Monday, September 8, 2014

Akif dan Aliah Bela Ikan

Cadangnya nak cari makanan ikan. Hari tu Akif kutip anak ikan kat mana ntah. Ada 5 ekor kecik-kecik. Dah bela dekat sebulan tak bagi proper makanan. Nak beli asyik terlupa je. Tahan pulak tu ikan tu hidup. So tadi nekad la konon nak beli makanan ikan je. Masuk la kat kedai Fish & Pet Shop kat area Langat ni. Akif dan Aliah dah excited tengok macam-macam ikan kat dalam tu. Ikan ada tulisan cina la, ikan gemok la, macam la dorang describe sendiri. Akif boleh silap cakap udang tu ketam haha.. lawak betul la..

Maka makanan ikan yang nak beli tu jadi lain pulak. 3 ekor ikan masuk pancing. Haha Akif beriya nak bela ikan. Memandangkan ikan yang Akif nak tu senang jaga tak perlu pam oksigen katanya so aku beli la, siap beli akuarium plastik lagi. Sampai je rumah aku terus masukkan air dalam bekas tu, pastu aku letakkan cecair anti klorin dalam tu. Nah tengok la gelagat Akif dan Aliah. 


Siap campur dengan anak-anak ikan yang Akif bela sebelum ni. Risau aku dimakan ikan-ikan ni kang. Yang warna putih kat perut ni macam ganas sikit, Sempat sedut anak ikan tadi sib baik dia keluarkan balik. 

Nak tengok instagram video leh click kat link ni.. [Akif&Aliah video]

4 comments:

  1. budak2 ni memang suka bela ikan..teringat masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
  2. Appreciate this post. Let me try it out.

    Feel free to visit my web page related web-site

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi isnin :)

    ReplyDelete
  4. Tingat kecik2 bela ikan laga letak dlm botol tanam dlm tanah..nk bg ganas! ngeeee

    ReplyDelete