isi maklumat korang. Nama untuk PC ni..
Kalau nak boh password pun boleh, tak nak pun boleh, kemudian pun boleh!!
Okey, kalau masa ni PC ada minta lesenkey masukan je kalau ada. Kalau dia tak minta, nanti masa dah siap boleh masukkan kemudian. Cari Activate Windows dan masukkan lesenkey.
Pilih je yang use recommended settings
Time zone Kuala Lumpur, Malaysia
Akhirnya finalizing Windows korang.
Dah settle semuanya masuk kat Contol panel, cari Windows update, kat sini nanti PC akan cari update apa-apa yang berkaitan.
Selamat mencuba, try dulu format sendiri, kalau tak boleh tanya kawan, tak boleh jugak baru hantar kedai repairs. Tak susah pun sebenarnya. Hanya ada perlu CD.
Credit All picture and guide are from howtoformatacomputer.com
Translate all by me to the easiest language to understand. Thank you.
Selamat mencuba, try dulu format sendiri, kalau tak boleh tanya kawan, tak boleh jugak baru hantar kedai repairs. Tak susah pun sebenarnya. Hanya ada perlu CD.
Credit All picture and guide are from howtoformatacomputer.com
Translate all by me to the easiest language to understand. Thank you.
great sharing
ReplyDeletetq
Kita malas cuba huhu..sebab harapkan hubby jer.
ReplyDeleteaku suruh ko dtg je lah formatkan, boleh?
ReplyDeleteformat2 pc tak reti.., main blog je pandai sikit dari org yg tak tau apa.. t.kasih, dapat ilmu sikit2 lama2 jadi bijak IT.
ReplyDeleteKok kayak lebih keren ya ?
ReplyDeleteAwesome blog. I would love to see true life prepared to walk, so please share more informative updates. Great work keeps it up. 70-705 exam question
ReplyDelete